#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

26 January 2018

Ganja (Cannabidiol) untuk Autism: Apa Sebenarnya Kata Kajian?


Agak kecoh juga beberapa hari ini apabila ada kumpulan penyokong “Dr. Ganja” berhimpun di mahkamah. Di kalangan kumpulan itu, ada kanak-kanak yang dipakaikan baju menunjukkan sokongan terhadap ganja perubatan. 

Laman FB para penyokong ganja juga banyak berkongsi status yang disalin berkenaan kajian berkaitan penggunaan ganja untuk merawat autism. Ya, kajian dalam bidang tersebut memang ada dijalankan. Namun begitu, dari komen dan ulasan mereka, jelas menunjukkan kedangkalan dan kekurangan dalam memahami kajian dan penulisan saintifik. 

Saya cuba rumuskan dari kajian yang mereka rujuk dan yang saya pernah baca:-

1. Walaupun bukti keberkesanan dan keselamatan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan bagi kanak-kanak masih tidak kuat, wujud kumpulan-kumpulan terutamanya di media sosial seperti Mothers for Medical Marijuana Treatment for Autism”, “Mothers Advocating Medical Marijuana for Autism (MAMMA)”, dan “Pediatric Cannabis Therapy” (Hadland et. al., 2016). 

Kebanyakan fakta yang mereka bentangkan adalah hasildari kajian ke atas haiwan yang amat berbeza interpertasinya untuk kegunaan manusia. 

2. Kajian tahun 2013 oleh Universiti Stanford ke atas TIKUS menunjukkan tikus yang mempunyai mutasi gen yang dikaitkan dengan autism menunjukkan ketidaknormalan tindakbalas endocannabinoid (cannabinoids yang terhasil secara natural dalam badan) (Foldy et. al., 2013). 

Satu kajian lagi ke atas TIKUS yang mempunyai ‘fragile X syndrome’ juga menunjukkan terdapat kecelaruan dalam proses penghasilan endocannabinoid (Miles, 2014). 

Apa yang berlaku adalah media dan para advokasi penggunaan ganja ini menjadikan hasil ini sebagai satu bukti yang ganja boleh digunakan untuk merawat autism. Ini adalah interpertasi yang salah dan amat menyeleweng. Ia hanyalah kajian PATOFISIOLOGI penyakit dan bukannya kajian yang menunjukkan bagaimana penyakit itu boleh dirawat. Lebih-lebih lagi, ia hanya dijalankan ke atas tikus. 

4. Kajian yang melibatkan manusia pula hanyalah pada tahap kajian kes (case studies). Kajian kes adalah bukti saintifik pada taraf yang amat rendah kerana ia mempunyai banyak kekurangan dari segi metodologi dan tahap bias. Untuk sesuatu ubat mencapai pembuktian yang kuat, ia perlu dibuktikan berkesan dalam ujian klinikal (clinical trials) dengan jumlah sampel yang mencukupi. 

5. Sebagai contoh, seorang budak berumur 6 tahun yang didagos menghidapi autism dirawat menggunakan cannabidiol untuk setiap hari selama 6 bulan dan didapati mempunyai peningkatan apabila diukur dengan Aberrant Behavior Checklist (ABC) (Kurz & Blaas, 2010). Namun begitu, ia dikritik kerana tiada kawalan yang cukup kuat dan mempunyai risiko bias yang kuat. 

6. Satu kajian lagi ke atas pesakit dewasa dengan ADHD didapati yang menggunakan ganja. Didapati, skil memandu beliau bertambah baik apabila dia menghisap ganja (Budney et. al., 2004). Namun begitu terdapat kemungkinan yang ganja hanya merawat kesan ‘withdrawal’ subjek seterusnya menyebabkan skil memandunya kembali normal. 

7. Terdapat satu lagi kajian bersiri yang menunjukkan remaja yang mempunyai risiko mencederakan diri didapati kurang mencederakan diri setelah dirawat dengan cannabidiol (Kruger & Christophersen, 2006). Namun begitu, kajian ini tidak diterbitkan dan hanya protokol kajian sahaja yang berjaya dijumpai.

Secara rumusannya, tiada satu pun kajian-kajian yang didatangkan menunjukkan pembuktian jelas yang cannabidiol terbukti selamat dan berkesan untuk merawat autism. Apa yang ada adalah kajian mekanism penyakit ke atas haiwan dan kajian kecil pada kualiti yang amat rendah. 

Pandangan ini turut dikemukakan oleh American Academy of Pediatrics (AAP) yang menyatakan ganja tidak boleh digunakan ke atas kanak-kanak selagi ia belum dibuktikan berkesan dan selamat. Lebih-lebih lagi, kajian penggunaan ganja pada jangka masa panjang telah dibuktikan meningkatkan risiko masalah kognitif dan mental (Hadland et. al., 2016).

Majoriti pengguna ganja dan pejuang legalisasi sebenarnya tidak memahami proses pembuktian ubat-ubatan. Ahli profesional kesihatan bukanlah memusuhi ganja akan tetapi penyalahgunaan dan salah interpertasi kajian-kajian sains yang dibawa oleh mereka. Rawatan perlulah dibuktikan dengan jelas keberkesanan dan keselamatannya sebelum ia diiktiraf. 

Kebiasaannya manusia tidak suka dijadikan bahan uji kaji. Namun kenapa dalam kes ini, ramai yang berlumba-lumba menjadikan diri atau ahli keluarga sebagai bahan uji kaji rawatan yang belum terbukti berkesan?

Sumber:
Ganja (Cannabidiol) untuk Autism: Apa Sebenarnya Kata Kajian?
Fahmi Hassan
Pegawai Farmasi
fb.com/fahmiabad
www.fahmihassan.net


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#keluargasayatanggungjawabsaya 
 
 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya