#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

30 January 2019

Bicara Politikonomi – Murah & Mudah Didapati



Bicara Politikonomi – Murah & Mudah Didapati [30 Jan 2019]
Bersama Dato' Sri Zulkifli Abdullah,
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan




#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku


Dulu penagih, kini usahawan berjaya




“CUKUPLAH empat tahun saya menjadi hamba dadah. Mujurlah sinar keinsafan itu hadir membuatkan saya kembali ke pangkal jalan,” kata Mohd Nordin Ibrahim, 61, antara ikon Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang berjaya pulih daripada masalah ketagihan dadah.

Mohd Nordin yang lebih mesra disapa Pok Din wajar dijadikan contoh apabila dia kini menjadi antara usahawan berjaya dengan perniagaan Warung Nasi Kerabu Pok Din di Gong Datuk, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

Ketika menceritakan pengalamannya, Pok Din berkata, dia mula terbabit dalam penyalahgunaan dadah ketika berada di Tingkatan Empat kerana terpengaruh dengan rakan sehingga tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana dikurniakan daya ingatan yang tinggi. Walaupun tidak cemerlang, saya dapat menamatkan pelajaran, walaupun tidak mendapat sijil penuh.

“Saya bermula dengan ganja, ubat batuk dan heroin dengan kawasan ladang menjadi port (sarang) untuk aktiviti berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Semurni Kasih Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala terengganu, semalam.

Pada majlis itu, Pok Din menerima Anugerah Kepulihan Klien yang disampaikan sendiri Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Sebelum ini, usaha Pok Din dalam membantu golongan penagih turut mendapat perhatian AADK, selain pernah mendapat Anugerah Emas Kepulihan 2015 di Kuala Lumpur.

Menurut Pok Din, dia yang juga Timbalan Pengerusi Baitul Sa’adah mengambil keputusan menyertai askar wataniah ketika berusia 20 tahun bagi mengubah masa depan.

“Susah sebenarnya nak berhenti, tetapi saya nekad dan ketika berada di dalam askar, hidup saya lebih teratur dan ia banyak membentuk saya menjadi lebih baik.

“Ketika itu, saya mula terfikir kerja dan masa depan menyebabkan saya berusaha keras untuk memperbaiki diri.

“Hampir 90 peratus kawan saya berjaya meninggalkan najis dadah. Ada yang jadi pengurus dan pegawai tentera. Saya sendiri menjadi penyelia KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) di Kelantan sebelum membuka perniagaan kedai makan,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Katanya, dia kini aktif membantu dalam usaha pemulihan penagih dadah, termasuk mengambil pekerja dalam kalangan penagih dadah.

“Ramai yang pulih daripada dadah tetapi tidak mahu menonjol, namun saya pilih sebaliknya kerana mahu menjadi contoh. Nasihat saya kepada generasi baharu, jangan sesekali mencubanya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

28 January 2019

FUN RIDE AGAINST DRUGS 2019



FUN RIDE AGAINST DRUGS 2019 bersama Tuan Zainudin Abdullah, YDP Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan. 

Jam 8:00 pagi TV3 dalam rancangan BORAK KOPITIAM, AHAD 27 JANUARI 2019.

Kredit TV3


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

Program Ramah Mesra AADK & PDRM Bersama Penduduk



Jom ramai2 turun terutama komuniti Taman Kajang Impian ke program Ramah Mesra AADK & PDRM bersama penduduk...Jangan lepaskan peluang utk sesi dialog...Utarakan sebarang kemusykilan anda..bersama-sama menyahut tema "Komuniti Kita Tanggungjawab Kita"

#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

25 January 2019

Fun Ride Against Drug




Fun Ride Against Drug , 22 Februari 2019. 33 km & 10 km. Pendaftaran Online RM55 &RM45. Goodies Bag, T-Shirt, Medal Penamat dan Cabutan Bertuah.

Daftar segera>>>>  Fun Ride Against Drug
 

Tarikh Tutup 4 Februari 2019.

#funrideagainstdrugs2019

17 January 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah(JKMD) Bil. 1 Tahun 2019

Putrajaya : Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah(JKMD) Bil. 1Tahun 2019 bersama YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia memegang "kad mesej" sebagai tanda sokongan menolak dadah bagi melahirkan generasi bebas dadah." Komuniti kita tanggungjawab kita"









#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

Pesanan Antidadah Dari YAB Timbalan Perdana Menteri


Special message from YAB Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Deputy Prime Minister of Malaysia

#perangidadahhabishabisan
#selamatkangenerasikita
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

09 January 2019

Aduan Penagihan Dadah – Hubungi Hotline AADK


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

05 January 2019

Pelajar positif dadah tinggi di Sarawak


KUCHING: Hasil pemeriksaan saringan air kencing di 191 sekolah di kawasan berisiko tinggi di Sarawak — sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, rekod ini menunjukkan pelajar sekolah menengah positif dadah di Sarawak setakat Oktober 2018 mencatatkan jumlah tertinggi di Malaysia.

Zulkifli menyebut kawasan berisiko itu melibatkan Gita, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Zulkifli pada sidang media semasa melawat tapak baharu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo pada Jumaat berkata, AADK mendapati kebanyakan pelajar positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau meletakkan situasi ini amat membimbangkan kerana melibatkan remaja bawah umur 18 tahun.
Zulkifli berkata, mereka yang positif ini terus dipantau serta diberikan kaunseling dari semasa ke semasa oleh guru terlatih.

Pelajar terbabit juga menjalani saringan air kencing sehingga dipastikan bebas salah guna dadah.
AADK menurut Zulkifli terus memperkasa saringan di sekolah yang dikenal pasti berisiko bagi membanteras salah guna dadah dalam kalangan pelajar. 
Sumber: Sarawak Voice
#perangidadahhabishabisan

#pencegahandadahbermuladarirumah

#komunitikitatanggungjawabkita

#sayangiMalaysiaku
 

03 January 2019

Kanak-Kanak Antara 13 Dikesan Menagih Dadah Di Hotel Bajet!


Kredit video: Segmen Berita Tempatan Buletin Utama TV3 (2 Januari 2019)


#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

01 January 2019

HOTLINE AADK


 
#perangidadahhabishabisan
#pencegahandadahbermuladarirumah
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku

SELAMAT TAHUN BARU 2019


Semoga tahun baru ini memberi rahmat & kejayaan untuk kita semua.


#perangidadahhabishabisan

#pencegahandadahbermuladarirumah

#komunitikitatanggungjawabkita

#sayangiMalaysiaku

Selamat Tahun Baru 2018

Selamat Tahun Baru 2018
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya