#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

30 September 2018

Penggunaan ganja salah di bawah Akta Dadah Berbahaya: AADK


SHAH ALAM - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menjelaskan penggunaan ganja adalah satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, secara rasmi, ganja juga tidak digunakan secara langsung dalam sektor perubatan di negara ini.

Malah katanya, soal dadah tersebut berjaya mengubati penyakit telah dijawab sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Isu berkenaan doktor ganja (Muhammad Lukman Mohamad) lebih kepada isu undang-undang Malaysia yang jelas mengenai pengedaran dan penggunaan dadah ini.

"Saya tak mahu ulas panjang mengenai Akta Dadah Berbahaya tetapi ia jelas. Kalau dari segi perubatan pun telah dijawab," katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan lawatan, di sini, hari ini.

Semalam, dalam satu sidang media, Noor Hisham menjelaskan tiada bukti dalam bidang perubatan untuk mengatakan penggunaan minyak ganja dapat merawat penyakit.

Sehubungan itu katanya, penggunaan minyak ganja di Malaysia dihadkan kepada mereka yang berkelayakan untuk tujuan penyelidikan dan tertakluk kepada kelulusan menteri kesihatan.

Sebelum itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau akan menulis rayuan kepada Peguam Negara, Thommy Thomas berhubung kes seorang lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedarkan #ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.

Nurul Izzah berkata, beliau secara peribadi akan menulis rayuan untuk mendapatkan pengampunan terhadap lelaki itu, Muhammad Lukman Mohamad, berdasarkan merit pada kes berkenaan.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, isu berkenaan dilihat sensasi mungkin kerana ia diulas oleh ahli politik.

"Kita perlu tahu untuk mengimport bahan-bahan berkaitan dadah ini memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan ia termaktub di bawah Akta Dadah Berbahaya.

"Di bawah AADK kita ada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan yang dipengerusikan oleh Kementerian Kesihatan. Kita akan bermesyuarat dan perkara ini pasti akan dibincangkan," katanya.

Jelas beliau, selaku agensi yang memainkan peranan memberi kesedaran, pencegahan dan menerangkan hal berkaitan dadah, pihaknya lebih mengambil berat tentang kesannya penyalagunaannya kepada umum.

"Kesan (ganja) dalam perubatan itu hal lain, kalau dari sudut perubatan ia ditentukan oleh pakar perubatan iaitu Kementerian Kesihatan.

"Kes berkaitan ganja ini polis lebih mengetahui dan boleh jelaskan lebih lanjut tentang jumlah pemilikan oleh tertuduh dan sebab itu dia dikenakan tindakan undang-undang. Mahkamah pun telah putuskan hukumannya," katanya.

Sumber:  Sinar Harian

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya