#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

12 August 2016

Ketum campur pil kuda, heroin makin menular di Kelantan

Trend baharu penagih mencampurkan air ketum bersama pil kuda dan heroin semakin menular di Kelantan.

KOTA BHARU – Kaedah mencampurkan dadah sintetik ke dalam air ketum dikesan menjadi cara penagihan yang semakin popular dan kian menular dalam kalangan penagih di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, tabiat mencampurkan dadah jenis pil kuda dan heroin serta pelbagai dadah lain itu dikatakan mampu menghasilkan rasa khayal yang lebih kuat kepada para penagih.

Katanya, trend itu turut menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah kes membabitkan ketum antara Januari sehingga Julai tahun lalu berbanding tempoh sama tahun ini iaitu daripada 36 kepada 86 kes.

“Wujud peningkatan tangkapan dadah daun ketum di Kelantan yang meningkat sebanyak 212 peratus.

“Pada tahun 2015, polis membuat rampasan dadah (ketum) berjumlah RM10juta dan jumlah itu meningkat kepada RM14 juta tahun ini dengan kenaikan sebanyak 44 peratus,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, daun ketum dipercayai diperoleh dari utara tanah air dan masuk ke pasaran Kelantan untuk diproses oleh individu dan dijual dengan harga RM10 hingga RM12 bagi setiap satu bungkusan seliter.

“Daun ketum diproses menjadi cecair ketum dan dibungkus kemudian dijual kepada pengedar  ke serata daerah di negeri ini. Penagih yang membeli air ini akan mencampurkannya dengan dadah seperti pil kuda atau heroin sebelum diminum.

“Terdapat juga penagih yang mengambil dadah lain pada masa sama diselang-selikan dengan meminum air ketum,” katanya.

Menurutnya, selain ketum, rampasan dadah pil kuda turut meningkat sebanyak RM13 juta iaitu kenaikan sebanyak 43 peratus, heroin meningkat sebanyak 8 peratus manakala syabu meningkat sebanyak 196 peratus dan menyebabkan pihaknya terus fokus dalam jihad bagi memerangi dadah di negeri ini.

“Terkini, operasi bersepadu kali ke-11 dilancarkan di dua daerah yang menunjukkan peningkatan jenayah tertinggi iaitu Kota Bharu dan Bachok. Operasi membabitkan 10 pegawai dan 75 anggota tersebut berjaya menahan 113 individu membabitkan pelbagai kesalahan dadah.

“Operasi dua hari yang berakhir pagi tadi (semalam) itu berjaya menahan 57 suspek dan tiga waran dengan nilai pelbagai jenis dadah berjumlah RM32, 290 di Kota Bharu, manakala 50 suspek dan satu waran bersama dadah bernilai RM33,222 di Bachok,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 12 Ogos 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya