#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

19 February 2016

Perutusan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2016

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, tarikh 19 Februari setiap tahun telah diistiharkan sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sambutan ini adalah untuk memberi peringatan bahawa dadah masih merupakan musuh nombor satu negara dan ianya memerlukan pengorbanan dan komitmen seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa bersama Agensi Antidadah Kebangsaan ke arah mewujudkan Malaysia Bebas Dadah.

Walau bagaimanapun, besar harapan saya agar tarikh 19 Februari ini bukan sekadar tarikh keramat yang perlu disambut setiap tahun tanpa ada usaha yang lebih gigih untuk membanterasnya. Bukan sekadar keseronokkan untuk disambut dan bukan untuk diperingati dan terus berlalu sepi selepas tarikh tersebut.

Tahun 2015 telah berlalu, secara tak langsung matlamat kita untuk menjadi Malaysia sebuah Negara Bebas Dadah terkulai layu di jambangan. Dan dalam hal ini, AADK harus bertanggungjawab kepada kegagalan tersebut. Oleh yang demikian, pada tahun 2016 ini, gerak kerja perlu dipertingkatkan lagi, saya menyeru agar bersama-sama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan semangat yang lebih kental tanpa rasa jemu dan kecewa terhadap usaha membanteras dadah kerana ianya merupakan masalah global yang semakin kompleks.

Sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016 ini, sekali lagi saya menyeru supaya individu memainkan peranan aktif dalam memastikan diri, keluarga dan masyarakat terhindar daripada gejala penagihan dadah. Sama-samalah kita memelihara diri kita yang dilahirkan seperti sehelai kain putih dan faktor sosialisi boleh mencorakkan kehidupan kita samada yang baik dan buruk. Oleh itu, marilah berganding bahu menyambut seruan tema Antidadah pada tahun ini iaitu ‪#‎SAYANGIDIRIMU‬.

SELAMAT HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2016

‪#‎perangidadahhabishabisan‬
‪#‎hadk2016‬

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya