#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

23 May 2018

Tak ambil dadah untuk kurus



PELAKON, Syafiq Kyle mengakui bermain bola sepak selain mengawal pemakanan punca berat badannya menurun dan bukannya mengambil barang terlarang termasuklah dadah seperti didakwa sesetengah pihak.
Syafiq, 26, tidak menafikan kerap mendapat komen skeptikal mendakwa dirinya bertambah kurus disebabkan barang terlarang namun tidak mahu mengambil pusing mengenai dakwaan liar sebegitu.
“€Sebenarnya saya sudah berhadapan tanggapan sebegitu sejak dulu lagi sebelum saya kurus pun. Selepas turun 15 kilogram daripada berat terdahulu, lagilah orang bercakap macam-macam.
“€Bagaimanapun, penurunan itu adalah disebabkan saya bermain bola sepak setiap minggu. Saya mesti cari masa juga untuk bersenam dalam seminggu walau sibuk macamana pun.
“€Mengenai dakwaan saya mengambil barang terlarang itu, suka hatilah orang nak kata apa pun. Siapa yang tengok saya depan-depan tahulah sama ada saya ambil atau tidak,”€ katanya.
Pelakon utama drama Nur itu juga mengakui dia ada strategi sendiri bagaimana untuk kurus tanpa mengamalkan sebarang pelan diet berbahaya.
“€Sebenarnya kalau sudah tahu formula bagaimana turunkan berat-badan, prosesnya jadi lebih mudah. Itulah yang saya amalkan di mana kebanyakannya berbalik kepada pemakanan terkawal.
“€Saya amalkan makan nasi sekali saja dalam seminggu tapi masih ambil daging, ikan dan makanan yang direbus serta tidak berminyak. Selain itu, saya tidak mengambil garam dan gula bagi mendapatkan bentuk wajah yang lebih menarik,”€ katanya.

Sumber: Harian Metro

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya