#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

20 February 2017

Guna kuasa 'veto' didik anak

Kuala Lumpur: Masyarakat terutama ibu bapa digesa mengembalikan ‘kuasa orang dewasa’ atau ketua keluarga dalam usaha mengawasi anak mereka daripada terjebak dengan pelbagai unsur negatif termasuk penagihan dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, ketika ini masyarakat dewasa terutama ibu bapa seolah-olah ‘hilang kuasa’ bagi mengekang salah laku dalam kalangan kanak-kanak atau remaja.

 
“Menjadi tanggungjawab kita sebagai orang dewasa menegur sesiapa saja (kanak-kanak dan remaja) yang melakukan kesalahan.

“Namun apa yang berlaku hari ini, kita hanya mampu melihat kanak-kanak atau remaja ini melakukan kesalahan seperti merokok, melepak hingga larut malam dan sebagainya,” katanya ketika ditemui wartawan sempena Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017, di sini, semalam.

Beliau berkata, lebih memburukkan keadaan, ada ibu bapa dilihat hilang kuasa memantau anak mereka khususnya menentukan tingkah laku sosial yang positif.

“Misalnya, ibu bapa perlu memperkasakan semula hak mengetahui secara terperinci mengenai kegiatan anak mereka termasuk memeriksa bilik tidur dan beg sekolah pada bila-bila masa.

“Tindakan memberi hak privasi kepada anak khususnya golongan belia dan kanak-kanak masih terlalu awal untuk diamalkan walaupun niat kita mahu mereka berdikari pada usia muda,” katanya.

Menurutnya, sama ada ibu bapa, keluarga, jiran atau anggota masyarakat sekali pun, orang dewasa perlu menjalankan tanggungjawab mengambil berat dan menjaga golongan kanak-kanak dan remaja hari ini.

“Berdasarkan rekod, seramai 30,465 penagih dadah dikesan sepanjang tahun lalu dan 2.7 peratus atau 817 daripadanya adalah golongan remaja selain seorang kanak-kanak.

“Bilangan ini cukup membimbangkan kita memandangkan usia penagihan dadah dalam masyarakat kita kini boleh bermula di peringkat sekolah.

“Beberapa kes dilaporkan di media massa juga menunjukkan golongan remaja dan kanak-kanak terbabit dengan penagihan dadah turut menyebabkan mereka terjebak dengan pelbagai kes jenayah lain termasuk ada yang membunuh dan mengelar anggota keluarga sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Abd Halim berkata, pihaknya kini tampil dengan program baharu iaitu Sentuhan Kasih dalam menyasar pembabitan anggota masyarakat khususnya ibu bapa dalam melakukan pencegahan penagihan dadah di rumah.

“Bertemakan Pencegahan Dari Rumah, AADK akan turun padang berjumpa sendiri dengan anggota masyarakat termasuk di peringkat keluarga bagi menyelesaikan penagihan dadah sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebahagian besar isu sosial (termasuk penagihan dadah) tidak dibendung seawal di dalam rumah lagi,” katanya.

Menurut beliau, ada antara ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui prosedur betul dalam menangani masalah tingkah laku sosial anak selain bimbang kesan kepada anak serta keluarga jika memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

“Dalam hal ini, AADK dan agensi kerajaan lain bersedia membantu anggota masyarakat yang berada dalam dilema dan menyelesaikan masalah mereka.

“Kami mahukan lebih ramai pihak sama ada anggota keluarga atau masyarakat sekeliling turut memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kesedaran dan bersama-sama membanteras penyalahgunaan dadah di negara kita,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti AADK boleh melayari facebook Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia atau menghubungi talian 03-89112406.


 #HADK2017
#PerangiDadahHabisHabisan
#PDH2
#SayangiDirimu
#AmbilKisahAmbilTindakan

 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya