#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

10 August 2016

'Mary Jane', 'Cik Putih' antara nama jalanan dadah di WhatsApp

KUALA LUMPUR: 'Mary Jane', 'Cik Putih', 'butterfly' - ini adalah antara nama jalanan untuk pelbagai jenis dadah yang boleh dipesan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyasarkan pelajar sekolah dan kolej di ibu negara.

Malah sindiket pengedaran dadah itu yang mempunyai kumpulan WhatsApp mereka sendiri turut menggunakan konsep pemasaran pelbagai peringkat (MLM) untuk 'ejen' mereka mengaut keuntungan dengan memperoleh dadah dengan harga istimewa jika memasarkannya kepada rangkaian besar.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Hanizar Tengku Awang, berkata risikan pihaknya mendapati bekalan dadah itu akan dihantar anggota sindiket ke alamat yang diberikan pelanggan dan transaksi dibuat secara tunai.

Menurutnya antara nama jalanan dadah yang dikenal pasti ialah 'butterfly', 'playboy' untuk ecstacy; 'weed', 'sayur', 'pot', 'Mary Jane', 'roach', 'blunt' bagi ganja; 'snow', 'blow' 'toot' untuk kokain dan 'fit' 'fun', 'Cik Putih' bagi heroin.

"Nama jalanan itu digunakan untuk mengaburi mata orang lain dan mengelak aktiviti mereka daripada dikesan.

"Misalnya, jika seseorang itu menerima bungkusan bertulis 'Mary Jane' atau berkomunikasi dengan sindiket menggunakan nama jalanan spesifik, sudah tentu sukar untuk ahli keluarga 'menghidu' kegiatan individu itu," katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Selain pelajar, pengunjung kelab hiburan merupakan antara mereka yang berada dalam kumpulan WhatsApp itu yang menggunakan media sosial berkenaan sebagai platfom untuk menempah dadah yang diingini.

Tengku Hanizar berkata jika pembeli mempromosikan dadah berkenaan dalam kalangan rakan masing-masing, mereka akan mendapat bekalan pada harga istimewa daripada pembekal, misalnya 10 gram ganja boleh diperoleh dengan harga RM50.

Jelasnya, gejala dadah dalam kalangan pelajar sekolah di ibu kota sememangnya semakin membimbangkan dengan jumlah pelajar dikesan positif dadah tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

Menurut Tengku Hanizar, setakat Januari hingga Julai tahun ini, seramai 72 pelajar sekolah menengah dikesan positif dadah dengan 60 daripadanya positif ganja di Kuala Lumpur.

Statistik tahun lepas pula menunjukkan 48 pelajar dikesan positif dadah dengan 44 positif ganja. "Setakat Januari hingga Julai tahun ini, AADK telah menjalankan saringan air kencing terhadap 2,575 pelajar dari 100 sekolah yang membabitkan empat daerah iaitu Cheras, Dang Wangi, Brickfields dan Sentul.

"Biasanya, kami akan melakukan ujian air kencing terhadap pelajar yang berisiko tinggi seperti yang mempunyai masalah disiplin, ponteng, merokok dan lemah dalam akademik," katanya.

Beliau berkata antara alasan yang sering digunakan pelajar yang terlibat dengan dadah adalah terpengaruh dengan rakan sebaya, perasaan ingin mencuba dan tekanan emosi.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelbagai program dijalankan pihaknya bagi memberi kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah iaitu kem SHIELD (Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya), manakala Program Intelek Asuhan Rohani (Program Pintar 2.0) disasarkan kepada murid sekolah rendah.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan, perubahan sikap atau fizikal anak mereka selain memeriksa telefon bimbit anak masing-masing dan penggunaan media sosial bagi memastikan anak-anak tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang memudaratkan masa depan mereka. - BERNAMA
 
Sumber: Berita Harian 10 Ogos 2016












#‎PerangiDadahHabisHabisan‬
‪#‎SayangiDiriMu‬
‪#‎AmbilKisahAmbilTindakan‬




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya