#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

08 November 2018

Melahir Dan Membangunkan Rakyat Malaysia Bebas Dadah


Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan merupakan nadi kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam merancang, menggubal, menyelaras, memantau aktiviti utama AADK.

Peranan utama bahagian ini adalah melaksanakan pemantapan dasar-dasar berkaitan dadah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan, memperkasakan penyediaan maklumat mengenai dadah dan mempertingkatkan penyelidikan.

Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan AADK telah menerbitkan buku-buku yang boleh dimuatturun dari laman web seperti berikut:

1. Buku Ringkasan Dasar Dadah Negara - https://www.adk.gov.my/dasar-dadah-negara/

2. Buku Maklumat Dadah 2017 - https://www.adk.gov.my/orang-awam/maklumat-dadah/

3. Abstrak, Poster dan Artikel Jurnal Kajian - https://www.adk.gov.my/orang-awam/kajian-penyelidikan-ilmiah-aadk/

4. Buku Success Stories AADK 2017 - https://www.adk.gov.my/orang-awam/buku-laporan-tahunan/






#perangidadahhabishabisan

#pencegahandadahbermuladarirumah

#komunitikitatanggungjawabkita

#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

17 October 2018

Hujah Ganja Banyak Manfaat Sebenarnya Khayalan Bani Ganja

Tulisan Sdr Fahmi Hassan bab ganja dan kesannya pada kesihatan tidak akan bersisa. Padat dan padu dengan hujah ilmiah.

Ada Ustaz kata ganja itu ada manfaat! Tetapi tidak dibawa hujah dan dalil yang kukuh. Hanya mengaitkan beberapa penulisan dan teori konspirasi yang juga tidak ada asas. Semua kajian berkaitan dengan manfaat ganja hanya kepada pesakit kanser terminal. Terdapat beberapa kajian klinikal dijalankan bagi mengetahui keberkesanan ganja dalam merawat penyakit. Antaranya ganja digunakan dalam melawan muntah yang teruk terhadap pesakit yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi kajian menunjukkan tidak konklusif. Dengan kata lain kajian itu dhaif, tidak boleh dijadikan hujah pun.

Begitu juga ganja digunakan dalam merawat pesakit kanser terminal. Guna untuk memberi rasa tenang dan kurangkan kesakitan yang amat akibat kanser terminal. Kanser terminal bermaksud pesakit telah melalui fasa-fasa rawatan dan sudah berada dipenghujung usia setelah berubat. Menunggu saat-saat kematian yang menakutkan. Dikala ini mereka memerlukan ketenangan dan pengurangan kesakitan akibat kanser. Setakat ini menggunakan ganja dalam perawatan pesakit terminal bukan mendesak. Ini kerana terdapat ubatan alternatif lain yang boleh digunakan dan diiktiraf melalui kajian.[Fahmi Hassan, 2016]

Tetapi yang banyak dalam kajian adalah mendatangkan kemudaratan kepada individu dan negara. Sila baca hujahan lanjut Sdr Fahmi Hassan ini. Hujah tersedia hidang untuk dihadam.

MANA ADA ORANG HISAP GANJA JADI GANAS?!

Bila keluar berita tentang mereka yang ditangkap kerana melakukan jenayah turut positif ganja, maka keluarlah penyokong tegar ganja menggunakan pernyataan ini untuk mempertahankan ketagihan ganja mereka.

Ini terjadi kerana mungkin mereka berada dalam keadaan ‘denial’. Selama ini mereka beranggapan ia adalah dadah rekreasi yang selamat, mana mungkin ia mendatangkan bahaya.

Kesan psikoaktif ganja adalah disebabkan oleh THC. Pada dos yang rendah, ia akan mendatangkan kesan tenang, ‘high’ dan gembira. Ini lah yang dialami oleh kebanyakan pengguna ganja (Webb et. al, 1996, 1998).

Namun pada dos yang lebih tinggi, atau kepada pengguna ganja baru, ia boleh menyebabkan kesan yang tidak seronok seperti, panik, resah, paranoia dan juga psikosis. Keadaan ini adalah lebih teruk di kalangan mereka yang mempunyai masalah psikologi (Johns, 2001).

Ini bukan pernyataan saya. Ini adalah kajian dari saintis yang menjalankan kajian terhadap ganja.

Tak cukup dengan itu, kajian-kajian telah menunjukkan hubungan di antara penggunaan ganja dan keganasan seperti:-

1. Pengguna ganja di peringkat remaja menunjukkan peningkatan dalam sikap ganas (Mercedo-Crespo & Mbah, 2013).

2. Pengguna ganja di peringkat awal remaja lebih ramai terlibat dalam aktiviti jenayah termasuk kekerasan fizikal dan seksual (Niveau & Dang, 2003).

3. Pengguna ganja didapati mempunyai masalah hubungan dengan masyarakat dan skil sosial yang rendah (Vandrey, Budney, Kamon, & Stanger, 2005).

4. Lebih kerap terlibat dalam melakukan kekasaran terhadap pasangan sama ada secara fizikal atau verbal (Reingle et al., 2012).

Ini hanya beberapa contoh dari puluhan kajian yang menunjukkan hubungan penggunaan ganja dan keganasan.

Jadi, siapa yang anda lebih percaya. Pengguna #ganja atau ahli sains yang mendedikasikan ilmu dan hidup mereka untuk mengkaji?

Fahmi Hassan (F. H. Abad)

fb.com/fahmiabad

www.fahmihassan.net

Sumber: http://suhazeli.com

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
 
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

09 October 2018

Tiada bukti ganja mampu rawat penyakit

Ganja tidak boleh digunakan untuk perubatan dan ia tidak diiktiraf sebagai ubat untuk rawatan kanser atau apa-apa penyakit lain. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ganja atau kanabis tidak boleh digunakan dalam bidang perubatan dan tiada bukti penggunaannya mampu merawat penyakit, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Dr Lee berkata, bahan itu tidak pernah diiktiraf sebagai ubat rawatan untuk penyakit kanser ataupun penyakit lain.

"Memang ganja tidak boleh digunakan untuk perubatan dan ia tidak diiktiraf sebagai ubat untuk rawatan kanser atau apa-apa penyakit lain," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Terbuka Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) 2018 di sini, hari ini.

"Bagaimanapun, kabinet akan mengkaji perkara itu dan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kami tidak ada keputusan muktamad mengenainya," katanya sebagai mengulas akan ura-ura membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, seperti di beberapa negara lain, termasuk beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Penggunaan ganja untuk perubatan juga mencetuskan polemik selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Muhammad Lukman Hakim pada 30 Ogos lalu atas kesalahan memiliki, memproses dan mengedarkan minyak diperbuat daripada kanabis atau ganja bagi tujuan perubatan.

Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, individu yang didapati memiliki 200 gram atau lebih ganja akan didakwa atas kesalahan mengedar dadah, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. - Bernama 

 Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Muhammad Lukman Hakim pada 30 Ogos lalu atas kesalahan memiliki, memproses dan mengedarkan minyak diperbuat daripada kanabis atau #ganja bagi tujuan perubatan. - Gambar hiasan

Sumber: Kosmo

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

30 September 2018

Penggunaan ganja salah di bawah Akta Dadah Berbahaya: AADK


SHAH ALAM - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjelaskan penggunaan ganja adalah satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, secara rasmi, ganja juga tidak digunakan secara langsung dalam sektor perubatan di negara ini.

Malah katanya, soal dadah tersebut berjaya mengubati penyakit telah dijawab sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Isu berkenaan doktor ganja (Muhammad Lukman Mohamad) lebih kepada isu undang-undang Malaysia yang jelas mengenai pengedaran dan penggunaan dadah ini.

"Saya tak mahu ulas panjang mengenai Akta Dadah Berbahaya tetapi ia jelas. Kalau dari segi perubatan pun telah dijawab," katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan lawatan, di sini, hari ini.

Semalam, dalam satu sidang media, Noor Hisham menjelaskan tiada bukti dalam bidang perubatan untuk mengatakan penggunaan minyak ganja dapat merawat penyakit.

Sehubungan itu katanya, penggunaan minyak ganja di Malaysia dihadkan kepada mereka yang berkelayakan untuk tujuan penyelidikan dan tertakluk kepada kelulusan menteri kesihatan.

Sebelum itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau akan menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas berhubung kes seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan #ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.

Nurul Izzah berkata, beliau secara peribadi akan menulis rayuan untuk mendapatkan pengampunan terhadap lelaki itu, Muhammad Lukman Mohamad, berdasarkan merit pada kes berkenaan.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, isu berkenaan dilihat sensasi mungkin kerana ia diulas oleh ahli politik.

"Kita perlu tahu untuk mengimport bahan-bahan berkaitan dadah ini memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan ia termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya.

"Di bawah AADK kita ada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan yang dipengerusikan oleh Kementerian Kesihatan. Kita akan bermesyuarat dan perkara ini pasti akan dibincangkan," katanya.

Jelas beliau, selaku agensi yang memainkan peranan memberi kesedaran, pencegahan dan menerangkan hal berkaitan dadah, pihaknya lebih mengambil berat tentang kesannya penyalagunaannya kepada umum.

"Kesan (ganja) dalam perubatan itu hal lain, kalau dari sudut perubatan ia ditentukan oleh pakar perubatan iaitu Kementerian Kesihatan.

"Kes berkaitan ganja ini polis lebih mengetahui dan boleh jelaskan lebih lanjut tentang jumlah pemilikan oleh tertuduh dan sebab itu dia dikenakan tindakan undang-undang. Mahkamah pun telah putuskan hukumannya," katanya.

Sumber:  Sinar Harian

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

29 September 2018

Tiada bukti ganja dapat rawat penyakit: KP Kesihatan


PUTRAJAYA - "Tiada bukti dalam bidang perubatan untuk mengatakan penggunaan minyak ganja dapat merawat penyakit," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu katanya penggunaan minyak ganja di Malaysia dihadkan kepada mereka yang berkelayakan untuk tujuan penyelidikan dan tertakluk kepada kelulusan menteri kesihatan.

"Sekiranya anda ingin menggunakannya untuk sebab-sebab terapeutik, kita mesti membuktikannya dengan data yang perlu datang daripada penyelidikan. Pada tahap ini, kita boleh teruskan kerja penyelidikan.

"Tetapi untuk aplikasi terapeutik, tiada doktor saya menggunakannya untuk rawatan. Ia bukan dalam rawatan arus perdana menggunakan ganja.

"Semua (peraturan) sudah ada, jadi kita hanya akan ikuti apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan. Kecuali kita mahu mengkaji semula dan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952, itu cerita lain.

"Sekiranya ia dapat dibuktikan dapat merawat penyakit tertentu dan ia disokong data dengan seluruh dunia menyokongnya, maka kita perlu (mengkaji semula isu ini)," katanya pada sidang akhbar.

Terdahulu dalam sidang akhbar itu Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kabinet telah membincangkan mengenai hukuman mati terhadap Muhammad Lukman Mohamad kerana memiliki minyak ganja dan bahan berkaitan, serta isu penggunaan ganja.

Beliau berkata, tiada keputusan dicapai tetapi Kabinet mungkin mengkaji semula isu hukuman mati Lukman pada masa akan datang.

Bagi penggunaan ganja, beliau berkata pendirian kementerian adalah untuk mengehadkannya bagi tujuan penyelidikan sahaja.

Lukman, 29, ditahan pada Disember 2015 kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4 kilogram bahan yang mengandungi tetrahydrocannabinol (THC atau bahan aktif dalam ganja).

Peguamnya Farhan Maaruf dilaporkan berkata Lukman tidak berniat untuk mengedar dadah, tetapi hanya mahu membantu pesakit yang dapat dirawat dengan THC.

Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Undang-undang itu menetapkan individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih boleh dituduh melakukan pengedaran dadah yang membawa hukuman mati mandatori.

Kes itu mencetuskan gesaan agar Lukman dibebaskan dan #ganja dibenarkan untuk kegunaan terapi, termasuk daripada anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata, hukuman mati itu harus dikaji semula.

Sumber: Sinar Harian


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

 











28 September 2018

Polemik Marijuana Medikal; Apabila Desakan Umum Melampaui Penemuan Saintifik



Sains bukan demokrasi. Fakta tidak tertegak kerana ia popular. Fakta sains, seperti mana fakta-fakta yang lain perlu dibuktikan dengan kajian di atas landasan yang betul. Walau ia tidak popular, ia perlu dipertahankan atas alasan kebenaran. 

Desakan beberapa tokoh politik untuk menghalalkan penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan membuatkan kami tertanya-tanya apakah mereka sebenarnya memahami apa yang mereka katakan. Adakah ia desakan yang dilakukan dengan berasaskan ilmu, atau kerana ia satu idea yang popular. 

Awal Jun yang lalu, telah berlangsung mesyuarat World Health Organisation (WHO) Expert Committee on Drug Dependance (ECDD) kali ke 40 di Geneva, Switzerland. Mesyuarat ini dibuat khas untuk membincangkan bukti-bukti saintifik terkini berkenaan kegunaan marijuana untuk tujuan perubatan. Keputusan mesyuarat tersebut kami rumuskan di dalam artikel ini. 

Beberapa kategori bahan berasaskan marijuana telah dinilai secara kritikal oleh pakar-pakar ternama dari seluruh dunia yang menjadi ahli di dalam mesyuarat tersebut iaitu:-
• Pohon kanabis dan resinnya
• Ekstrak kanabis
• Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC)
• Cannabidiol (CBD)

1) Pohon kanabis dan resinnya

Pohon kanabis mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang telah ditemui. Bahan aktif yang dianggap paling utama dalah CBD dan juga THC. THC dipercayai bahan utama dalam kanabis yang menyebabkan kesan psikoaktif. 

Beberapa negara membenarkan penggunaan pohon #kanabis dan resinnya untuk tujuan perubatan bagi indikasi sakit belakang, sukar tidur, sakit selepas kecederaan dan multiple sclerosis. Namun begitu, kajian penggunaannya bagi indikasi-indikasi tersebut masih berterusan kerana penggunannya belum dapat dibuktikan secara kukuh. 

Apabila diambil, ia boleh menyebabkan kesan samping seperti loya dan gangguan fungsi motor dan kognitif. Ini menyebabkan pengambilnya tidak boleh memandu. Terdapat juga laporan risiko yang ia menyebabkan gangguan pernafasan, masalah degupan jantung dan koma dalam kalangan kanak-kanak. 

Namun begitu, kebanyakan kesan samping yang berlaku adalah disebabkan pengambilan berterusan secara kronik. Pengambilannya secara kerap menyebabkan masalah kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan dan masalah psikatrik. Ia amat mendatangkan bahaya kepada remaja kerana ia menyebabkan gangguan terhadap perkembangan otak.

2) Ekstrak kanabis

Contoh ekstrak kanabis adalah minyak, the dan nabiximol. Bahan-bahan ini biasanya diambil melalui mulut (makan/minum) dan juga disedut asapnya. Ekstrak kanabis juga mengandungi bahan aktif THC dan CBD. 

Kajian mendapati beberapa bahan ekstrak kanabis ini berupaya mendatangkan ketagihan. Terdapat kes di mana sindrom withdrawal berlaku apabila pengambil bahan ini berhenti mengambilnya secara tiba-tiba. Ini dikatakan disebabkan oleh komponen THC di dalam ekstrak tersebut. 

Kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan potensi ekstark kanabis menyebabkan ketagihan. Namun begitu, sekiranya bahan aktifnya dikaji secara berasingan, CBD kurang berisiko menyebabkan ketagihan berbanding THC. 

Apa yang mendatangkan masalah adalah ekstrak kanabis tidak mempunyai formula yang standard. Kandungan bahan aktif di dalamnya bercampur-campur dengan kadar kepekatan THC dan CBD berbeza mengikut sediaan. Ini menyebabkan kawalan ke atas ekstrak kanabis sukar untuk dilakukan dan penggunaannya untuk tujuan perubatan tidak dapat dibuktikan dengan jelas. 

3) Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC)

Penggunaan THC sintetik (dronabinol) telah dululuskan oleh US FDA untuk beberapa indikasi seperti meningkatkan selera makan bagi pesakit AIDS dan mengurangkan loya dan muntah bagi pesakit kanser yang menjalani kemoterapi. 

Kajian kegunaan THC ke atas indikasi-indikasi seperti dementia, kesakitan neuropatik, sakit abdomen, kesakitan kronik dan kemurungan masih belum dapat dibuktikan keberkesanannya secara jelas. Kajian-kajian lanjut diperlukan bagi memastikan sama ada ia boleh digunakan bagi indikasi-indikasi tersebut. 

Pengambilan #THC secara kronik telah dibuktikan mendatangkan ketagihan dengan jelas oleh beberapa kajian ke atas haiwan dan manusia. Tidak dapat dinafikan, THC berpotensi untuk disalahguna dan berisiko menyebabkan impak sosial. 

4) Cannabidiol (CBD)

CBD adalah bahan aktif yang paling sering dikaji kegunannya dalam bidang perubatan terutamanya untuk rawatan sawan. Ia telah dibuktikan berupaya merawat dua jenis sawan iaitu sindrom Lennox-Gastaut  dan sindrom Dravet. 

Kajian-kajian kegunaan CBD untuk rawatan asma, ketagihan, ubat tahan sakit, anti inflamasi, antikanser dan beberapa indikasi lain masih lagi di tahap pra klinikal dan belum dapat dibuktikan keberkesanannya dengan jelas. Walaubagaimanapun, CBD didapati tidak mempunyai risiko ketagihan dan tiada risiko disalahguna. 

Melalui keputusan dari mesyuarat tersebut, kita dapati bahawa WHO masih lagi berhati-hati dalam menyarankan penggunaan marijuana medikal secara meluas. Kebenaran penggunaan perlu dinilai menggunakan kekuatan bukti saintifik dari masa ke semasa. 

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang janggal bagi negara-negara yang masih berhati-hati termasuk Malaysia dalam menghalalkan penggunaannya. Ini bukan bermaksud negara-negara ini terkebelakang dan tidak menyedari potensi penggunaan marijuana untuk tujuan perubatan, akan tetapi mereka mempunyai neraca pertimbangan yang lebih teliti. 

Impak sesuatu polisi perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh mereka yang benar-benar pakar. Masalah dan kepentingan setiap negara tidak sama kerana ia turut melibatkan budaya dan agama. Adakah penghalalan ini akan menyebabkan #marijuana dipandang biasa dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar seperti rokok dan dadah berat yang lain?

Realitinya, bagi indikasi yang kuat pembuktiannya, ubatan berasaskan marijuana telah pun wujud dan diiktiraf. Sama seperti kokain dan opium yang dikawal dengan ketat dan diberikan kepada pesakit hanya dengan indikasi yang betul oleh mereka yang benar-benar layak. 

Bukankah kita telah berulang-ulang kali diajar oleh sejarah, polisi-polisi bersifat populis banyak yang akhirnya merugikan kita sendiri? 

Fahmi Hassan
Pegawai Farmasi

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

31 August 2018

Sayangi Malaysiaku @AADK



Ucapan YDH. CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke 61 pada 31 Ogos 2018.


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

30 August 2018

Sayangi Malaysiaku


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

16 August 2018

Soalan Untuk Anda


Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

09 August 2018

Kriteria Sekolah Bebas Dadah


Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

08 August 2018

Kriteria Sekolah Bebas Dadah


Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

07 August 2018

Kriteria Sekolah Bebas Dadah


Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

06 August 2018

Jangan Ambil Dadah


Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

05 August 2018

Hidup Bebas Tanpa Dadah

Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

04 August 2018

Kriteria Sekolah Bebas Dedah


Layari www.adk.gov.my untuk maklumat lanjut.


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya