#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

05 January 2019

Pelajar positif dadah tinggi di Sarawak


KUCHING: Hasil pemeriksaan saringan air kencing di 191 sekolah di kawasan berisiko tinggi di Sarawak — sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, rekod ini menunjukkan pelajar sekolah menengah positif dadah di Sarawak setakat Oktober 2018 mencatatkan jumlah tertinggi di Malaysia.

Zulkifli menyebut kawasan berisiko itu melibatkan Gita, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

Zulkifli pada sidang media semasa melawat tapak baharu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo pada Jumaat berkata, AADK mendapati kebanyakan pelajar positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau meletakkan situasi ini amat membimbangkan kerana melibatkan remaja bawah umur 18 tahun.
Zulkifli berkata, mereka yang positif ini terus dipantau serta diberikan kaunseling dari semasa ke semasa oleh guru terlatih.

Pelajar terbabit juga menjalani saringan air kencing sehingga dipastikan bebas salah guna dadah.
AADK menurut Zulkifli terus memperkasa saringan di sekolah yang dikenal pasti berisiko bagi membanteras salah guna dadah dalam kalangan pelajar. 
Sumber: Sarawak Voice
#perangidadahhabishabisan

#pencegahandadahbermuladarirumah

#komunitikitatanggungjawabkita

#sayangiMalaysiaku
 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya