#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

01 August 2016

Nelayan mudah dapat dadah, bebas menagih di laut

Izhar Abu Talib (dua dari kanan) mengedarkan risalah kepada seorang penduduk semasa berkempen Perangi Dadah Habis-habisan di Kampung Tengah, Alor Setar, Kedah semalam.

ALOR SETAR 31 Julai – Dadah yang mudah diperoleh dan aktiviti penagihan dadah pula bebas dilakukan atas bot nelayan di laut yang luas.

Itu adalah dua faktor menyebabkan penagihan dalam kalangan nelayan di negara ini semakin berleluasa dan sukar dibanteras.

Perkara itu diakui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut mendedahkan terdapat dalam kalangan pemilik bot atau peraih ikan bertindak sebagai tokan yang membekal dadah kepada golongan nelayan tanpa mengenakan apa-apa bayaran melainkan sebagai upah mereka. 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib berkata, dadah yang suatu ketika dahulu dijadikan sebagai alat untuk merangsang tenaga dalam kalangan nelayan kini sudah bertukar menjadi gejala penagihan yang kritikal.

“Budaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan ini wujud disebabkan mereka percaya bahan terlarang itu mampu memberi kekuatan dan tenaga tambahan untuk mereka bekerja dalam satu tempoh yang panjang.

“Disebabkan kepercayaan itu, ada pemilik bot atau peraih yang menawarkan dadah bagi merangsang nelayan bekerja kuat untuk meningkatkan jumlah hasil tangkapan.

“Situasi di Kuala Kedah pula, ada tokan-tokan dadah yang akan menunggu di jeti dua kali sehari untuk menjual dadah kepada nelayan. Ini bermakna, memang mudah untuk nelayan mendapat dadah di darat mahupun di tengah laut,” katanya di sini hari ini.

Sumber : Utusan Online 1 Ogos 2016

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya