#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

11 August 2016

Warga emas antara 31 penagih ditahan AADK

Sebahagian daripada 31 penagih dadah yang dicekup dalam serbuan di bawah jambatan Lebuh Sungai Udang-Rumput-Ayer Keroh (SPA) Krubong di sini hari ini. - UTUSAN

MELAKA 11 Ogos - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri menahan 31 penagih dadah termasuk seorang warga emas berumur 61 tahun dalam serbuan di lokasi baharu dekat bawah jambatan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Krubong, di sini hari ini.

Pengarah AADK negeri, Mohamad Yusof Kameh berkata, warga emas yang datang dari Kelemak, Alor Gajah itu sanggup menunggang motosikal sejauh 20 kilometer bersama seorang lagi rakannya ke lokasi tersebut semata-mata untuk melepaskan gian.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan pihak AADK negeri dengan kerjasama anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Warga emas tersebut dipercayai menjadi penagih dadah sejak 41 tahun lalu bermula dengan ganja sebelum bertukar kepada dadah jenis heroin. Selain warga emas itu, pihak berkuasa turut menahan 30 lagi penagih termasuk seorang remaja berusia 19 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena program My Beautiful Malaysia AADK Daerah Melaka Tengah dekat Krubong, di sini hari ini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Sazali Muhamad Din.

Jelas Mohamad Yusof, lokasi baharu penagihan dadah itu dipercayai telah wujud dalam tempoh dua bulan dan kedudukannya tidak jauh dari lokasi lama yang telah dibersihkan sebelum ini.

“Hasil risikan selama lebih sebulan, kita dapati lokasi baharu ini lebih sejuk dan tersorok ini hanya sejauh dua kilometer dari Kampung Krubong Tengah menjadikan ia tempat strategik untuk melepaskan gian di kalangan penagih sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya