#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

16 August 2016

Dadah: Rumah peneroka ada CCTV pantau penguatkuasa


 Dua beradik dipercayai pengedar dadah sementara sepupu didapati positif dadah (ujian air kencing) selain dua pokok ketum dijumpai ditanam di belakang rumah mereka ketika serbuan di Felda Lepar Hilir.

KUANTAN - Seorang ibu berusia 36 tahun dan anak perempuannya 17 tahun antara yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang dalam Operasi Perangi Dadah Habis-Habisan di sekitar Kuantan, pagi tadi.

Turut ditahan, seorang bapa berusia 59 tahun dan anak lelakinya selain dua pasang adik beradik (berlainan keluarga) serta sepasang suami isteri berusia 29 dan 22 tahun yang dipercayai penagih dadah.

Dalam serbuan di Felda Lepar Hilir, tangkapan dibuat ke atas dua beradik berusia 30an dipercayai pengedar dadah dan merampas beberapa paket dadah dianggarkan seberat 100 gram serta wang tunai RM8,500.

Salah sebuah rumah yang diserbu di tanah rancangan itu juga didapati dilengkapi kamera litar tertutup di luar bahagian depan rumah dengan skrin pemantau diletakkan di dalam bilik tidur bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Pada masa sama, serbuan dilakukan serentak di kawasan lain di Jaya Gading, Tanjung Lumpur, Beserah, Bukit Goh dan Tanah Putih.

Operasi bermula dari jam 12 tengah malam dengan kekuatan 70 anggota berjaya menahan 89 penagih dan pengedar itu berakhir pada jam 6 pagi.

Pengarah AADK Pahang, Abdul Ghani Abdul Rahman yang turut serta dalam operasi berkenaan berkata, kesemua mereka berusia antara 17 hingga 59 tahun dan ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah masing-masing.

Menurutnya, tangkapan ke atas dua beradik dipercayai pengedar dadah itu pula membawa kepada penemuan dua pokok ketum yang ditanam di belakang rumah mereka.

"Ops Cegah merupakan operasi yang dijalankan dua bulan sekali manakala Ops Bersepadu bersama agensi lain dilaksanakan sebulan sekali.

"Kami memandang serius dalam usaha mencegah dan memerangi habis-habisan penyalahgunaan dadah memandangkan terdapat kes berulang dan penagih baru.

"Segelintir ibu bapa  memberi kerjasama baik ketika serbuan dilakukan namun ada pula yang cuba melindungi anak mereka daripada ditahan," katanya.

Kesemua mereka dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Indera Mahkota bagi menjalani saringan ujian air kencing sebelum didakwa.

Sumber : Sinar Harian 16 Ogos 2016
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya