#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

06 August 2016

LKIM sedia beri kerjasama perangi dadah

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedia memberikan apa sahaja bentuk kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi membanteras gejala penagihan dadah dalam kalangan nelayan.

Irmohizam Ibrahim
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim
Pengerusinya, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, masalah berkenaan boleh disifatkan sebagai serius dan usaha mengatasinya akan menjadi keutamaan LKIM.

“Saya sudah nyatakan masalah ini sejak bulan Januari lagi dan saya amat berharap agar PDRM serta AADK dapat menyelesaikannya. Kami sedia beri kerjasama.

“Masalah dadah ini sangat serius dan saya akan bangkitkannya dalam mesyuarat LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

Mingguan Malaysia baru-baru ini menyiarkan pendedahan Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd. Yunus Pathi mengenai gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di negara ini yang amat tinggi dan membimbangkan.

Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, beliau pernah mendengar cerita tentang penglibatan nelayan dengan najis dadah, namun tidak mempunyai fakta yang cukup untuk membuat sebarang pendedahan.

Justeru, beliau akan mengarahkan pegawai LKIM untuk turun padang melakukan pemantauan bagi mendapatkan maklumat dengan segera.

“Jika pendedahan Pengasih itu benar, saya harap pihak-pihak berkaitan seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dapat melakukan kempen kesedaran di kawasan-kawasan nelayan. Segala bentuk tindakan perundangan kepada nelayan yang didapati menyalahgunakan dadah, saya serahkan kepada PDRM,” ujarnya.

Sumber : Utusan Online 6 Ogos 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya