#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

18 August 2016

10 Disyaki Penagih Dadah Ditahan Di Port Rumah Flat Paya Nahu



SUNGAI PETANI, 17 OGOS 2016 : Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda hari ini menjalankan satu serbuan di sebuah rumah sepasang suami isteri yang dijadikan port penagih dadah aktif di Flat Paya Nahu 2, Sungai Petani. 

Operasi disertai seramai 4 orang anggota penguatkuasaan diketuai oleh Puan Norzarenawati Binti Osman. 

Hasil risikan sejak baru baru ini mendapati rumah tersebut menjadi tumpuan penagih dadah bagi mendapatkan bekalan dan melepaskan gian. Dalam serbuan hari ini, seramai 10 orang penagih dadah syabu ditahan di rumah tersebut. Ketika serbuan itu dijalankan, mendapati  mereka sedang asyik menagih dadah. Turut dijumpai balang ais serta bungkusan lutsinar putih dipercayai bungkusan syabu yang telah habis digunakan. 

10 orang yang disyaki penagih yang ditahan itu terdiri daripada 5 orang lelaki Melayu dan 5 orang wanita Melayu berusia di antara 24 tahun hingga 45 tahun. Kesemua OKT dibawa ke Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine. Mereka disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983. 

AADK akan meneruskan operasi dari masa ke semasa bagi menahan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah untuk dibantu. AADK juga memerlukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat agar masalah dadah dalam komuniti dapat dicegah daripada terus merebak ke satu tahap yang lebih buruk.

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )



  





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya