#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

30 August 2016

Jiwa Tidak Merdeka Jika Terlibat Dengan Dadah

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )

KUALA MUDA, 30 OGOS 2016 : Seramai 11 orang yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah telah ditahan oleh anggota penguatkuasaan dan keselamatan AADK Daerah Kuala Muda dalam satu operasi aduan di sekitar kawasan Kuala Muda hari ini. 

Operasi yang bermula sekitar jam 12 tengah malam dan berakhir jam 6 pagi itu telah menahan 9 orang lelaki dan 2 wanita dengan kekuatan 6 orang anggota diketuai oleh Puan Norzarenawati Osman. Operasi aduan ini memberi fokus utama kepada aduan yang disalurkan kepada pihak AADK samada daripada keluarga mahupun masyarakat. 

Risikan telah dijalankan sejak 3 hari lalu telah berjaya mengesan aktiviti mereka yang terlibat untuk ditangkap dan menjalani program pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK. 

Serbuan dijalankan di beberapa lokasi iaitu di Taman Lembah Permai, Taman Seri Bayu, Taman Batik, Kg Baru Pinang Tunggal, Kg Belakang Mahkamah Gurun dan di sebuah syarikat perabot di bandar Sungai Petani. Turut ditahan dalam operasi ini sepasang kekasih yang menjadikan lori perabot sebuah syarikat di sini sebagai tempat tidur dan tempat melepaskan gian. Dipercayai mereka telah melakukan kerja ini sejak beberapa bulan yang lalu. Masing-masing berasal dari Flat Paya Nahu dan Taman Seri Bayu. 

Dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Belakang Mahkamah Gurun pula telah menahan 2 lelaki yang cuba melarikan diri ke dalam semak samun di bahagian belakang rumah mereka. Walaupun cubaan menyembunyikan diri di bawah sekeping bumbung zink dapat dihidu anggota penguatkuasaan yang menjalankan operasi. Turut ditahan 1 wanita yang berstatus janda anak tiga serta 1 wanita yang tinggal bersama seorang kekasih di dalam sebuah lori. Masing-masing yang ditangkap berusia 22 tahun hingga 31 tahun. 

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut. Hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. 

AADK tidak akan berkompromi dengan mana - mana penagih kerana mereka ini perlu ditangkap sebagai langkah memulihkan mereka semula dan kembali dalam masyarakat.



 









Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya