#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

12 October 2017

Kenapa Menghidu GAM Menyebabkan Kita ‘High’?

Kegiatan menghidu gam seringkali berlaku pada remaja dan anak-anak sekolah. Harganya murah dan mudah dibeli tanpa syak wasangka.

Ada pelbagai jenis bahan-bahan yang biasa terdapat dirumah yang biasanya digunakan oleh penagih – cecair pencuci, bahan berasaskan petroleum, cecair pemetik api, pencair cat, peluntur warna kuku, cat.

Bahan-bahan ini disebut sebagai inhalan – kerana pengambilannya melalui sedutan hidung.

Image result for inhalant

Inhalan adalah bahan mudah meruap yang boleh menghasilkan kesan psikoaktif atau gangguan pada minda seseorang yang menghidunya. Inhalan juga menyebabkan ketagihan. Artikel ini hanya akan membincangkan serba sedikit tentang inhalan yang biasa digunakan – GAM.

BAGAIMANA GAM BOLEH MENYEBABKAN KESAN PSIKOAKTIF?


Gam dan pelarut cat (bukan gam kanji yang digunakan anak-anak tu ya!) biasanya mengandungi toluene dan trichloroethylene. Toluene ini adalah bahan yang mudah meruap dan memberikan ‘bau’ pada pelarut cat dan gam tersebut. Oleh kerana toluene mudah meruap, wap dari pelarut cat atau gam tersebut dihidu atau disedut untuk menghasilkan kesan ‘high’ pada penggunanya.
                                             Image result for toluene structure jpg
Toluene bersifat sangat lipofilik (larut lipid), ia mudah untuk melepasi salur darah otak (blood-brain barrier) yang biasanya sukar ditembusi oleh kompaun lain. Toluene secara selektif memberi kesan langsung kepada pintu-voltan (voltage-gate) dan saluran ion (ion channel) contohnya, perencatan terhadap saluran ion ligan-glutamat subjenis NMDA.


                                            
Contoh-contoh (selain gam) yang biasa digunakan dalam ketagihan inhalan: pen marker, aerosol, gas pemetik api, pelarut (thinner)

Toluene menyebabkan perubahan paras glutamate, glutamin dan monoamine di bahagian otak. Ia juga menyebabkan perubahan pada kelompok reseptor GABAA. Kesan toluene juga menunjukkan peningkatan pada pengaktifan neuron dopamin di bahagian ventral tegmental.

   Image result for rewarding brain
Bagaimana otak ‘dirangsang’ untuk menjadi ketagihan sesuatu bahan seperti inhalan atau lain-lain penyalahgunaan dadah

Pengaktifan ini menjurus pada projeksi dopaminergik pada nucleus accumbens yang penting dalam memberikan kesan ‘ganjaran’ (rewarding) terhadap timbal balas dari stimulus luar terutama dalam penyalahgunaan dadah. Kesan pengambilan toluene berkali-kali akan menyebabkan kerosakan kekal pada bahagian putih otak (white matter), kerosakan pada akson dan penyusutan myelin pada neuron dikawasan tersebut.
                                              Related image

KESAN-KESAN PENGAMBILAN GAM
  1. Kesan akut pada waktu pengambilan
  • Iritasi pada mata dan saluran pernafasan (jika anak-anak anda menghidu gam, anda mungkin boleh melihat mata dan kawasan hidung atau mulut kemerahan)
  • Euphoria, kegembiraan melampau
  • Perubahan mood dan emosi yang tidak stabil (kadang-kala anak-anak yang menghidu gam sangat sensitive dan mudah mengamuk tanpa sebab)
  • Percakapan tidak lancar
  • Penglihatan tidak jelas
  • Koordinasi motor yang terjejas
  • Halusinasi (ada yang mengatakan setelah mengambil gam beliau boleh jadi apa saja yang beliau mahu – superhero, penyanyi hebat, Fattah Amin)
  • Spastisiti otot
  • Loya
2) Kesan pengambilan kronik (berterusan)
  • Kemerosotan kognitif (pelupa, susah menumpukan perhatian)
  • Atropi dan degenerasi otak
  • Neuropati (kerosakan saraf) optic dan periferi
  • Kehilangan deria mata dan telinga
  • Kehilangan kekuatan otot dan koordinasi tubuh

Gam biasanya dihidu dengan menggunakan kaedah ‘bagging’ – gam diletakkan kedalam beg plastik atau kertas dan dihidu berulang-ulang kali, atau kaedah ‘sniffing’ – gam diletakkan dalam bekas seperti botol minuman dan dihidu melalui hidung dan mulut.

Intoksikasi dari kegiatan menghidu gam ini hanya bertahan dalam masa yang singkat iaitu beberapa minit ke beberapa jam sahaja (bergantung pengambilan dan kebiasaan tabiat ini). Namun, kesannya pada otak adalah kekal dan berpanjangan. Ia juga merosakkan peparu, saluran pernafasan yang terdedah kepada bahan kimia ini melalui sedutan demi sedutan tersebut. Malah hati dan ginjal juga mungkin mengalami kerosakan kerana dibebani dengan tugas untuk mengkumuhkan bahan toksik ini.

Walaupun jarang berlaku, pengambilan gam juga boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (inhalant sudden sniffing death syndrome) terutama kepada pengguna pertama kali. Keadaan ini disebabkan oleh kegagalan fungsi jantung. Kebanyakan inhalan, termasuk gam, mengganggu rentak jantung dan menyebabkannya berdegup lebih laju dan tidak seragam – akhirnya berhenti.

                               Image result for inhalant sudden sniffing death syndrome

Kegiatan menghidu gam ini payah dikesan jika kita tidak memberi perhatian yang teliti pada pelakunya. Malah, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing seperti pengambilan dadah stimulan lain. Sentiasalah berwaspada dan memberi perhatian pada anak-anak.

Sayangi diri dan keluarga, jauhi dadah!

                              Image result for drugs affect the brain


Sumber:  Root Of Science

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.




RUJUKAN
Cruz SL, Rivera-García MT, Woodward JJ. Review of toluene action: clinical evidence, animal studies and molecular targets. Journal of drug and alcohol research. 2014;3:235840. doi:10.4303/jdar/235840.
Woodward JJ, Beckley J. Effects of the abused inhalant toluene on the mesolimbic dopamine system. Journal of drug and alcohol research. 2014;3:235838. doi:10.4303/jdar/235838.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya