#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

30 August 2016

Jiwa Tidak Merdeka Jika Terlibat Dengan Dadah

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )

KUALA MUDA, 30 OGOS 2016 : Seramai 11 orang yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah telah ditahan oleh anggota penguatkuasaan dan keselamatan AADK Daerah Kuala Muda dalam satu operasi aduan di sekitar kawasan Kuala Muda hari ini. 

Operasi yang bermula sekitar jam 12 tengah malam dan berakhir jam 6 pagi itu telah menahan 9 orang lelaki dan 2 wanita dengan kekuatan 6 orang anggota diketuai oleh Puan Norzarenawati Osman. Operasi aduan ini memberi fokus utama kepada aduan yang disalurkan kepada pihak AADK samada daripada keluarga mahupun masyarakat. 

Risikan telah dijalankan sejak 3 hari lalu telah berjaya mengesan aktiviti mereka yang terlibat untuk ditangkap dan menjalani program pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK. 

Serbuan dijalankan di beberapa lokasi iaitu di Taman Lembah Permai, Taman Seri Bayu, Taman Batik, Kg Baru Pinang Tunggal, Kg Belakang Mahkamah Gurun dan di sebuah syarikat perabot di bandar Sungai Petani. Turut ditahan dalam operasi ini sepasang kekasih yang menjadikan lori perabot sebuah syarikat di sini sebagai tempat tidur dan tempat melepaskan gian. Dipercayai mereka telah melakukan kerja ini sejak beberapa bulan yang lalu. Masing-masing berasal dari Flat Paya Nahu dan Taman Seri Bayu. 

Dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Belakang Mahkamah Gurun pula telah menahan 2 lelaki yang cuba melarikan diri ke dalam semak samun di bahagian belakang rumah mereka. Walaupun cubaan menyembunyikan diri di bawah sekeping bumbung zink dapat dihidu anggota penguatkuasaan yang menjalankan operasi. Turut ditahan 1 wanita yang berstatus janda anak tiga serta 1 wanita yang tinggal bersama seorang kekasih di dalam sebuah lori. Masing-masing yang ditangkap berusia 22 tahun hingga 31 tahun. 

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. 

AADK tidak akan berkompromi dengan mana - mana penagih kerana mereka ini perlu ditangkap sebagai langkah memulihkan mereka semula dan kembali dalam masyarakat.



 









Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

29 August 2016

Peraduan Caption Terbaik Sehati Sejiwa Perangi Dadah

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, tunjukkan sokongan dan semangat cintakan negara anda dengan menyertai peraduan ini.

Hantarkan gambar rakyat Malaysia #SehatiSejiwa dan cipta 'Caption' yang menarik untuk gambar tersebut dan TAG AADK Negeri Sembilan untuk post tersebut. Caption anda akan dipaparkan di Timeline FB
AADK Negeri Sembilan. Jangan lupa letakkan #SehatiSejiwaPerangiDadah.

1 Pemenang HADIAH UTAMA untuk Caption Terbaik.

10 HADIAH MISTERI untuk Caption Terpilih.

Info lanjut, sila lihat di FB AADK Negeri Sembilan
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Perhimpunan Bulanan AADK Ogos 2016

Perhimpunan Bulanan AADK bagi Bulan Ogos 2016 dengan tema : Sehati Sejiwa Memerangi Dadah 






Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

24 August 2016

Taklimat Perangi Dadah Habis-Habisan

Pada 24 Ogos 2016, satu sesi Taklimat Perangi Dadah Habis-Habisan dan Penyerahan Sijil Program Mentor Mentee 1SPC Daerah Jempol telah diadakan di Felda Palong 4, Gemas, Negeri Sembilan yang disempurnakan oleh Tuan Haji Izhar Bin Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK.



TKPO juga dibawa melawat tapak tanaman cili Porak-E yg diusahakan sendiri oleh OKP yang terlibat dalam Projek 1SPC N.Sembilan.









Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.



Kunjungan hormat AADK kepada YAB Ketua Menteri Sarawak

Pada 23 Ogos 2016, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan diketuai oleh YBrs Datu Hajjah Jabidah Bt. Monseri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan bin Hj Satem 

YAB Ketua Menteri berbesar hati menyampaikan mesej menyatakan komitmen Kerajaan Negeri Sarawak dalam sesi rakaman yang telah dibuat oleh pihak RTM.


 





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


Lawatan Kerja Pegawai Kementerian Dalam Negeri ke AADK

Lawatan Kerja (ONE DAY VISIT) Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela) dan Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam Negeri ke Klinik C&C Sungai Besi, CCVC Sepang dan CCRC Dengkil.













 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.










23 August 2016

Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah

KUANTAN, 23 OGOS 2016 Agensi Antidadah kebangsaan (AADK) Daerah Kuantan dengan kerjasama Kolej Yayasan Pahang Tanjung Lumpur telah menganjurkan satu program Institusi pendidikan bebas Dadah - Tomorrows Leaders kepada pelajar dari Kolej berkenaan pada hari ini.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di Kolej terbabit tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah. Program ini diisi dengan beberapa aktiviti antaranya perkongsian pengalaman oleh seorang bekas penagih dadah, aktiviti latihan dalam kumpulan, tayangan video dan lain-lain lagi.



 










Diharapkan dengan program seperti ini akan membuka mata para peserta akan kesan buruk dan akibat serta mampu menolak pengaruh negatif terutamanya penyalahgunaan dadah.


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Enam lelaki, dua wanita ditahan positif dadah






Petikan Akhbar 23  Ogos 2016



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Pembentangan Kertas Kerja "Masalah Penagihan Dadah di Kalangan Orang Melayu Dan Warga Felda di Negeri Pahang"

Pembentangan Kertas Kerja bertajuk "Masalah Penagihan Dadah di Kalangan Orang Melayu Dan Warga Felda di Negeri Pahang" di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang.
 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Derita tanpa suara






Sumber: Harian Metro (23 Ogos 2016)


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


21 August 2016

Program SKUAD 1 Malaysia Daerah Rompin

" Walking Message " telah diadakan bertempat di Tapak Pasar Minggu Ahad Bandar Tun Razak. 

Penyampaian mesej Antidadah dilakukan mengikut kreativiti Ahli SKUAD dengan mensasarkan semua lapisan umur di kawasan berisiko tinggi. Program turut dihadiri oleh wakil Pengarah AADK Pahang,  Ustaz Fikri,  Pegawai AADK Daerah Rompin, Puan Suzilawati Binti Radzalli serta setiausaha SKUAD 1 Malaysia Daerah Rompin,  En. Kamarul Zaman. 










 














 

 




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya