#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 September 2016

Gagal Lapor Diri Terima Hukuman Penjara Dan Sebat

Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )

SUNGAI PETANI, 5 SEPTEMBER 2016 : Orang Kena Pengawasan (OKP) haruslah mengikuti syarat-syarat pengawasan yang telah ditetapkan selama 2 tahun yang diperintahkan. Program pemulihan yang dirangka meliputi dari segala aspek kehidupan yang membantu OKP mengekalkan kepulihan diri semasa berada di dalam komuniti. 

Namun masih terdapat OKP yang telah melanggar syarat pengawasan yang perlu dilalui mereka sepanjang tempoh 2 tahun. 

Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan AADK Daerah Kuala Muda hari ini telah menahan dan mendakwa seorang OKP yang dikenali sebagai " Jan ". Dia berusia 35 tahun, berasal dari Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda sudah berkahwin, menjalankan kerja kampung dan mengikut lori ais. 

Hari ini dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan di bawah Sekyen 6(2) C iaitu tidak melapor diri di Balai Polis Kota Kuala Muda sejak 16 Mei 2015 sehingga repot langgar syarat dibuat oleh penyelia OKP balai berkenaan. 

Hukuman 10 bulan penjara dan 1 sebatan telah dikenakan terhadapnya dan diarahkan untuk menjalani hukuman tersebut di Penjara Pokok Sena, Kedah. 

AADK Daerah Kuala Muda akan terus menjejaki OKP yang gagal mengikuti syarat pengawasan dari masa ke semasa. Kepada OKP yang menghadapi masalah diminta segera tampil ke hadapan sebelum tindakan diambil.


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya