#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

24 February 2016

Mengapa Sayangi Dirimu menjadi tema Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016?

Tahukah Anda?


SAYANGI DIRIMU telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016. Tema ini ditetapkan kerana kerajaan beriltizam untuk terus memberi peringatan kepada seluruh masyarakat bahawa penyalahgunaan dadah memberi kesan yang sangat memudaratkan kepada bukan sahaja penyalahguna, tetapi juga kepada keluarga dan negara.

Peringatan mengenai kesan dan bahaya penyalahgunaan dadah perlu dilakukan setiap hari kepada seluruh remaja dan belia. Ini adalah kerana ancaman dadah berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi. Oleh itu, golongan muda hendaklah sentiasa berwaspada dengan pengaruh dan anasir yang boleh menjurus kepada perkara yang negatif. 

Sayangi dirimu kerana dirimu lebih berharga.



Tema ini juga adalah sebagai a call to action kepada seluruh ibubapa dan ahli keluarga yang mempunyai anak bermasalah dadah supaya dapat tampil mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Klinik Cure and Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre, Caring Community House serta Pusat Khidmat Klien yang telah diwujudkan oleh kerajaan di seluruh negara. 

Sesungguhnya ibubapa dan ahli keluarga mempunyai peranan yang sangat signifikan dalam memastikan anak-anak dan orang tersayang yang telah terjebak dengan permasalahan dadah untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan. Sayangi mereka dengan memberi galakan dan sokongan untuk terus mengikuti program rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan.


#sayangidirimu
#HADK2016



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya