#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

08 September 2016

Mungkinkah Ia Telah Berada Di Rumah Kita?

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Semakin ramai penagih wanita di Kelantan

WAN Addenan Wan Mohd Noor menunjukkan statistik mengenai penagih wanita di Kelantan. - Foto Syamsi Suhaimi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190343
WAN Addenan Wan Mohd Noor menunjukkan statistik mengenai penagih wanita di Kelantan. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Bilangan penagih wanita di Kelantan meningkat sebanyak 3.27 peratus tahun ini. Pengarah Bahagian Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Wan Addenan Wan Mohd Noor, berkata semua wanita yang ditahan di negeri ini didapati menggunakan dadah jenis pil kuda. Katanya, semua wanita yang ditahan itu berusia 17 hingga 40 tahun dan sebahagian besar mereka tercicir dalam persekolahan. "Mengikut statistik dua tahun sejak 2014, jumlah penagih wanita di negeri ini seramai 250 orang dan angka itu meningkat kepada 320 orang pada tahun ini. "Angka ini dikesan meningkat hasil penahanan dalam beberapa operasi yang dilancarkan dan mereka didapati positif pil Methamphetamine," katanya selepas mengadakan Mesyuarat Perangi Dadah Habis-Habisan & Perangi Pil Kuda di Pejabat AADK, di sini, hari ini. Dalam mesyuarat berkenaan, seramai 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil penduduk kampung dari semua daerah hadir pada mesyuarat selama satu jam setengah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190343
KOTA BHARU: Bilangan penagih wanita di Kelantan meningkat sebanyak 3.27 peratus tahun ini. Pengarah Bahagian Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Wan Addenan Wan Mohd Noor, berkata semua wanita yang ditahan di negeri ini didapati menggunakan dadah jenis pil kuda. Katanya, semua wanita yang ditahan itu berusia 17 hingga 40 tahun dan sebahagian besar mereka tercicir dalam persekolahan. 

"Mengikut statistik dua tahun sejak 2014, jumlah penagih wanita di negeri ini seramai 250 orang dan angka itu meningkat kepada 320 orang pada tahun ini. 

"Angka ini dikesan meningkat hasil penahanan dalam beberapa operasi yang dilancarkan dan mereka didapati positif pil Methamphetamine," katanya selepas mengadakan Mesyuarat Perangi Dadah Habis-Habisan & Perangi Pil Kuda di Pejabat AADK, di sini, hari ini. 

Dalam mesyuarat berkenaan, seramai 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil penduduk kampung dari semua daerah hadir pada mesyuarat selama satu jam setengah.

Sumber : Berita Harian


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

06 September 2016

Kem Jati Diri

KUANTAN,  6.9.2016 : Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS) ' Kem Jati Diri ' telah bermula pada hari ini di Le Village Beach Resort Kuantan. Program bermula pada pukul 2 petang dimulakan dengan pendaftaran peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari Daerah Maran dan Daerah Pekan.

Taklimat Program disampaikan oleh ketua Penyelaras, En.Mohd Zafuan Bin Aliman.Untuk taklimat peraturan dan keselamatan sepanjang program pula disampaikan oleh Kem Komandan, En.Mohamad Azri Bin Mohamed Yusof. Bagi solat berjemaah dan kuliah Maghrib telah dipimpin oleh Ketua Kerohanian, En.Rozaimy Bin Dorus.

Program diteruskan Dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Ketua Fasilitator, Puan Adelina Binti Abdul bersama Penolong Ketua Fasilitator, En.Muhammad Amri Bin Ali Imran serta dibantu oleh barisan Fasilitator yang terdiri daripada Kakitangan AADK Maran, AADK Pekan, Guru-guru Daerah Maran dan Pekan.


 




 











Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

05 September 2016

Kumpulan Inovasi & Kreatif peringkat AADK

5 Sept 2016- TAHNIAH kepada CCRC Sungai Ruan kerana menjuarai Mini Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif peringkat AADK. Dengan inovasi bertajuk Kelewatan Proses Pendaftaran Klien Baharu diharapkan dpat dijadikan amalan terbaik kelak.

Tempat kedua milik AADK Negeri Selangor dengan tajuk projek 10 Borders berkisar Kelewatan Pengendalian Peralatan Ujian Saringan Air Kencing manakala Negeri Kelantan dengan tajuk Kesukaran Mengendalikan Panel Pameran meraih tempat ke 3.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato Dr Abd Halim bin Mohd Hussin selaku Ketua Pengarah AADK. Pengarah -pengarah negeri turut serta menyaksikan persembahan mereka.

KIK kali ini disertai oleh 6 kumpulan dari AADK Negeri Melaka, AADK Negeri Terengganu dan Klinik C&C Tampoi, AADK Negeri Kelantan, CCRC Sg Ruan dan AADK Negeri Selangor.






 
 



 


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Surau Perwaja dipilih sebar maklumat dadah

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Gagal Lapor Diri Terima Hukuman Penjara Dan Sebat

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

SUNGAI PETANI, 5 SEPTEMBER 2016 : Orang Kena Pengawasan (OKP) haruslah mengikuti syarat-syarat pengawasan yang telah ditetapkan selama 2 tahun yang diperintahkan. Program pemulihan yang dirangka meliputi dari segala aspek kehidupan yang membantu OKP mengekalkan kepulihan diri semasa berada di dalam komuniti. 

Namun masih terdapat OKP yang telah melanggar syarat pengawasan yang perlu dilalui mereka sepanjang tempoh 2 tahun. 

Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan AADK Daerah Kuala Muda hari ini telah menahan dan mendakwa seorang OKP yang dikenali sebagai " Jan ". Dia berusia 35 tahun, berasal dari Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda sudah berkahwin, menjalankan kerja kampung dan mengikut lori ais. 

Hari ini dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan di bawah Sekyen 6(2) C iaitu tidak melapor diri di Balai Polis Kota Kuala Muda sejak 16 Mei 2015 sehingga repot langgar syarat dibuat oleh penyelia OKP balai berkenaan. 

Hukuman 10 bulan penjara dan 1 sebatan telah dikenakan terhadapnya dan diarahkan untuk menjalani hukuman tersebut di Penjara Pokok Sena, Kedah. 

AADK Daerah Kuala Muda akan terus menjejaki OKP yang gagal mengikuti syarat pengawasan dari masa ke semasa. Kepada OKP yang menghadapi masalah diminta segera tampil ke hadapan sebelum tindakan diambil.


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Lakukan Kebaikan

#Sehatisejiwamemerangidadah

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

03 September 2016

Bawa air kencing dalam poket

Anggota AADK menahan seorang lelaki (tengah) kerana menagih. Gambar kanan: Kebun getah dijadikan port penagih dadah.
 
SEORANG lelaki disyaki penagih dadah sanggup membawa air kencing individu lain demi mengelakkan diri dari dicekup dalam Ops Sarang 2 di Port Kodiang, Kota Setar, kelmarin.

Bagaimanapun, taktik lelaki berusia 52 tahun itu gagal mengaburi 17 penguat kuasa Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Kedah diketuai Mohd Syafieq Ismail.

Ketika diperiksa, anggota penguat kuasa AADK menemui botol kecil mengandungi air kencing dari poket depan baju lelaki terbabit yang berasal dari Perlis.

Dia yang dikenali sebagai Mat membawa air kencing orang lain kerana bimbang hasil ujian urinnya akan disahkan positif heroin.

“Adik perempuan tahu saya hisap dadah, jadi saya minta untuk guna air kencing dia untuk elak dicekup.

“Saya tak bawa selalu, cuma ambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan botol air kencing dalam pakaian. Macam pagi ini, saya bawa stok yang semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam ops itu, pelbagai taktik mahupun alasan diberikan mereka ditahan semata-mata untuk mengelakkan diri dari dicekup, termasuklah mengaku orang kurang upaya (OKU) mental.

Malah, beberapa individu berkenaan membawa senjata tajam seperti parang dan pisau atas alasan bimbang keselamatan terancam, dan ada dilihat cuba mengacu ke arah penguat kuasa AADK.

Sementara itu, seorang lelaki membawa kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya memberi kerjasama ketika ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Hisap dadah lebih 30 tahun

Seorang lelaki berusia 45 tahun menjadi individu pertama dicekup dalam operasi port dadah syabu dan heroin terbesar di kawasan itu bermula jam 3 pagi hingga 3 petang.

Lelaki yang tidak bekerja tetap dan meniaga sayuran-sayuran secara kecilan berkenaan mendakwa dia mula mengambil dadah seawal usia belasan tahun.

Katanya, dia boleh mendapatkan bekalan dadah diinginkan dengan mudah daripada beberapa tokan di port berkenaan, disebabkan ia beroperasi selama 24 jam.

Bagaimanapun, bapa kepada lima anak berusia sembilan hingga 20-an itu tidak dapat menghilangkan ketagihan dadah diambil sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya terlampau yakin tidak boleh hidup tanpa hisap dadah, jadi macam mana pun gian, kembali ambil semula, meskipun dinasihati anak-anak,” katanya.

Meskipun 'kantoi' tiga kali atas ketagihan dadah dimiliki, dia tidak serik kerana terlalu gian apabila tidak mendapatkan bekalan dadah itu.

Musnahkan port dadah

Menurut Ketua Pegawai AADK Kubang Pasu, Mohd Zaki Abdullah, serbuan dibuat hasil risikan anggota selama sebulan untuk mencegah penyalahgunaan dadah.

Mohd Zaki berkata, mereka yang ditahan antara 26 lelaki berusia 22 hingga 52 tahun yang dicekup dalam kebun getah kerana disyaki menyalahgunakan dadah.

Beliau berkata, taktik tertentu penagih antaranya membawa air kencing orang lain sudah menjadi kebiasaan, namun ia dapat dibongkar dengan kepakaran anggota AADK.

“Ada lelaki yang sudah ditahan cuba melarikan diri semula masuk ke dalam semak samun, namun berjaya diberkas semula tidak lama kemudian.

“Siasatan penguat kuasa AADK turut mendapati lebih kurang tujuh port dadah ditemui dalam kebun getah berkeluasan 1.21 hektar (3 ekar),” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya turut memusnahkan port dadah yang dianggap antara terbesar di kawasan itu untuk membolehkan penduduk menoreh dengan tenteram.

Kesemua mereka ditahan dibawa ke Pejabat AADK Kubang Pasu untuk menjalani ujian air kencing, dan hasil saringan mendapati 24 positif dadah, manakala dua lagi negatif.

Sumber: Sinar Harian

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

02 September 2016

Sayangi anak anda. Keluarga Bahagia Tanpa Dadah.

Kasih sayang, perhatian dan pengertian, akan menciptakan keluarga bahagia. 
Sayangi anak anda. Keluarga Bahagia Tanpa Dadah. 


#Sehatisejiwamemerangidadah
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

01 September 2016

Di Ambang Merdeka

Disediakan Oleh: AADK Negeri Perak

KAMPAR, PERAK, 01 SEPTEMBER - AADK Negeri Perak menggunakan ruang dan kesempatan yang ada dalam program-program Sambutan Hari Kebangsaan 2016 yang diadakan di seluruh Perak dalam menyebarkan info berkaitan pendidikan pencegahan.

Aktiviti dijalankan dalam bentuk pameran dan tayangan video kesan dadah kepada masyarakat. Kali ini program diadakan di kawasan Malim Mawar, Perak bersempena dengan Sambutan Malam Ambang Merdeka. Turut hadir dalam majlis adalah Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak.

 




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Bas Pameran AADK Kena Serbu Di Program Mobile CTC

Disediakan Oleh: AADK Negeri Perlis

KANGAR, PERLIS, 01 SEPTEMBER - AADK Negeri Perlis terlibat sama di dalam program Mobile Community Transformation Centre (Mobile CTC) yang diadakan baharu-baharu ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar Perlis.

Bilangan pengunjung yang mencecah 200 orang menunjukan bas pameran AADK itu berjaya menjadi alat dan daya tarikan dalam kaedah penyampaian mesej kesedaran antidadah. 

Program pada hari tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Ahmad Zamri Bin Khairuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.





#Sehatisejiwamemerangidadah

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

selamat tahun baru 2016

selamat tahun baru 2016
#ambilkisahambiltindakan

we are drug free. join us

we are drug free. join us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya