#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

23 June 2016

Perutusan Hari Antidadah Antarabangsa 2016


PERUTUSAN
KETUA PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
SEMPENA
SAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA 2016



Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
 

1.       Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t  di atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi dapat menikmati hidup dengan aman serta dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pelbagai pembangunan telah kita kecapi, pelbagai kejayaan telah kita capai dan pelbagai cabaran juga telah kita atasi demi menjadikan kita bangsa Malaysia yang matang dan berani menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Namun demikian kejayaan yang dinikmati pada hari ini tidak akan berkekalan sekiranya negara terus dibelenggu dengan masalah penagihan dadah.

2.       Sesungguhnya dalam memacu pembangunan negara, kerajaan tidak lupa untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari pelbagai penyakit sosial yang boleh membawa kepada kejatuhan moral seperti masalah penyalahgunaan dadah. 
 
3.      Pada setiap 26 Jun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat ketetapan bahawa tarikh tersebut diisytiharkan sebagai memperingati Hari Penyalahgunaan dan Penyedaran Dadah Antarabangsa (International Day Against Drug Abuse and IIIicit Trafficking)

4.      Oleh yang demikian, semua negara ahli termasuk Malaysia telah menyatakan persetujuan untuk menjadikan 26 Jun setiap tahun sebagai hari terhadap pembenterasan masalah dadah sedunia sehingga mewujudkan masyarakat dunia yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

5.       Tema sambutan Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah ‘Let’s Develop Our Lives, Our Communities, Our Identities Without Drugs’. Sejajar dengan tema tersebut semua rakyat Malaysia diseru agar bersama memastikan kehidupan kita secara keseluruhannya bebas daripada dadah. Komitmen semua  dalam menjaga keluarga dan persekitaran tempat tinggal daripada segala ancaman masalah dadah akan dapat merealisasikan cetusan idea tema tersebut.

6.       Pendekatan yang lebih seimbang di antara ‘supply and demand reduction’ merupakan asas dalam menjayakan agenda negara bebas dadah. Ini juga adalah selaras dengan saranan-saranan yang terkandung di dalam United National General Asemmbly Special Session on Drugs (UNGASS) 2016’s Outcome Document. Antara lain yang disarankan oleh UNGASS 2016 adalah peningkatan standard startegi pencegahan rawatan dan pemulihan yang mempunyai evidance based (berasaskan kajian). Ia adalah untuk memastikan semua program yang dirancang dan dilaksanakan lebih ‘cost-effective’ dan menepati kumpulan sasaran.

7.       Sambutan ini memperingatkan akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah dan kesannya kepada keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosiopolitik serta ekonomi negara. Penagihan dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya dan sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan.

8.       Semua rakyat Malaysia diseru agar bersama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan semangat yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab bersama membantu kerajaan membebaskan negara daripada masalah dadah. Tanggungjawab yang diamanahkan ini akan lebih berkesan dengan sokongan secara total daripada semua pihak.

9.       Pada tahun ini, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri telah mengistiharkan tahun Perangi Dadah Habis-Habisan. Kempen ini memerlukan kerjasama, komitmen dan penyertaan semua pihak. Penumpuan kawasan telah dibuat kepada 14 kawasan berisiko tinggi yang telah dikenal pasti di seluruh negara. Antara strategi yang telah tetapkan adalah melalui pengesanan penagih dadah, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta community empowerment iaitu memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti dalam melaksanakan program dan mengambil tindakan terhadap permasalahan dadah di kawasan masing-masing.

10.     Penglibatan aktif semua Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PEMADAM, PENGASIH, PENDAMAI, KOMITED Malaysia, Persatuan Rakan Sebaya Malaysia, Drug Free Youth Association, Yayasan Salam, serta lain-lain NGO sebagai rakan pintar AADK perlu dipertingkatkan lagi supaya mereka boleh membantu kerajaan dalam mendidik dan mempengaruhi masyarakat serta memastikan mesej kesedaran tentang bahaya dadah tersebar luas.

11.     Akhir kalam, pada sambutan Hari Antidadah Antarabangsa tahun ini, saya menyeru  kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama Let’s Develop Our Lives, Our Communities, Our Identities Without Drugs’. Bagi melindungi anak-anak dan ahli keluarga daripada terpengaruh dan terjebak dalam masalah penagihan dadah, keluarga sebagai faktor pelindung hendaklah meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, memberi perhatian kepada perasaan dan kehendak anak-anak serta sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka rasa disayangi dan dihargai serta mempunyai tempat untuk berkongsi masalah.  Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan komuniti kita selamat dari ancaman dadah supaya anak-anak kita dapat membesar dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berjaya.

12.   Sesungguhnya, penggemblengan usaha daripada semua pihak akan dapat merealisasikan hasrat Malaysia Bebas Dadah dan seterusnya mencapai tahap negara maju yang selamat dan sejahtera.


LET’S DEVELOP OUR LIVES, OUR COMMUNITIES, OUR IDENTITIES WITHOUT DRUGS’


Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 #LetsDevelopWithoutDrugs
#PerangiDadahHabisHabisan
#SayangiDiriMu
#AmbilKisahAmbilTindakan
#HADA2016


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.



No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya