#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

19 February 2018

Perutusan Ketua Pengarah AADK Sempena Hari Antidadah Kebangsaan ke 35

PERUTUSAN
KETUA PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
SEMPENA
 SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE 35


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi dapat menikmati hidup dengan aman serta merdeka di bumi Malaysia yang tercinta ini. Pelbagai pembangunan telah kita kecapi, pelbagai kejayaan telah kita rasai dan pelbagai cabaran juga telah kita atasi demi menjadikan kita bangsa Malaysia yang matang dan berani menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. Namun demikian kejayaan yang dinikmati pada hari ini tidak akan berkekalan sekiranya negara terus dibelenggu dengan masalah penagihan dadah.

Sesungguhnya dalam memacu pembangunan negara, kerajaan tidak lupa untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari pelbagai masalah sosial yang boleh membawa kepada kejatuhan moral seperti masalah penagihan dadah.  Oleh demikian, saban tahun kerajaan melalui Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri menganjurkan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan. Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di sambut pada 19 Februari setiap tahun  bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio politik serta ekonomi negara kita.

Masalah penagihan dadah dalam negara mengalami turun naik saban tahun disebabkan perubahan trend semasa dan lain-lain faktor pendorong kepada perkembangan ini. Sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya masalah dadah ini akan terus menerus menjadi ancaman kepada survival negara kita. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan serta penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani, budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.

Hari ini, kita dapati bahawa pelbagai cabaran baru timbul dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah. Ini termasuklah:

    1. Masalah penagihan dadah di Negara kita adalah lebih parah kerana ia melibatkan golongan muda terutama remaja dan kanak-kanak. Kanak-kanak di sekolah rendah telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan yang menghayalkan.

    1. Penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti Ice, Syabu, Pil Kuda dan Ecstacy adalah sangat membimbangkan kerana ia mudah didapati dan menjadi trend dalam kalangan golongan remaja. Dadah-dadah jenis ini memberi kesan langsung terhadap sistem saraf tunjang. Contohnya, pengambilan Syabu akan mendatangkan kesan high secara serta merta dalam tempoh 5-10 saat kerana ia terus sampai ke otak.  Akibatnya, penyalahguna akan mengalami kurang selera makan, masalah tidur, perubahan mood, psikosis atau gangguan mental iaitu  ketidakmampuan seseorang menilai antara realiti dan fantasi. Bukan itu sahaja, penyalahguna Syabu akan kehilangan kawalan diri dan berisiko untuk melakukan tindakan-tindakan yang ganas dan agresif seperti memukul, membunuh dan mencederakan orang lain termasuk ahli keluarganya sendiri.

Tema sambutan pada tahun ini ialah, Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita. Tema ini sangat bersesuaian kerana setelah 35 tahun kerajaan cuba menangani masalah dadah namun lambakan masalah dadah masih lagi menular-nular dan mengancam keselamatan, ekonomi dan sosial negara. Ini adalah kerana transaksi dadah ini merupakan satu sistem yang sentiasa bergerak secara dinamik dan seiring dengan arus peredaran zaman. Oleh yang demikian saya menyeru kepada semua Kementerian, Jabatan dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama kerajaan dalam menangani masalah ini.

Permasalahan dadah memberi kesan kepada semua peringkat di dalam komunti. Kesan negatif ini berlaku akibat dari aktiviti penyalahgunaan dadah yang berleluasa dalam komuniti. Hakikatnya, kehidupan bermasyarakat menjadi tidak selamat jika berlakunya masalah penagihan di dalam komunti setempat. Komunti setempat mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyedar dan menggerakkan setiap keluarga di dalam komunti tersebut supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan pelakuan anak-anak mereka di dalam persekitaran tempat tinggal dan pergaulan seharian.

Saling membantu dan mengambil berat sesama jiran akan membantu mengatasi permasalahan yang timbul di dalam kehidupan. Ini kerana, masalah dadah yang berlaku dalam komuniti datangnya dari dalam keluarga yang mana jika tidak ditangani dengan baik akan menjatuhkan maruah keluarga, menjadi beban kepada anggota keluarga penagih, menghancurkan rumah tangga dan memusnahkan harapan ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak.

Seterusnya, jika banyak keluarga yang berhadapan dengan permasalahan dadah dalam komuniti tersebut ia akan menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah lain yang berpunca daripada aktiviti penyalahgunaan dadah. Justeru itu, sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini saya menyeru kepada semua ibu bapa, keluarga dan komuniti secara keseluruhannya agar meningkatkan peranan dan tanggungjawab masing-masing agar lebih prihatin pada perkembangan anak-anak dan isu-isu kejiranan dalam persekitaran setempat.

Tema Hari Antidadah Tahun ini “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” memberi makna yang cukup besar tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul secara bersama bagi memastikan komuniti tempat tinggal kita selamat dan bebas daripada permasalahan dadah. Masyarakat atau komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkara tentang diri, ahli keluarga, harta benda dan kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu, masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan ketika ditimpa bencara atau musibah. Justeru itu, ahli masyarakat tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab memerangi penyalahgunaan dadah hanya di bahu kerajaan semata-mata dan menjadikan apa-apa jua permasalahan mengenai dadah yang berlaku adalah berpunca akibat ketidakcekapan kerajaan. Ini kerana pencegahan awal perlu dimulakan di peringkat masyarakat setempat untuk menggerakkan aktiviti kemasyarakatan yang berupaya menghindari berlakunya masalah dadah, sosial dan jenayah dalam masyarakat.

Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau dalam siri ucapan Hari Antidadah Kebangsaan yang lalu, beliau menyeru masyarakat perlu mengelak daripada bersikap 'not me syndrome', sebaliknya bersama memainkan peranan dalam memahami, mengambil tindakan dan menjadi barisan hadapan dalam menangani isu dadah di komuniti masing-masing. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam membanteras penagihan dadah sangat penting kerana ia adalah elemen utama dalam menjayakan misi negara bebas dadah. Ibu bapa dan keluarga adalah entiti paling kecil dalam masyarakat yang perlu memainkan peranan paling serius dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala dadah. "Masalah dadah boleh menimpa sesiapa sahaja, ia merentas status dan latar belakang serta kepercayaan seseorang”. Kejayaan membanteras masalah dadah juga memerlukan pendekatan yang seimbang dan menyeluruh dengan dasar yang relevan berdasarkan amalan-amalan terbaik dan 'evidence-based'.

Kerajaan sedar  permasalahan dadah bukanlah masalah dan isu setempat malahan isu dadah merupakan masalah global yang harus diberi perhatian bersama. Permasalahan dadah turut mendapat perhatian serius Jemaah Menteri, dan telah beberapa kali dibincangkan sebelum ini. YAB Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan pendekatan AADK haruslah berubah menyaksikan kaedah konvensional tidak lagi diguna pakai kerana dilihat kurang berkesan. Menerusi pendekatan dan strategi baharu (Developmental Approach), kerajaan menitikberatkan hasil ke atas kumpulan sasaran, terutamanya golongan muda yang menjadi kelompok terbesar penagih dadah di negara ini dan bukan lagi bersifat hanya cantik di atas kertas.

Sehubungan dengan itu pada 29 November 2017 YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Menteri Dalam Negeri telah melancarkan Dasar Dadah Negara.  Matlamat Dasar Dadah Negara adalah untuk mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu, Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan Kemudaratan dan Kerjasama Antarabangsa.

Akhir kalam, pada sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini saya menegaskan bahawa Komuniti Kita Tanggungjawab Kita.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan komuniti kita selamat dari ancaman dadah dan anak-anak kita dapat membesar dan menjadi generasi yang berdaya saing serta berjaya.

 Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#keluargasayatanggungjawabsaya 
#komunitikitatanggungjawabkita
 

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.


No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya