#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

11 October 2017

Membebel Pasal Ganja

Sekarang ni banyak pulak nampak kawan-kawan share pasal kegunaan ganja yang kononnya pengharamannya disebabkan oleh agenda freemason dan illuminati. Yang lebih menyedihkan apabila post-post tersebut dilakukan oleh page-page yang nampak “Islamic” dan menunjukkan sesiapa yang anti kepada ganja seolah-olah anti kepada perubatan Islam.



Saya ingin komen sedikit kalau kita selidik sejarah perubatan zaman dahulu, majoriti ubat-ubatan yang digunakan dihasilkan dari sumber alam semulajadi terutamanya tumbuh-tumbuhan.

Walaubagaimanapun penggunaan ubat-ubatan tersebut kadangkala mendatangkan masalah terutamanya dari segi penetapan dos dan pengawalan kesan-kesan sampingan. Selari dengan peredaran zaman, bahan-bahan aktif dalam tumbuhan tersebut telah dikenalpasti dan berjaya dihasilkan semula di dalam makmal.

Dengan cara ini, kesan sampingan dapat diminimakan dan dos yang sesuai dapat diberikan dengan lebih terkawal. Perkara ini telah saya ulas di dalam artikel yang telah diterbitkan di dalam Harian Metro bertarikh 8 Febuari 2015.

Apa yang saya hairan, penyokong-penyokong tegar penggunaan ganja ini gagal untuk menemui ubat-ubatan moden yang dihasilkan dari bahan aktif ganja seperti THC dan Cannabidiol. Ubat-ubatan seperti Sativex, Dronabinol, Nabilone dan sebagainya telah dihasilkan dan digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dengan berasaskan kajian-kajian klinikal yang bermutu.

Mungkin mereka tidak mengikitiraf ubat-ubatan ini kerana kesan khayal ganja telah dapat diminimumkan dengan formulasi ubat-ubatan tersebut yang dihasilkan di makmal. Bagi mereka, kesan khayal lah yang penting bagi ganja, bukannya faedah perubatan yang diperolehi dari ekstrak bahan aktif ganja.

Saya kadangkala hairan kenapa mereka setakat menyokong penggunaan ganja sahaja? Kalau hendak diikutkan, opium juga banyak digunakan dalam perubatan silam. Kenapa mereka tidak meminta agar opium seperti heroin juga turut dihalalkan penggunaannya untuk orang awam?

Alkohol juga ada kegunaan perubatan. Perjuangkanlah sekali untuk halalkan penggunaan alkohol.

Kata mereka ganja tidak mendatangkan mudarat kepada manusia. Mungkin mereka kurang arif tentang kesan farmakologi ganja/kanabis. Banyak kajian-kajian dilakukan yang menunjukkan bagaimana kesan ganja terhadap kesihatan mental penggunanya. Kenapa masih memperjuangkan penggunaan ganja dalam bentuk yang boleh menghayalkan sedangkan terdapat ubat-ubatan alternatif yang terbukti berkesan.

Saya ingin menasihatkan kawan-kawan agar tidak tertipu dengan golongan yang seolah olah mempergunakan agama untuk memenuhi kehendak nafsu untuk menghisap ganja tanpa kawalan.

Di negara barat, perjuangan penggunaan ganja ini menggunakan asas bahawa penggunaannya secara rekreasi adalah sama sahaja kesannya dengan penggunaan alkohol untuk berhibur. Mungkin bagi mereka yang bukan Islam, ini bukanlah satu masalah.

Saya bawakan pernyataan-pernyataan berikut untuk kita sama-sama fahami:

1. Firman Allah S.W.T.: Yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: “Dermakanlah-apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya supaya kamu berfikir”. (Sural Al-Baqarah ayat 219)

Sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah (dikategorikan sebagai) arak dan setiap arak itu adalah haram”.Hadis yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa apa juga bahan yang boleh menyebabkan penggunanya mabuk adalah haram untuk apa-apa tujuan sekalipun. Perkataan “kullu” (semua) seperti yang terdapat dalam hadis datang dalam lafaz yang umum yang membawa interpretasi semua bahan yang memabukkan sama ada dalam bentuk cecair, serbuk, pil atau gas adalah haram.

2. Abu Sari’ Muhammad Abdul Hadi berpandangan bahawa Hasyisy (ganja) dan opium, dua jenis dadah daripada daun yang boleh menyebabkan ketagihan dan khayal dan tahap merbahaya bahan kimia adalah melebihi arak. Justeru kedua-duanya perlu dikategorikan sebagai haram sama seperti arak.

3. Dr. Yusuf al-Qaradhawiy di dalam kitabnya “Halal dan Haram Dalam Islam” menyatakan “Hasyisy adalah bahan yang haram, baik orang yang mengambilnya mabuk ataupun tidak, Hasyisy ini hanya dipakai oleh orang-orang yang jahat kerana di dalamnya ada unsur-unsur yang memabukkan dan menyeronokkan malah sering dicampur dengan arak.”

4. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaily lagi pengharaman arak atau seumpamanya bukan sekadar meminumnya atau mengambilnya bahkan termasuk memilikinya atas apa juga alasan, menjual, membeli menghadiahkan dan sebagainya adalah tertakluk dalam hukum yang sama.

(Fatwa JAKIM: Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang Lain)

Sumber:
Fahmi Hassan
Pharmacist
fb.com/fahmiabad
fahmihassan.net


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

1 comment:

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya