#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

24 February 2017

Modul Inabah Diperluas Rawat Ketagihan Dadah -TPM

RAUB 24 Feb. - Modul Inabah iaitu menggunakan pendekatan agama dalam rawatan dan pemulihan akan diperluaskan ke sebahagian besar Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) di seluruh negara dalam usaha menangani masalah dadah di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah Inabah boleh dijadikan sebagai alternatif kerana program rawatan menggunakan pendekatan kerohanian mampu memulihkan masalah ketagihan bahan larangan itu.

Beliau berkata, kaedah itu boleh digabungkan dengan pendekatan secara konvensional atau sainstifik bagi meningkatkan tahap keberkesanan pemulihan.

“Dalam soal pemulihan, selain kaedah sainstifik maka kita guna pendekatan keagamaan. Langkah ini penting kerana pendekatan ini boleh melakukan pemulihan jangka masa panjang apabila melibatkan penguasaan roh dan minda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap sempena lawatan kerja ke Sungai Ruan di sini hari ini.

 
 


 
 





#HADK2017
#sayangidirimu
#perangidadahhabishabisan
#inabah

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

22 February 2017

Open Day AADK 2017

IBU PEJABAT AADK: Bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan yang disambut pada 19 Februari setiap tahun, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melakukan inisiatif menganjurkan program ‘Open Day AADK 2017’ bersempena dengan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 peringkat jabatan.

Pada program ini, orang awam berpeluang untuk berinteraksi dengan barisan Pengurusan Tertinggi/Pakar AADK melalui medium Facebook secara online. Pada sesi tersebut, orang awam berpeluang membuat pertanyaan, aduan dan juga pandangan berkaitan ‘core bussines’ AADK seperti aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan atau pengurusan. 

YBhg. Dato’ Sri Mustafa Bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha KDN turut sama menyaksikan sesi tersebut berlangsung bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang.







 


 

 


 

 #HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2017

IBU PEJABAT AADK: Agensi Antidadah Kebangsaan telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 baharu-baharu ini bertempat di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat AADK, Kajang, Selangor. 

Majlis tersebut dilancarkan oleh Dato’ Sri Mustafa Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dalam ucapannya beliau meminta supaya AADK mempersiapkan organisasi dengan keupayaan yang bersesuaian dan mencukupi bagi menangani isu dadah yang semakin getir dan mencabar. 

Dalam Majlis ini juga beliau telah menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada organisasi dan individu yang telah banyak menyumbang dan berinisiatif dalam pelaksanaan program pencegahan dadah. 

Di antara penerima anugerah tersebut adalah Bahagian Kepenjaraan, Antidadah & Kesukarelawan (PDR) KDN, Harian Metro, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kumpulan Airasia, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights, Batu Caves Selangor, KRT Pandan Mewah, Mydin Mohamed Holdings dan Kelab Blogger Ben Ashaari.






 
 

 


 

 #HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

  


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

20 February 2017

Guna kuasa 'veto' didik anak

Kuala Lumpur: Masyarakat terutama ibu bapa digesa mengembalikan ‘kuasa orang dewasa’ atau ketua keluarga dalam usaha mengawasi anak mereka daripada terjebak dengan pelbagai unsur negatif termasuk penagihan dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, ketika ini masyarakat dewasa terutama ibu bapa seolah-olah ‘hilang kuasa’ bagi mengekang salah laku dalam kalangan kanak-kanak atau remaja.

 
“Menjadi tanggungjawab kita sebagai orang dewasa menegur sesiapa saja (kanak-kanak dan remaja) yang melakukan kesalahan.

“Namun apa yang berlaku hari ini, kita hanya mampu melihat kanak-kanak atau remaja ini melakukan kesalahan seperti merokok, melepak hingga larut malam dan sebagainya,” katanya ketika ditemui wartawan sempena Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata, lebih memburukkan keadaan, ada ibu bapa dilihat hilang kuasa memantau anak mereka khususnya menentukan tingkah laku sosial yang positif.

“Misalnya, ibu bapa perlu memperkasakan semula hak mengetahui secara terperinci mengenai kegiatan anak mereka termasuk memeriksa bilik tidur dan beg sekolah pada bila-bila masa.

“Tindakan memberi hak privasi kepada anak khususnya golongan belia dan kanak-kanak masih terlalu awal untuk diamalkan walaupun niat kita mahu mereka berdikari pada usia muda,” katanya.

Menurutnya, sama ada ibu bapa, keluarga, jiran atau anggota masyarakat sekali pun, orang dewasa perlu menjalankan tanggungjawab mengambil berat dan menjaga golongan kanak-kanak dan remaja hari ini.

“Berdasarkan rekod, seramai 30,465 penagih dadah dikesan sepanjang tahun lalu dan 2.7 peratus atau 817 daripadanya adalah golongan remaja selain seorang kanak-kanak.

“Bilangan ini cukup membimbangkan kita memandangkan usia penagihan dadah dalam masyarakat kita kini boleh bermula di peringkat sekolah.

“Beberapa kes dilaporkan di media massa juga menunjukkan golongan remaja dan kanak-kanak terbabit dengan penagihan dadah turut menyebabkan mereka terjebak dengan pelbagai kes jenayah lain termasuk ada yang membunuh dan mengelar anggota keluarga sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Halim berkata, pihaknya kini tampil dengan program baharu iaitu Sentuhan Kasih dalam menyasar pembabitan anggota masyarakat khususnya ibu bapa dalam melakukan pencegahan penagihan dadah di rumah.

“Bertemakan Pencegahan Dari Rumah, AADK akan turun padang berjumpa sendiri dengan anggota masyarakat termasuk di peringkat keluarga bagi menyelesaikan penagihan dadah sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebahagian besar isu sosial (termasuk penagihan dadah) tidak dibendung seawal di dalam rumah lagi,” katanya.

Menurut beliau, ada antara ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui prosedur betul dalam menangani masalah tingkah laku sosial anak selain bimbang kesan kepada anak serta keluarga jika memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Dalam hal ini, AADK dan agensi kerajaan lain bersedia membantu anggota masyarakat yang berada dalam dilema dan menyelesaikan masalah mereka.

“Kami mahukan lebih ramai pihak sama ada anggota keluarga atau masyarakat sekeliling turut memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran dan bersama-sama membanteras penyalahgunaan dadah di negara kita,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti AADK boleh melayari facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia atau menghubungi talian 03-89112406.


 #HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Perhimpunan Hari Antidadah Kebangsaan 2017



#HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan



Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

19 February 2017

Jagalah anak-anak kita

"Jagalah anak-anak kita yang merupakan KHAZANAH negara. Demi Negaraku tanah tumpah darah kita"


Tahniah kepada YB Datuk Nur Jazlan di atas pelantikan sebagai Yang Dipertua PEMADAM yang baharu. Kami warga AADK berbangga atas pelantikan tersebut. Moga dapat memacu organisasi ke tahap lebih tinggi seiring dengan cabaran semasa. 




 #HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

Dadah Masih Lagi Musuh No. 1 Negara.


Dadah masih lagi musuh no. 1 negara. Bersama kita memerangi dadah habis-habisan demi Negara kita yang tercinta. 

 #HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

Selamat Menyambut Hari Antidadah Kebangsaan 2017


Marilah kita terus perkasa bersama menerangi dadah habis-habisan dalam apa jua peluang, ruang dan upaya demi Agama, anak bangsa dan Negaraku Malaysia bumi tercinta. Selamat menyambut Hari Antidadah Kebangsaan 2017.

#HADK2017
#sayangidirimu
#perangidadahhabishabisan

16 February 2017

Open Day Bersama Pakar AADK


Orang ramai dijemput berinteraksi bersama Pengurusan Tertinggi AADK pada Hari Terbuka AADK secara maya, 20hb Februari 2017, bermula 10 pagi hingga 2.00 petang. 

Anda boleh bertanya sebarang soalan yang berkaitan dan akan dijawab terus oleh pakar-pakar dari AADK bersesuaian dengan situasi yang melibatkan program Pencegahan, Rawatan Dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Antarabangsa mahu pun Pengurusan. 

Medium interaksi adalah akaun facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia. Sila like page FB kami dan berinteraksi dengan kami.

#HADK2017
#sayangidirimu
#perangidadahhabishabisan

Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2017


#HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

Tips Berguna Untuk Ibubapa


#HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya