#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

28 May 2018

Fact About Addiction



#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

23 May 2018

Ambe tak mboh dah...



“SELEPAS sembilan kali tumbang dalam menyambut bulan barakah ini angkara dadah, kali ini saya bertekad untuk melakukan yang terbaik bukan hanya pada diri, malah buat keluarga yang banyak berkorban untuk melihat saya kembali pulih,” kata penghuni Pusat Pulih dan Rawat (CCSC) Kuala Terengganu, yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 28.
Menceritakan pengalaman lalu, dia berkata, awalnya dia adalah remaja yang patuh pada arahan keluarga, namun apabila melanjutkan pelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia mula tersilap langkah memilih kawan selain sudah lupa daratan.
Menurutnya, keseronokan hidup tanpa kongkongan keluarga membuatkan hidupnya semakin hanyut daripada hanya menagih syabu, dia kemudian beralih menjadi pengedar kecil-kecilan untuk menampung kos perbelanjaan membeli dadah.
“Dalam usia muda saya sudah mampu mengecapi kemewahan manakala ketika itu keluarga sudah ditolak ke tepi kerana saya mampu hidup berdikari dengan memiliki tiga kenderaan selain mampu menyewa rumah agak mewah dan ditemani teman wanita.
“Sejak sembilan tahun lalu, saya lalai dalam tuntutan mengerjakan salah satu rukun Islam iaitu berpuasa kerana terpedaya dengan keseronokan dunia dan melakukan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.
Menurutnya, dengan wang yang banyak, dia semakin angkuh dan segala nasihat ibu dan bapanya sudah tidak diendahkan, malah masanya banyak dihabiskan di luar rumah bersama rakan pengedar serta teman wanita.
Katanya, ibarat menyembunyikan bangkai gajah akhirnya terbongkar juga, dia beberapa kali ditahan polis termasuk serbuan ke atas rumah keluarganya dan rentetan daripada peristiwa itu kegiatan pengedaran dadah dijalankan mula musnah sedikit demi sedikit.
“Akibat tekanan saya pernah membaling senjata tajam ke arah adik ketika berlaku perbalahan mulut, namun saya mendapat balasan atas perbuatan itu apabila didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjarakan selama tiga bulan serta dikenakan denda.
“Sebelum ini dalam sehari kira-kira satu gram syabu diperlukan untuk kegunaan sendiri dan bekalan pula diambil dalam kuantiti banyak kerana ketika itu saya bukan lagi pengedar kecil-kecilan.
“Stok syabu saya ambil dengan harga RM12,000 seberat 500 gram ketika itu, namun kini harga dadah jenis itu sudah murah. Malah, hasil aktiviti haram itu menyaksikan saya pernah mengumpul hingga RM38,000 sebagai wang perbelanjaan,” katanya.
Katanya, dadah bukan menguntungkan, malah ia hanya menyeksakan dan walaupun pernah mengecapi kemewahan, namun semua itu tidak kekal lama berikutan perbuatannya sudah menyalahi undang-undang.
Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Kuala Terengganu, Hafiz Hassan berkata, Muhammad baru seminggu menghuni CCSC dan pihaknya berharap dia dapat menerima kaedah diterapkan dalam sesi rawatan dan pemulihan dilakukan.
“Kami warga AADK sentiasa komited dalam menjalankan tugas terutama dalam menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan ke atas penagih dadah, namun di CCSC caranya berbeza kerana penagih perlu datang secara sukarela untuk mendapatkan rawatan.
“Selain menekankan aspek kerohanian, penghuni diajar dengan pengurusan diri dan sokongan keluarga amat perlu dalam menjalani rawatan dan pemulihan ini,” katanya.
Menurutnya, masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memerangi permasalahan dadah kerana ia adalah musuh utama yang perlu dibanteras habis-habisan.

Sumber: Harian Metro

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Tak ambil dadah untuk kurus



PELAKON, Syafiq Kyle mengakui bermain bola sepak selain mengawal pemakanan punca berat badannya menurun dan bukannya mengambil barang terlarang termasuklah dadah seperti didakwa sesetengah pihak.
Syafiq, 26, tidak menafikan kerap mendapat komen skeptikal mendakwa dirinya bertambah kurus disebabkan barang terlarang namun tidak mahu mengambil pusing mengenai dakwaan liar sebegitu.
“€Sebenarnya saya sudah berhadapan tanggapan sebegitu sejak dulu lagi sebelum saya kurus pun. Selepas turun 15 kilogram daripada berat terdahulu, lagilah orang bercakap macam-macam.
“€Bagaimanapun, penurunan itu adalah disebabkan saya bermain bola sepak setiap minggu. Saya mesti cari masa juga untuk bersenam dalam seminggu walau sibuk macamana pun.
“€Mengenai dakwaan saya mengambil barang terlarang itu, suka hatilah orang nak kata apa pun. Siapa yang tengok saya depan-depan tahulah sama ada saya ambil atau tidak,”€ katanya.
Pelakon utama drama Nur itu juga mengakui dia ada strategi sendiri bagaimana untuk kurus tanpa mengamalkan sebarang pelan diet berbahaya.
“€Sebenarnya kalau sudah tahu formula bagaimana turunkan berat-badan, prosesnya jadi lebih mudah. Itulah yang saya amalkan di mana kebanyakannya berbalik kepada pemakanan terkawal.
“€Saya amalkan makan nasi sekali saja dalam seminggu tapi masih ambil daging, ikan dan makanan yang direbus serta tidak berminyak. Selain itu, saya tidak mengambil garam dan gula bagi mendapatkan bentuk wajah yang lebih menarik,”€ katanya.

Sumber: Harian Metro

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

22 May 2018

Fasting


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Guna Duit PTPTN Beli Dadah

Foto Bahagian Pencegahan Aadk HQ Page.

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

21 May 2018

SELAMAT BERPUASA

JAUHKAN DIRI DAN KELUARGA DARI ANCAMAN DADAH.





SELAMAT BERPUASA BAGI KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.




#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

18 May 2018

Pertandingan Video Kreatif Antidadah




Salam semua, nak hadiah telefon samsung percuma utk raya nanti? Jom sertai Pertandingan Video Kreatif anjuran AADK ini.

Buat video pendek 10-20 saat dan tag Bahagian Pencegahan Aadk HQ Page sebagai syarat penyertaan.

Video yang kreatif dan viral bakal dipilih sebagai pemenang.

Ape lagi, buat la video kreatif korg tu...


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

16 May 2018

Selamat Menyambut Ramadan Kareem


Agensi Antidadah Kebangsaan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita diberkati Allah swt.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)



#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya