#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

23 June 2016

Khutbah Jumaat Sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa Tahun 2016/1437H




 KHUTBAH JUMAAT
SEMPENA SAMBUTAN
HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA
TAHUN 2016/1437M


TEMA: PERANGI DADAH HABIS-HABISAN






Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar ingin mengambil kesempatan pada hari Jumaat yang mulia ini untuk menyampaikan peringatan agar kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan melakukan segala yang diperintahkanNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan jalan sabar. Sesungguhnya kejayaan setiap mukmin itu disertai dengan kesabaran. Semoga, kita dikurniakan rahmat dan maghfirah dalam kehidupan dan sentiasa di bawah naungan hidayahNya. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah Jumaat yang bertajuk “Perangi Dadah Habis-Habisan”.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Pada tanggal 26 Jun setiap tahun merupakan sambutan Hari Antidadah Antarabangsa. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk memastikan masyarakat sentiasa diberi peringatan mengenai ancaman bahaya dadah dan kedurjanaan yang melampau.Ia merupakan satu gejala yang masih berleluasa sehingga kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh pelosok dunia.

Masalah dadah umpama barah yang membunuh pembinaan masyarakat yang gemilang. Lantaran itu, kerajaan mengisytiharkan agar semua golongan masyarakat tanpa pengira umur, agama dan keturunan agar bersatu padu menentang dadah, Musuh No. 1 Negara. Dalam hal ini, bukan sahaja AADK yang dipertanggungjawabkan untuk menyedarkan mengenai bahayanya dadah malahan tugas ini juga tergalas di bahu masyarakat, ibu bapa, keluarga, institusi pendidikan, majikan dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

            Bersesuaian dengan tema Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini “Perangi Dadah Habis-Habisan”, hal ini perlu menjadi tanggungjawab semua orang untuk merealisasikan masyarakat bebas dadah. Ingin saya maklumkan di sini bahawa di dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja jumlah penagih yang dikesan adalah seramai 7,261 orang dimana 5,564 daripadanya adalah penagih baru. Ini dapat dilihat peningkatannya sebanyak 39% berbanding tahun lepas. Walaupun angkanya nampak seperti kecil tetapi dengan peningkatan seperti inilah yang mampu merosakkan negara dan anak-anak bangsa kita. Cuba kita bayangkan, sekiranya jumlah ini semakin bertambah apakah kesannya terhadap negara kita pada masa akan datang. Ianya pasti akan membawa kehancuran terhadap keluarga, masyarakat, ekonomi dan negara. Kita semua tentu tidak mahu hidup di dalam persekitaran dan masyarakat yang banyak terjebak dengan dadah.

            Di sinilah kita semua perlu memainkan peranan. Dari segi rawatan dan pemulihan, klien yang ingin memerangi kesan dadah yang telah membelenggu diri sejak sekian lama boleh mendapatkan rawatan secara sukarela sepertimana yang telah disediakan oleh pihak AADK. Inilah yang dikatakan jihad melawan hawa nafsu, jihad yang paling besar dalam diri manusia. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al Hajj ayat 78 yang bermaksud: “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya (haqqa jihadihi)”. Kemasukan secara sukarela ini akan lebih mudah kerana klien sendiri yang ingin mengubah diri mereka dari terus terjebak di dalam kebinasaan.

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

            Usaha pencegahan dadah juga adalah perjuangan berterusan. Bersesuaian dengan tagline “Ambil Kisah Ambil Tindakan” oleh AADK menunjukkan bahawa tindakan mencegah dadah ini perlu diambil kisah oleh semua lapisan masyarakat termasuklah jiran, keluarga, pihak institusi pendidikan dan majikan. Perumpamaan “jangan menjaga tepi kain orang” sudah tidak boleh dipakai di dalam hal ini kerana dengan menjaga tepi kain orang lah hal atau masalah seperti ini dapat dibendung. Jika masyarakat membiarkan perkara ini berlarutan dibimbangi akan terus menular sehingga ke akar umbi tanpa kita sedari.

Begitu jugalah halnya dengan jiran sebelah menyebelah haruslah mengambil tahu keadaan sekeliling, siapa jiran kita, apa kerjanya dan sebagainya. Begitu juga dengan keluarga. Haruslah semua ahli keluarga bersama-sama untuk membendung masalah ini dari menular masuk ke dalam hubungan kekeluargaan. Ibu bapa harus mengambil tahu setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak supaya tidak menyesal di kemudian hari. Jangan dibiarkan dadah menguasai anak-anak kita kerana dadah boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

            Jangan kita lupa bahawa peranan sekolah dan institut pengajian tinggi juga sangat penting bagi membendung masalah ini. Para guru atau pihak sekolah boleh memainkan peranan dengan menerangkan kepada para pelajar tentang bahayanya dadah melalui saluran seperti ceramah, pameran bergambar bahayanya dadah dan sebagainya. Perkara ini sangat penting diterapkan kepada para pelajar di sekolah mahupun IPT kerana mereka inilah tonggak kemajuan dan pembangunan Negara pada masa hadapan. Pihak sekolah mahupun IPT boleh bergerak seiring bersama-sama dengan AADK melalui program pencegahan yang dianjurkan. Program pencegahan merupakan usaha terbaik bagi mengelak pertambahan jumlah penagih baru di negara ini. Ini semua perlulah dilakukan bagi memastikan para pelajar tidak sekali-kali mendekati bahan terlarang itu. Semua pihak harus sentiasa mengambil tahu dan memantau aktiviti para pelajar, apa yang dilakukan dan perkara luar biasa yang berlaku ke atas setiap pelajar agar perkara yang tidak diingini dapat dicegah dari awal lagi.

 Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

          Ingin diingatkan di sini juga kepada semua para majikan bahawa majikan juga mempunyai peranan yang sangat penting di dalam perkara ini. Ini adalah kerana para pekerja juga mudah terdedah dengan mengambil bahan terlarang ini. Walau apa sekalipun tujuan pengambilannya, haruslah diingat bahawa jika para pekerja sudah terjebak dengan dadah, maka ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi pekerja itu sendiri dan sekaligus menjejaskan reputasi majikan.

Di sinilah para majikan harus memainkan peranan penting di dalam memastikan para pekerjanya bersih dari gejala dadah. Penyalahgunaan dadah di kalangan pekerja risiko kemalangan di tempat kerja bertambah bukan sahaja kepada yang menyalahgunakan dadah malahan kepada orang di sekeliling. Majikan haruslah peka dengan pekerja yang mula atau sudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Penagihan dadah adalah sejenis penyakit walaupun ianya nampak macam sengaja dicari, oleh itu majikan haruslah membuat langkah pencegahan dengan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pekerja, kurangkan tenaga kerja yang tidak perlu kepada mereka, memberikan perhatian yang sewajarnya kepada pekerja dengan selalu berbincang dan mempromosi mengenai keburukan dadah. Majikan juga perlulah menyediakan prosedur untuk aktiviti pencegahan dan penyalahgunaan dadah, memberi latihan kepada penyelia dan memberi keterangan serta pengetahuan kepada semua pekerja tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
 
Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

          Kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini adalah tugas untuk memerangi dadah adalah tanggungjawab semua pihak. Bukan sahaja tergalas di bahu penagih itu sendiri untuk berubah malahan tergalas di bahu masyarakat, jiran, keluarga dan institusi pendidikan itu sendiri.


 

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(At-Tahrim:6)



 #LetsDevelopWithoutDrugs
#PerangiDadahHabisHabisan
#SayangiDiriMu
#AmbilKisahAmbilTindakan
#HADA2016



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya