#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

30 September 2017

Sindrom penafian punca kes dadah meningkat - Lam Thye




ALOR SETAR: Sindrom penafian berisiko menjadi barah yang boleh menyebabkan peningkatan kes penyalahgunaan dadah di negara ini.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye , berkata sindrom penafian lazim dalam kalangan ahli keluarga khususnya ibu bapa mengenai penagihan dadah oleh anak masing-masing.

"Sewajarnya ia dihentikan segera jika semua pihak mahu melihat negara terus aman dan maju. Sikap ini bukan sahaja membabitkan ibu bapa, malah guru di sekolah untuk jaga nama baik keluarga atau sekolah, sedangkan impaknya kepada negara adalah lebih besar.

"Sindrom ini akan memudaratkan keluarga, masyarakat dan negara jika tidak dibendung. Jadi saya gesa ibu bapa dan guru hentikan sikap ini demi generasi akan datang.

"Dadah terbukti boleh merosakkan ekonomi negara serta keamanan yang kita kecapi. Ibu bapa berdiam diri, anak mereka akan mula mencuri barang berharga di rumah dan kejiranan sehingga akhirnya masyarakat tidak aman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Rakyat Sihat Tanpa Dadah (Bersama Memerangi Dadah) di Dewan Kebajikan Penduduk Taman Setia Jaya, di sini hari ini.

Lam Thye berharap penjaga serta guru mengambil inisiatif mendedahkan pembabitan anak dan pelajar dengan dadah, khususnya kepada pihak berkuasa serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Ia supaya tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya yang turut menggesa semua parti politik termasuk pembangkang, berganding bahu menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah.

Katanya, dadah tidak harus menjadi isu politik untuk menuding jari antara satu sama lain, sebaliknya agenda setiap parti bagi bersama-sama membanteras 'musuh' negara itu.

"Setiap parti politik perlu menunjukkan kerjasama supaya rakyat tidak fikir ia hanya tanggungjawab pihak tertentu. Apabila semua parti politik bersatu, secara tidak langsung rakyat sendiri akan bersatu tangani isu ini.
"Kita sudah sampai satu peringkat yang sangat serius dan membimbangkan. Hanya dengan pendekatan bersepadu dan kerjasama semua pihak, ia boleh dibendung," katanya.

Sumber: bharian.com.my/

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya