#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

08 October 2019

Kepulihan

" Kepulihan bukan sekadar pengurangan atau berhenti mengguna dadah semata-mata, tetapi ia melibatkan pencapaian individu dalam semua aspek kehidupan yang dilalui"


13 Prinsip Rawatan Dan Pemulihan


1.  Penagihan dadah ialah penyakit kompleks dan boleh dirawat.

2.  Pendekatan rawatan adalah berbeza mengikut jenis dadah dan ciri-ciri penagih.

3.  Kemudahan rawatan sentiasa tersedia untuk memastikan penagih pulih.

4.  Perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkesan dapat memenuhi permasalahan penagih dari aspek penggunaan dadah, psikologikal, perubatan, sosial, vokasional dan undang-undang.

5.  Tempoh rawatan yang mencukupi dan bersesuaian mengikut jenis dan tahap keparahan penagihan dan keperluan kepulihan penagih.

6.  Pendekatan terapi tingkahlaku termasuklah kaunseling individu, keluarga dan kelompok digunakan untuk merawat dan memulihkan penagih.

7.  Penggunaan ubat-ubatan seperti Methadone, Buprenorphine dan Naltrexone digabungkan dengan kaunseling dan terapi dapat membantu menstabilkan hidup dan mengurangkan penggunaan dadah.

8.  Perancangan rawatan perlu dinilai dan diubahsuai mengikut keperluan bagi memastikan ia memenuhi keperluan perubahan penagih.

9.  Kecelaruan mental perlu dirawat melalui pemberian ubat-ubatan sebelum rawatan penagihan diberikan.

10. Detoksifikasi secara perubatan merupakan langkah pertama dalam rawatan dan pemulihan penagihan.

11. Rawatan dan pemulihan secara sukarela tidak semestinya berkesan. Kaedah penguatkuasaan, tangkapan, rujukan keluarga/majikan dan perundangan dapat memberi kesan terhadap tahap kemasukan penagih, pengekalan dalam rawatan dan pemulihan dan kejayaan intervensi.

12. Penggunaan dadah semasa rawatan perlu dipantau secara berterusan.

13. Pengesanan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, Hepatitis B dan C, TB dan lain-lain perlu dilaksanakan. Perlaksanaan kaunseling dan psikopendidikan kesihatan dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit.


 Sumber: Dasar Dadah Negara



#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

13 September 2019

Selamat Menyambut Hari Malaysia


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

05 September 2019

Daulat Tuanku



Kami dari Agensi Antidadah Kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. 

Semoga Negara Malaysia berada di dalam kemakmuran dan kesejahteraan di bawah naungan Tuanku, Aamiin. Daulat Tuanku.



30 August 2019

Salam Maal Hijrah 1441H


Agensi Antidadah Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1441 Hijriah. Mari kita semua berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik dan semoga amal ibadah selama 1 tahun ini diterima dan bukakan pintu amal yang baru. Aamiin.


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan


Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 62



#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku




Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

27 August 2019

Pemulihan Dadah Secara Sukarela di Klinik Cure & Care



Klinik Cure & Care menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. 

Perkhidmatan ini lebih terbuka kepada semua golongan sasar sama ada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah.  Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik Cure & Care adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan (2 Tahun). 

Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah, pelajar kolej/Universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.

Konsep

Penagih Sebagai Pesakit
- Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit

Open Access Service
- Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.

Tiada Prasyarat

Prinsip kemasukan klien ke Klinik Cure & Care adalah:
• Sukarela
• Tiada Pra-syarat

Kaedah kemasukan klien:
• Datang sendiri secara sukarela
• Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dll
• Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)


Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang SUKARELA ingin mendapatkan rawatan pemulihan dadah, boleh hadir ke Klinik Cure & Care di seluruh negara atau boleh juga menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah.


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.



01 August 2019

Program Mahabah berikan jemaah info berkaitan dadah


YAN - Program Masjid Hentian Bebas Dadah (Mahabah) yang dilaksanakan di Masjid Sultanah Haminah Dulang Kecil Yan memberi peluang kepada penduduk tempatan mendapatkan info berguna berkaitan dadah.

Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pihaknya telah menyediakan sebuah bas pameran AADK yang mempunyai pelbagai info berkaitan dadah.

Katanya, pihaknya juga turut menyediakan kaunter aduan dan kaunter advokasi bagi membolehkan penduduk tempatan berkongsi dengan pihak AADK akan masalah mereka.

"Pameran berkaitan jenis dadah, jenis bungkusan dadah terbaharu memberi info buat ibu bapa agar mereka peka akan keadaan anak mereka.




"Jika anak-anak bertindak luar daripada kebiasaan lazimnya ibu bapa yang pernah hadir ke pameran akan bijak menilai tindak tanduk anak mereka," katanya.

Menurut Mohamad Farid, selain daripada program Mahabah ini pihaknya turut menjalankan pelbagai lagi program lain atas tujuan yang sama.

"Kita komited dalam nak kurangkan masalah najis dadah namun begitu, kerjasama daripada ahli keluarga juga sangat diperlukan," katanya.

Tambah Mohamad Farid, tanpa kerjasama daripada keluarga dan penduduk tempatan matlamat ini tidak akan dicapai.

Sumber : Sinar Harian

#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

31 July 2019

Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan



#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku






Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

11 July 2019

Logo Baru SKUAD AADK


Logo Sukarelawan Antidadah Skuad AADK versi terbaharu ini telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah AADK, Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah baru-baru ini. 

*Bagi Mereka Yang Ingin Menjadi Sukarelawan AADK, Bolehlah Mendaftar Secara Online, klik  di sini ---> skuad.adk.gov.my

#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

26 February 2019

Poster Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2019


Tema bagi Sambutan Bulan Antidadah peringkat kebangsaan tahun 2019 ialah "Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita".





Perhatian ibubapa dan didikan awal di rumah dapat mengelakkan anak-anak kita dari terjerumus.Oleh itu, luangkanlah masa bersama mereka, ambil tahu rakan di sekeliling anak-anak kita supaya mereka tahu kita menyayangi mereka. Maklumkan kesan & kesengsaraan yang bakal terjadi jika mengambil bahan larangan tersebut.


#komunitikitatanggungjawabkita
#perangidadahhabishabisan
#pencegahanbermuladarirumah
#hadk2019


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

23 February 2019

Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Kebangsaan 2019 & Program Fun Ride Against Drugs

YB Datuk Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri malam tadi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Kebangsaan 2019 dan Program Fun Ride Against Drugs di Dataran Putrajaya.

Seramai 2,500 peserta menyertai Program Fun Ride Against Drugs sejauh 33 km dan 10 km. YB Timbalan Menteri Dalam Negeri turut bersama menyertai acara kayuhan sejauh 10 km.

Bulan Antidadah Kebangsaan bertemakan ‘Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita’ adalah usaha berterusan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang membawa mesej pengamalan budaya hidup sihat selain memperkasa peranan dan tanggungjawab komuniti membantu untuk pencegahan awal.

Hadir ialah YBhg Dato Seri Alwi bin Hj Ibrahim, KSU KDN.








#perangidadahhabishabisan

#pencegahandadahbermuladarirumah

#komunitikitatanggungjawabkita

#sayangiMalaysiaku


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

14 February 2019

Hari Terbuka Agensi Antidadah Kebangsaan




LIVE MHI Sempena Bulan Antidadah 2019, AADK akan membuat HARI TERBUKA ANTIDADAH KEBANGSAAN

19 Februari 2019
SELASA
9:00 pagi - 2:00 petang
di Klinik Cure & Care Sg Besi Kuala Lumpur

Pelbagai acara diadakan.


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

13 February 2019

RUANG BICARA - Dadah Musuh Negara








Dadah Musuh Negara - DS Ketua Pengarah AAADK Dalam Ruang Bicara BERNAMA 502 pada 12 Februari 2019.




#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

Selamat Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru 2018
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya