#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

28 July 2016

Melaka tekad ‘putihkan’ tujuh kawasan ‘hitam’

Idris HARON menyampaikan cenderamata kepada Ikon Anti Dadah Negeri Melaka, Muhammad Fakhrul Islam Md. Janin (tiga dari kanan) selepas merasmikan Seminar Komuniti Unggul; Perangi Dadah Habis-habisan di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA 27 Julai - Kerajaan negeri bertekad mahu membendung sepenuhnya kegiatan penyalahgunaan dadah dengan member­sihkan tujuh kawasan hitam yang menjadi lokasi utama aktiviti penagihan di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kesemua tujuh kawasan yang telah dikenal pasti itu adalah Pantai Kundor, Tanjung Kling, Klebang, Paya Rumput, Bachang, Kesidang dan Sungai Udang. 

Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri mahu isu tersebut dijadikan agenda utama perbincangan di setiap peringkat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Agenda membanteras dadah secara habis-habisan ini perlu diletakkan sebagai keutamaan dalam mana-mana mesyuarat terutamanya di peringkat JKKK yang merupakan kumpulan paling dekat dengan kelompok penagih itu sendiri.

“Ia perkara serius yang perlu dimasukkan dalam mekanisme sebagai kewajipan dan sekiranya tidak dibincangkan serta dima­sukkan dalam minit mesyuarat, tindakan sepatutnya akan diambil,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Komuniti Unggul: Perangi Dadah Habis-habisan anjuran AADK Melaka di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam. 

Yang turut hadir Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid dan Pengarah AADK Negeri, Mohamad Yusof Kameh.

Dalam pada itu, Idris juga mahu semua ADUN di kawasan tersenarai mengenal pasti kumpulan penagih tegar tersebut dan memastikan mereka tidak mempengaruhi atau mewujudkan kumpulan penagih baharu.

“Adalah penting untuk kita memastikan tidak wujud penagih baharu dalam usaha kerajaan bagi memastikan negeri ini dapat mencapai jumlah sifar penagih seperti yang disasarkan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, semua masyarakat terutamanya pemimpin, ahli JKKK, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu sentiasa peka dengan menjaga keluarga masing-masing selain mengamalkan kehidupan sejahtera.

“Diharapkan dengan usaha berterusan dan bersungguh-sungguh hasil usahasama strategik pelbagai pihak ini mampu mencapai hasrat kita untuk membanteras musuh nombor satu negara secara total pada masa akan datang,” tambahnya.

Petikan Utusan Online 28 Julai 2016 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya