#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 February 2018

Apa Itu Daun Ketum?

Pokok ketum atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa. Ia banyak terdapat di negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Kebanyakannya ditemui tumbuh secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung.

Ketinggian pokok ketum boleh mencapai sehingga 25 meter. Batangnya berkayu keras dan bercabang. Bahagian yang digunakan daripada pokok ketum adalah daunnya.

Kegunaan orang kampung?

Daun ketum telah digunakan secara tradisional untuk mengeluarkan angin dalam badan dan meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja berat. Malahan, air daun ketum juga dikatakan telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat penyakit tertentu seperti merawat sakit belakang, demam, batuk dan penyakit cacing serta sebagai penawar diabetes, darah tinggi dan lain-lain.

Salah guna daun ketum oleh masyarakat sekarang?

Air daun ketum telah disalahgunakan oleh masyarakat terutamanya penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan penagihan. Ini adalah penyebab penggunaan ketum di negara kita ini perlu pengawalan

Air daun ketum dihasilkan dengan merebus daun ketum dan air rebusan daun ketum ini dibungkus dalam paket kecil untuk dijual.

Mitragynine...apakah bahan ini sebenarnya?

Mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif adalah bahan aktif yang terkandung dalam daun ketum. Bahan ini dikawal dibawah Akta Racun 1952 dibawah peraturan kawalan psikotropik.

Selain daripada itu, terdapat juga 24 bahan lain yang terkandung didalam daun ketum antaranya ajmalin, corynanthedine, mitaphylline, paynanthesine, speciophylin dan speciogynine.

Kesan Mitragynine ini?

Jika diambil berlebihan seseorang itu akan :
Rasa khayal (euforia)
Rasa pening
Mengantuk
Muntah

Kesan buruk jika diambil secara berterusan:
Mengakibatkan ketagihan
Bibir dan kulit jadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di pipi
Kulit menjadi kering
Sembelit
Insomnia (Sukar untuk tidur)

Apa beza kalau minum sikit sahaja air ketum ini dengan minum banyak?

Di dalam dos rendah, daun ketum boleh memberi kesan rangsangan atau stimulan sehingga seseorang itu merasa bertenaga, lebih ceria dan mesra.

Tetapi di dalam dos yang tinggi, ia boleh memberi kesan depresi seperti mengantuk dan kesan psikotropik. Jika diambil pada dos melebihi 15gm, pengguna akan mengalami kesan sedatif yang melampau seperti mengantuk dan lali, malah boleh menjadi stupor atau hampir tidak sedar diri. Terdapat juga laporan kejadian sawan selepas mengambil daun ketum melebihi 15gm.

Lain-lain kesan sampingan yang dikesan ke atas pengamal daun ketum yang kronik adalah hipotirodism iaitu paras hormone tiroksin yang rendah dan kerosakan hati. Terdapat kes kematian akibat pengambilan ketum dalam dos yang terlalu tinggi dan ujian post-mortem menunjukkan kandungan mitragynine di dalam darah yang tinggi.

Undang-udang yang kawal daun ketum?

Undang-undang yang kawal daun ketum tiada. Tetapi undang-undang yang mengawal bahan aktif dalam air daun ketum iaitu Mitragynine itu ada kerana ia adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia. Mitragynine disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.

Menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang tersebut.

Hukumannya?
Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pokok ketum

Daun ketum

Daun ketum direbus

 Rebusan daun ketum ditapis untuk mendapatkan air rebusannya

Air rebusan daun ketum. Selalunya air rebusan yang panas-panas ini akan terus direndam ke dalam ice untuk menghasilkan air rebusan daun ketum yang kaw
 
Beginilah rupanya tempat pemprosesan air rebusan daun ketum. Tidak terurus dengan baik dan kotor.

Sumber:
Pegawai Farmasi Anda 
Mohd Dziehan Mustapa 
Medical Mythbusters Malaysia (M3)



#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#keluargasayatanggungjawabsaya 



 
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya