#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

22 February 2018

Masyarakat perlu bekerjasama dengan AADK banteras Dadah

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

AADK jamin tidak dedah identiti artis


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

19 February 2018

Khutbah Jumaat Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Ke 35


KHUTBAH JUMAAT
“ KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA “
SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
TAHUN 2018
______________________________________________________________________
  


Sidang Jumaat Yang DiRahmati Allah Sekalian,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi larangannya, agar hidup kita sentiasa dicucuri rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT.

Kita juga sewajarnya bersyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT di mana kita boleh hidup selesa, aman dan damai. Di samping kita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, tidak sebagaimana di sesetengah negara yang sentiasa dilanda dengan pelbagai wabak penyakit, bencana alam, kebuluran, peperangan dan sebagainya.

Sidang Hadirin Jumaat Yang Dikasihi Allah,
Dalam kita berusaha meningkatkan ketaqwaan dan kesyukuran kepada Allah SWT, sedarkah kita terhadap bahaya ancaman penagihan dadah yang telah banyak merosak dan memusnahkan hidup manusia, meruntuh kebahagiaan rumahtangga, mengancam keselamatan diri, agama, bangsa dan negara. Bahkan banyak jiwa yang terkorban, semuanya berpunca dari angkara penyalahgunaan dadah.

Menurut statistik yang dikerluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kementerian Dalam Negeri, sehingga Disember 2017 menunjukkan bahawa,  masyarakat Melayu atau ummat Islam berjumlah 19,591 orang. Jumlah ini adalah yang paling ramai  berbanding kaum lain yang terlibat dengan gejala dadah daripada jumlah keseluruhannya berjumlah 24,279 orang. Justeru itu Kerajaan telah pun meluluskan Dasar Dadah Negara dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 2017 dengan bermatlamat untuk mewujudkan negara dan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mengekalkan kestabilan serta ketahanan nasional.

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Dalam hal ini, para ulama’ telah sepakat mengatakan bahawa menagih dadah hukumnya adalah HARAM di sisi Islam. Firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya  
                       arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib
                       dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata  
                       kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu  
                       menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Dan sabda Rasulullah SAW :
كُلُّ مُسْكِرِ خَمْرٌ وَكُلُّ خَمْرٌ حَرَامٌ
Maksudnya : “Setiap yang memabukkan adalah khamar (خمر) dan setiap  
                       (خمر) adalah HARAM.”
(HR Muslim)

Berdasarkan ayat  Al-Quran dan hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa dadah adalah HARAM hukumnya disebabkan orang yang menyalahgunakan dadah akan menyebabkan dirinya khayal, hilang kewarasan akal pertimbangannya dan yang lebih dahsyat lagi akan menyebabkan penagih menjadi agresif dengan sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan bekalan termasuk menculik, merompak, membunuh dan sebagainya.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Dewasa ini terdapat pelbagai jenis dadah seperti pil ecstacy, pil kuda, syabu, daun ketum, ubat batuk dan sebagainya yang terdapat di pasaran gelap. Namun ini tidak sesekali terkecuali dari pengertian khamar (خمر) dan hukumnya tetap sama.
Sabda Rasulullah SAW :
لَيَشْرَبَنَّ أُنَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ وَيُسَمُّو نَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا
Maksudnya : “Pasti akan ada manusia di kalangan umatku yang minum  
                       khamar (خمر), namun mereka menamakannya dengan nama-
                        nama yang lain.”
(HR Abu Daud)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pernahkah kita terfikir, apakah akibat yang akan menimpa seseorang penagih dadah atau peminum arak? Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda :  
مُدْ مِنُ الْخَمَرِ كَعَآ بِدِ وَثَنٍ ( اوكما قال )
Maksudnya : “Penagih khamar (خمر) (penagih dadah) sama seperti
                        penyembah berhala.”
(HR Ibnu Majjah)

Menurut Al-Syaukani dalam kitabnya (نيل الأوطار), hadis tersebut merupakan ancaman keras kerana menyembah berhala adalah merupakan satu kekufuran yang sangat berat dosanya. Jadi menyamakan dosa penagih khamar (خمر) atau dadah dengan dosa penyembah berhala menunjukkan betapa besarnya dosa dan betapa kerasnya larangan tersebut bagi mereka yang tahu tentang hukumnya.

Demikianlah nasib malang yang menimpa sebahagian anak muda dan remaja kita apabila mereka terjebak dengan gejala dadah. Apakah kita sanggup membiarkan perkara ini berterusan bermaharajalela dalam masyarakat kita?

Maka bersempena dengan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini, marilah kita sama-sama menginsafi diri sejauh mana kita telah menjaga mereka yang di bawah jagaan kita supaya mereka terselamat dari pengaruh penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara mungkar lain yang boleh menjerumuskan mereka kedalam api neraka dan jauh dari rahmat Allah SWT.

Justeru, kita sebagai komuniti yang prihatin hendaklah sedar bahawa kita bukan sekadar dipertanggungjawab untuk mendidik anak-anak sewaktu di dunia, malah tanggungjawab ini pasti ditanya di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan amanah yang sepatutnya atau telah mengkhianatinya.
  
Sebagaimana firman Allah dalam Surah At-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan
                      keluarga kamu dari Neraka yang bahan bakarannya, 
                      manusia dan batu (berhala) ; Neraka itu dijaga dan dikawal 
                      oleh Malaikat-Malaikat yang keras kasar (layanannya),
                      mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
                      diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap
                      melakukan segala yang diperintahkan.

Oleh itu, masyarakat hendaklah berperanan membantu membendung dan membanteras ancaman dadah dalam masyarakat kita dengan tidak meletakkan tanggungjawab tersebut di bahu pihak berkuasa semata-mata. Kerana kesedaran masyarakat tentang akibat buruknya kesan penagihan dadah dapat mengawal dan menghalang dari merebaknya gejala dadah. Dan yang terpenting masyarakat juga hendaklah memainkan peranan membantu proses pemulihan dan berupaya membantu bekas-bekas penagih menjalani kehidupan baru bebas dan sihat tanpa dadah.

Kaum Muslimin Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Di antara perkara-perkara yang boleh mencegah dan mengawal anak-anak kita dari terjebak dan terjerumus dengan gejala dadah serta perkara-perkara mungkar yang lain diantaranya :

Pertama : Pastikan anak-anak mendirikan solat dengan sempurna.
Sebagai satu komuniti hendaklah sama-sama memastikan anak-anak kita mendirikan solat cukup lima waktu dengan sempurna, kerana solat yang sempurna boleh menjamin seseorang dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Kedua : Biasakan anak-anak membaca Al-Quran.
Galakan membiasakan anak-anak membaca Al-Quran. Ditambah dengan mengerjakan solat sunat, zikrullah dan lain-lain lagi kerana faedahnya amat banyak. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 28 :


Maksudnya : “(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
                        mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan mengingati
                        Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Sebaliknya orang-orang yang lalai akan sentiasa menjadi teman syaitan dan hidupnya sentiasa menuju ke arah perkara-perkara mungkar.

Ketiga : Amalkan perkara Amar Makruf Nahi Mungkar dalam
              kehidupan.
Kehidupan manusia akan menjadi manis dan indah sekiranya Amar Makruf Nahi Mungkar diamalkan dalam kehidupan seperti sentiasa menjaga batasan dalam pergaulan, menjaga aurat serta menjaga akhlak dengan merasa malu dan takut untuk melakukan perkara-perkara mungkar termasuk penyalahgunaan dadah.

Keempat : Mewujudkan suasana harmoni dalam rumahtangga.
Rumahtangga yang harmoni dapat melahirkan suasana keluarga yang bahagia. Anak-anak tidak merasa bosan dan jemu berada di rumah. Yang paling penting elakkan anak-anak hidup berfoya-foya tanpa tujuan dan faedah kerana ia boleh membuka ruang kepada mereka untuk berjinak-jinak dengan dadah.

Kelima : Tanamkan didikan kepada anak-anak supaya benci dadah  
                serta sentiasa berhubung dengan pihak yang
                bertanggungjawab.

Penglibatan semua pihak dalam komuniti yang berperanan mendidik serta menyedarkan anak-anak tentang bahaya dan kesan buruk akibat penyalahgunaaan dadah hendaklah dipertingkatkan, di samping menjauhi tabiat menghisap rokok dan sebagainya. Keadaan ini dapat membuka pemikiran anak-anak terhadap bahaya dadah dan rokok. Dan yang paling penting jalinan hubungan kerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab seperti Agensi Antidadah Kebangsaan atau pihak polis bagi sebarang bantuan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
   
Kaum Muslimin Sidang Jumaat yang Berbahagia,

Marilah kita sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak kita, pergaulan mereka mesti diambil tahu dan diawasi, terutamanya dengan siapa mereka bergaul? Ke mana mereka pergi? Dan apa aktiviti mereka? Keadaan ini bukanlah hendak menyekat atau mengongkong kebebasan anak-anak tetapi mengambil berat dan prihatin terhadap aktiviti mereka sesuai dengan kehendak agama. Kebebasan yang kita berikan kepada anak-anak mesti ada batasannya iaitu dengan batasan agama, akhlak dan sopan santun.

اعوذ با لله من الشيطا ن الرجيم

Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
                      menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu
                     dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
                     daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan  
                     sembahyang, oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada
                     melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu
                     masih berdegil)  
                                                                           (Surah al-Maaidah Ayat :91)







Disediakan Oleh :
Cawangan Agama dan Pembangunan Insan
Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan
Ibu Pejabat, Agensi Antidadah Kebangsan


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#keluargasayatanggungjawabsaya 
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


Kempen Perangi Dadah Habis-habisan - Komuniti Kita Tanggungjawab Kita



Salam sejahtera semua..Sempena sambutan Hari AntiDadah Kebangsaan yang ke-35 saya menyeru kepada semua marilah kita sama-sama bangkit memerangi Dadah Habis-habisan.. “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”
Terimalah video CSR gabungan celebrity seluruh negara menyatakan sokongan mereka terhadap Kempen Perangi Dadah Habis Habisan... Ayuh Bangkit! Terjemahkan sokongan anda..

#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#pencegahandadahbermuladarirumah
 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Perutusan Ketua Pengarah AADK Sempena Hari Antidadah Kebangsaan ke 35

PERUTUSAN
KETUA PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
SEMPENA
 SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE 35


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi dapat menikmati hidup dengan aman serta merdeka di bumi Malaysia yang tercinta ini. Pelbagai pembangunan telah kita kecapi, pelbagai kejayaan telah kita rasai dan pelbagai cabaran juga telah kita atasi demi menjadikan kita bangsa Malaysia yang matang dan berani menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Namun demikian kejayaan yang dinikmati pada hari ini tidak akan berkekalan sekiranya negara terus dibelenggu dengan masalah penagihan dadah.

Sesungguhnya dalam memacu pembangunan negara, kerajaan tidak lupa untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari pelbagai masalah sosial yang boleh membawa kepada kejatuhan moral seperti masalah penagihan dadah.  Oleh demikian, saban tahun kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri menganjurkan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan. Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di sambut pada 19 Februari setiap tahun  bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio politik serta ekonomi negara kita.

Masalah penagihan dadah dalam negara mengalami turun naik saban tahun disebabkan perubahan trend semasa dan lain-lain faktor pendorong kepada perkembangan ini. Sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya masalah dadah ini akan terus menerus menjadi ancaman kepada survival negara kita. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan serta penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani, budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.

Hari ini, kita dapati bahawa pelbagai cabaran baru timbul dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Ini termasuklah:

    1. Masalah penagihan dadah di Negara kita adalah lebih parah kerana ia melibatkan golongan muda terutama remaja dan kanak-kanak. Kanak-kanak di sekolah rendah telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan yang menghayalkan.

    1. Penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti Ice, Syabu, Pil Kuda dan Ecstacy adalah sangat membimbangkan kerana ia mudah didapati dan menjadi trend dalam kalangan golongan remaja. Dadah-dadah jenis ini memberi kesan langsung terhadap sistem saraf tunjang. Contohnya, pengambilan Syabu akan mendatangkan kesan high secara serta merta dalam tempoh 5-10 saat kerana ia terus sampai ke otak.  Akibatnya, penyalahguna akan mengalami kurang selera makan, masalah tidur, perubahan mood, psikosis atau gangguan mental iaitu  ketidakmampuan seseorang menilai antara realiti dan fantasi. Bukan itu sahaja, penyalahguna Syabu akan kehilangan kawalan diri dan berisiko untuk melakukan tindakan-tindakan yang ganas dan agresif seperti memukul, membunuh dan mencederakan orang lain termasuk ahli keluarganya sendiri.

Tema sambutan pada tahun ini ialah, Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita. Tema ini sangat bersesuaian kerana setelah 35 tahun kerajaan cuba menangani masalah dadah namun lambakan masalah dadah masih lagi menular-nular dan mengancam keselamatan, ekonomi dan sosial negara. Ini adalah kerana transaksi dadah ini merupakan satu sistem yang sentiasa bergerak secara dinamik dan seiring dengan arus peredaran zaman. Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua Kementerian, Jabatan dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama kerajaan dalam menangani masalah ini.

Permasalahan dadah memberi kesan kepada semua peringkat di dalam komunti. Kesan negatif ini berlaku akibat dari aktiviti penyalahgunaan dadah yang berleluasa dalam komuniti. Hakikatnya, kehidupan bermasyarakat menjadi tidak selamat jika berlakunya masalah penagihan di dalam komunti setempat. Komunti setempat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedar dan menggerakkan setiap keluarga di dalam komunti tersebut supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan pelakuan anak-anak mereka di dalam persekitaran tempat tinggal dan pergaulan seharian.

Saling membantu dan mengambil berat sesama jiran akan membantu mengatasi permasalahan yang timbul di dalam kehidupan. Ini kerana, masalah dadah yang berlaku dalam komuniti datangnya dari dalam keluarga yang mana jika tidak ditangani dengan baik akan menjatuhkan maruah keluarga, menjadi beban kepada anggota keluarga penagih, menghancurkan rumah tangga dan memusnahkan harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak.

Seterusnya, jika banyak keluarga yang berhadapan dengan permasalahan dadah dalam komuniti tersebut ia akan menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah lain yang berpunca daripada aktiviti penyalahgunaan dadah. Justeru itu, sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini saya menyeru kepada semua ibu bapa, keluarga dan komuniti secara keseluruhannya agar meningkatkan peranan dan tanggungjawab masing-masing agar lebih prihatin pada perkembangan anak-anak dan isu-isu kejiranan dalam persekitaran setempat.

Tema Hari Antidadah Tahun ini “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” memberi makna yang cukup besar tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul secara bersama bagi memastikan komuniti tempat tinggal kita selamat dan bebas daripada permasalahan dadah. Masyarakat atau komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkara tentang diri, ahli keluarga, harta benda dan kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu, masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan ketika ditimpa bencara atau musibah. Justeru itu, ahli masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memerangi penyalahgunaan dadah hanya di bahu kerajaan semata-mata dan menjadikan apa-apa jua permasalahan mengenai dadah yang berlaku adalah berpunca akibat ketidakcekapan kerajaan. Ini kerana pencegahan awal perlu dimulakan di peringkat masyarakat setempat untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan yang berupaya menghindari berlakunya masalah dadah, sosial dan jenayah dalam masyarakat.

Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau dalam siri ucapan Hari Antidadah Kebangsaan yang lalu, beliau menyeru masyarakat perlu mengelak daripada bersikap 'not me syndrome', sebaliknya bersama memainkan peranan dalam memahami, mengambil tindakan dan menjadi barisan hadapan dalam menangani isu dadah di komuniti masing-masing. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam membanteras penagihan dadah sangat penting kerana ia adalah elemen utama dalam menjayakan misi negara bebas dadah. Ibu bapa dan keluarga adalah entiti paling kecil dalam masyarakat yang perlu memainkan peranan paling serius dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala dadah. "Masalah dadah boleh menimpa sesiapa sahaja, ia merentas status dan latar belakang serta kepercayaan seseorang”. Kejayaan membanteras masalah dadah juga memerlukan pendekatan yang seimbang dan menyeluruh dengan dasar yang relevan berdasarkan amalan-amalan terbaik dan 'evidence-based'.

Kerajaan sedar  permasalahan dadah bukanlah masalah dan isu setempat malahan isu dadah merupakan masalah global yang harus diberi perhatian bersama. Permasalahan dadah turut mendapat perhatian serius Jemaah Menteri, dan telah beberapa kali dibincangkan sebelum ini. YAB Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan pendekatan AADK haruslah berubah menyaksikan kaedah konvensional tidak lagi diguna pakai kerana dilihat kurang berkesan. Menerusi pendekatan dan strategi baharu (Developmental Approach), kerajaan menitikberatkan hasil ke atas kumpulan sasaran, terutamanya golongan muda yang menjadi kelompok terbesar penagih dadah di negara ini dan bukan lagi bersifat hanya cantik di atas kertas.

Sehubungan dengan itu pada 29 November 2017 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Dasar Dadah Negara.  Matlamat Dasar Dadah Negara adalah untuk mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu, Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan Kemudaratan dan Kerjasama Antarabangsa.

Akhir kalam, pada sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini saya menegaskan bahawa Komuniti Kita Tanggungjawab Kita.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan komuniti kita selamat dari ancaman dadah dan anak-anak kita dapat membesar dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berjaya.

 Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#keluargasayatanggungjawabsaya 
#komunitikitatanggungjawabkita
 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


15 February 2018

Perutusan Hari Antidadah Kebangsaan ke-35



#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru Cina



#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru 2018
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya