#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

26 February 2019

Poster Sambutan Bulan Antidadah Kebangsaan 2019


Tema bagi Sambutan Bulan Antidadah peringkat kebangsaan tahun 2019 ialah "Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita".





Perhatian ibubapa dan didikan awal di rumah dapat mengelakkan anak-anak kita dari terjerumus.Oleh itu, luangkanlah masa bersama mereka, ambil tahu rakan di sekeliling anak-anak kita supaya mereka tahu kita menyayangi mereka. Maklumkan kesan & kesengsaraan yang bakal terjadi jika mengambil bahan larangan tersebut.


#komunitikitatanggungjawabkita
#perangidadahhabishabisan
#pencegahanbermuladarirumah
#hadk2019


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

23 February 2019

Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Kebangsaan 2019 & Program Fun Ride Against Drugs

YB Datuk Mohd Azis bin Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri malam tadi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Kebangsaan 2019 dan Program Fun Ride Against Drugs di Dataran Putrajaya.

Seramai 2,500 peserta menyertai Program Fun Ride Against Drugs sejauh 33 km dan 10 km. YB Timbalan Menteri Dalam Negeri turut bersama menyertai acara kayuhan sejauh 10 km.

Bulan Antidadah Kebangsaan bertemakan ‘Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita’ adalah usaha berterusan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang membawa mesej pengamalan budaya hidup sihat selain memperkasa peranan dan tanggungjawab komuniti membantu untuk pencegahan awal.

Hadir ialah YBhg Dato Seri Alwi bin Hj Ibrahim, KSU KDN.








#perangidadahhabishabisan

#pencegahandadahbermuladarirumah

#komunitikitatanggungjawabkita

#sayangiMalaysiaku


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
 

14 February 2019

Hari Terbuka Agensi Antidadah Kebangsaan




LIVE MHI Sempena Bulan Antidadah 2019, AADK akan membuat HARI TERBUKA ANTIDADAH KEBANGSAAN

19 Februari 2019
SELASA
9:00 pagi - 2:00 petang
di Klinik Cure & Care Sg Besi Kuala Lumpur

Pelbagai acara diadakan.


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

13 February 2019

RUANG BICARA - Dadah Musuh Negara








Dadah Musuh Negara - DS Ketua Pengarah AAADK Dalam Ruang Bicara BERNAMA 502 pada 12 Februari 2019.




#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

12 February 2019

HOTLINE AADK 24 JAM


Nak buat aduan tentang aktiviti penagihan dadah di kawasan anda ?

Hubungi Pusat Gerakan Hotline AADK di talian tetap  atau whatsapp di talian mudah alih.  

Sila  Whatsapp : 019-6262 233 (24 Jam) / KLIK Pusat Gerakan Hotline AADK atau


hubungi Telefon : 03-8911 2233 (Ibu Pejabat)





#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

RUANG BICARA 502 BERNAMA


Saksikan RUANG BICARA bersama tetamu khas YDH CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan dengan topik "KOMUNITI KITA TANGGUNGJAWAB KITA" sempena BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 2019.

12 Februari 2019
Selasa, 9:00 malam.
Saluran BERNAMA 502.




#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

Kanada Dah Guna Lama Dah Ganja!



Betul tuan-puan, Kanada bukan sahaja telah mengiktiraf ganja untuk kegunaan perubatan, malah untuk tujuan rekreasi juga. Tapi benarkah dengan legalisasi ini membuktikan yang marijuana berkesan untuk merawat penyakit?

Dalam bidang perubatan, kebiasaannya akan ada panduan untuk pemilihan rawatan bagi sesuatu penyakit. Panduan ini dipanggil sebagai CLINICAL PRACTICE GUIDELINE (CPG). Ia adalah satu dokumen yang ditulis oleh sekumpulan pakar dalam bidang bagi menilai bukti-bukti sedia ada tentang rawatan tersebut.

Pada bulan Febuari 2018, Canadian Family Physician telah mengeluarkan untuk para doktor mempeskrib marijuana bagi tujuan perubatan. Canggih kan? Sekiranya anda berminat, boleh baca dokumen tersebut di pautan ini:

http://www.cfp.ca/content/cfp/64/2/111.full.pdf

Sebelum saya tunjuk apa yang tertulis di dalam CPG tersebut, ingat beberapa perkara ini. Pertama, Kanada MENGIKTIRAF dan MELULUSKAN penggunaan marijuana untuk bidang perubatan. Kedua, dokumen ini disediakan oleh ahli-ahli profesional kesihatan di Kanada sendiri.

Jelas?


Berikut adalah beberapa 'highlights' dari dokumen tersebut:-
  1. "General recommendation: We recommend AGAINST use of medical cannabinoids for most medical conditions owing to lack of evidence of benefit and known harms (strong recommendation)".  Penggunaan marijuana TIDAK DICADANGKAN bagi majoriti penyakit kerana KEKURANGAN BUKTI dan RISIKO.
  2. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan sakit akut.
  3. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan sakit kepala.
  4. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan kesakitan rheumatologi.
  5. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan kesakitan neuropathic.
  6. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan kesakitan disebabkan kanser/paliatif.
  7. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan loya dan muntah umum.
  8. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan loya dan muntah semasa mengandung.
  9.  TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan first-line dan second-line loya dan muntah akibat kemoterapi.
  10. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan penyakit spastik am.
  11. TIDAK DICADANGKAN untuk rawatan penyakit spastik akibat dari kecederaan saraf tunjang atau multiple sclerosis (MS).

Wah! Negara yang halalkan marijuana perubatan pun sebenarnya tak cadangkan penggunaannya! Jadi tak salahlah jika ada negara yang tak benarkan penggunaannya. Kerana ia tidak terbukti secara saintifik berkesan seperti yang diwar-warkan.

Apa yang dicadangkan dalam CPG tersebut adalah menggunakan medical marijuana hanya sebagai RAWATAN TAMBAHAN dalam rawatan kesakitan neuropathic, kesakitan paliatif, loya dan muntah akibat kemoterapi dan spastik bagi pesakit MS atau yang cedera saraf tunjang sekiranya rawatan sedia ada tidak berkesan. Rujuk gambar yang di bawah.


Itu pun yang dicadangkan adalah penggunaan NABILONE atau NABIXIMOLS. Produk ini rasanya boleh didaftarkan di dalam Malaysia berasaskan akta sedia ada. CPG juga MENOLAK penggunaan marijuana dalam bentuk yang dihisap.

Kesimpulan yang ditulis dalam dokumen tersebut berbunyi begini:

"The evidence for medical cannabinoids is unfortunately sparse in many areas and very frequently downgraded by serious bias, limiting the ability to provide clear guidance. Overall, the PGC believed that medical cannabinoids are not recommended for most patients and conditions by far."

Ia sama dengan pendirian majoriti ahli profesional kesihatan di sini. Bukti keberkesanan marijuana perubatan adalah tidak kuat dan ia tidak dicadangkan untuk majoriti pesakit atau penyakit setakat ini.

Dengarlah cakap pakar-pakar di Kanada jika tak mahu dengar cakap pakar di Malaysia.

Sumber:
Fahmi Hassan
Pharmacist
fahmihassan.net
fb.com/fahmiabad
twitter.com/fahmibinhassan


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#HADK2019

11 February 2019

Al-Quran adalah penyembuh


Semoga bermanfaat dan memberi kesembuhan buat mereka yg mengamalkannya. Tidak kira apa jua penyakit dan masalah ketagihan dadah boleh mencuba. Al-Quran adalah penyembuh dengan izin Allah... sayangilah diri kita agar dapat bebas dari masalah dadah ini...  Moga2 memberi kesembuhan buat mereka semua...


Kembara Jelajah Zon Timur HADK2019



10 February 2019

Program Kembara Antidadah

10 Februari 2019, Kuantan - Program Kembara Antidadah diteruskan pada hari kedua yang diketuai oleh YDH CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK bersama pasukan bermotor hadir ke Pusat Integrasi Klien (PIK) Kuantan bagi mengadakan sesi ramah mesra bersama residen dan alumni PIK Kuantan.

Seterusnya YDH CP Dato' Sri Ketua Pengarah menyampaikan amanat kepada pegawai dan kakitangan AADK agar khidmat tenaga dan sokongan serta bantuan semua pegawai amat diperlukan secara berterusan agar semua klien dapat dibantu dalam usaha kepulihan secara total kepada klien yang mendapatkan perkhidmatan di AADK.
















09 February 2019

Malam Apresiasi

9 Februari 2019, Kuantan - AADK Negeri Pahang telah menganjurkan program Malam Apresiasi bagi tujuan menghargai bantuan dan sokongan yang diberikan oleh Rakan Pintar dan Rakan Strategik di Negeri Pahang bertempat di Dewan Sri Mahkota, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang. Program ini dirasmikan oleh YDH CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK serta turut hadir bersama pasukan bermotor kembara antidadah, Skuad AADK dan media.
Ketua Pengarah AADK turut menyempurnakan program dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Rakan Pintar dan Rakan Strategik yang hadir.

















Program Kembara Perdana Antidadah Zon Pantai Timur

9 Februari 2019, Kuantan - Pasukan bermotosikal Program Kembara Perdana Antidadah Zon Pantai Timur yang diketuai oleh YDH CP Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK meneruskan program bersama Sukarelawan (SKUAD) AADK Negeri Pahang di Pantai Teluk Cempedak. Antara pengisian program ini adalah pelancaran gimik dan perasmian papan tanda PDH Teluk Cempedak dan edaran risalah dan pamphet kesedaran awam tentang bahaya dadah kepada masyarakat awam. 

Terima kasih juga diucapkan kepada Dato' Mohd Yusri bin Mat Nor, Pengerusi Skuad AADK Negeri Pahang kerana turut memberi sokongan kepada AADK dalam kempen perangi dadah habis-habisan dan tema bulan antidadah "komuniti kita tanggungjawab kita" dapat difahami dengan lebih berkesan.

  
  




 







Program Kembara Perdana Antidadah di ibu pejabat AADK



Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengenal pasti petempatan Felda, Program Perumahan Rakyat dan perkampungan nelayan sebagai antara kawasan berisiko tinggi penyalahgunaan dadah. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata usaha mendidik pemimpin komuniti di kawasan terbabit giat dilaksanakan di bawah kempen Perangi Dadah Habis-habisan (PDH) yang bertujuan memerangi najis dadah di negara ini. 

 "Ini bagi membolehkan mereka kenal pasti masalah dan memberi ilmu termasuk dari segi kaunseling serta (pengetahuan mengenai) pusat pemulihan," katanya kepada pemberita selepas Program Kembara Perdana Antidadah di ibu pejabat AADK, di sini hari ini. 

AADK sebelum ini berkata terdapat 178 kawasan berisiko tinggi aktiviti dadah di seluruh negara. Mengulas lanjut, beliau berkata ada keperluan bagi AADK merangka modul baharu program pendidikan dan pencegahan bagi memastikan golongan remaja termasuk pelajar sekolah menjauhi dadah.


Otak biul angkara syabu


KUALA LUMPUR: Otak jadi sewel pada usia masih muda. Itu antara musibah dihadapi ramai remaja sekolah yang terjebak dengan penagihan dadah methamphetamine atau syabu.

Lebih menggusarkan apabila jumlahnya kini kian meningkat saban tahun. Seorang penagih muda, Muhammad Ishak (bukan nama sebenar), 17 mendakwa terjebak dengan penagihan dadah syabu selepas diperkenalkan kepada seorang tokan dadah yang memberinya bekalan syabu percuma pada peringkat awal.

Dia yang menetap di Ampang Jaya, Selangor, mendakwa ditawarkan syabu di tepi padang permainan sebelum dadah itu dikongsi bersama rakan sebaya lain.


“Mulanya saya hanya ambil dos kecil, tetapi lama kelamaan dos syabu semakin meningkat. Emosi rasa teruja sentiasa...gembira tanpa sebab, malah kami akan ketawa berdekah-dekah tanpa punca.

“Saya akan mengalami halusinasi hingga sampai satu tahap ada suara halus seperti wanita yang membisikkan kata-kata di telinga,” kata pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Ampang Jaya di sini.

Bukan itu saja, kesan syabu itu menyebabkan dia seolah-olah melihat benda yang mustahil dan tidak wujud di alam nyata.

“Saya kerap ponteng sekolah dan tidak dapat menumpukan pelajaran di kelas. Otak ketika itu sudah jadi biul kerana fikirkan keseronokan dadah sepanjang masa.

“Jika tidak dapat bekalan (syabu), saya akan jadi gelisah dan agresif. Saya pernah menumbuk adik yang baru berusia lima tahun tanpa sebab.

“Mujur ahli keluarga dapat menghidu tingkah laku aneh saya sebelum saya dihantar ke Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) untuk menjalani rawatan. Pada masa sama saya turut dihantar ke Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan gejala sakit mental kesan dadah diambil selama hampir lapan bulan itu,” katanya yang kini mulai pulih dan masih menerima rawatan susulan dan pemantauan CCRC.

Sementara itu, seorang lagi penagih muda yang mahu dikenali Padli, 17, mengaku terjebak dadah syabu sejak dua tahun lalu.

Dia yang menuntut di Kuching, Sarawak, mengaku mula mengenali dadah apabila dipujuk rakan sekolah yang sebelum ini pernah mencuba ekstasi dan ganja.

“Selepas beberapa kali dipujuk, saya terpengaruh dan menikmati syabu bersama mereka dan kesannya berasa aktif keterlaluan dan cergas tanpa rasa penat. Malah, saya pernah tidak tidur lebih 24 jam penangan dadah syabu,” katanya.

Padli berkata, ketagihan dadah menyebabkan dia tidak ke sekolah kerana masanya lebih banyak dihabiskan bersama rakan-rakan penagih.

“Akibat sering tidak hadir ke sekolah, saya dibuang sekolah. Malah, usaha ibu bapa saya memujuk saya supaya bersekolah semula juga gagal kerana saya tidak minat lagi belajar.

“Saya juga pernah ditahan oleh pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) sebelum ini, namun dibebaskan dengan jaminan ibu bapa,” katanya.

Dia yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu turut mengaku pernah mencuri duit ahli keluarganya bagi membeli syabu sebelum dikongsi bersama rakan-rakan.

“Dadah syabu agak mahal berbanding dadah lain. Namun, disebabkan kesan high luar biasa, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk mencuri motosikal dan wang milik ahli keluarga.


 

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya