#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

09 February 2019

Otak biul angkara syabu


KUALA LUMPUR: Otak jadi sewel pada usia masih muda. Itu antara musibah dihadapi ramai remaja sekolah yang terjebak dengan penagihan dadah methamphetamine atau syabu.

Lebih menggusarkan apabila jumlahnya kini kian meningkat saban tahun. Seorang penagih muda, Muhammad Ishak (bukan nama sebenar), 17 mendakwa terjebak dengan penagihan dadah syabu selepas diperkenalkan kepada seorang tokan dadah yang memberinya bekalan syabu percuma pada peringkat awal.

Dia yang menetap di Ampang Jaya, Selangor, mendakwa ditawarkan syabu di tepi padang permainan sebelum dadah itu dikongsi bersama rakan sebaya lain.


“Mulanya saya hanya ambil dos kecil, tetapi lama kelamaan dos syabu semakin meningkat. Emosi rasa teruja sentiasa...gembira tanpa sebab, malah kami akan ketawa berdekah-dekah tanpa punca.

“Saya akan mengalami halusinasi hingga sampai satu tahap ada suara halus seperti wanita yang membisikkan kata-kata di telinga,” kata pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Ampang Jaya di sini.

Bukan itu saja, kesan syabu itu menyebabkan dia seolah-olah melihat benda yang mustahil dan tidak wujud di alam nyata.

“Saya kerap ponteng sekolah dan tidak dapat menumpukan pelajaran di kelas. Otak ketika itu sudah jadi biul kerana fikirkan keseronokan dadah sepanjang masa.

“Jika tidak dapat bekalan (syabu), saya akan jadi gelisah dan agresif. Saya pernah menumbuk adik yang baru berusia lima tahun tanpa sebab.

“Mujur ahli keluarga dapat menghidu tingkah laku aneh saya sebelum saya dihantar ke Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) untuk menjalani rawatan. Pada masa sama saya turut dihantar ke Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan gejala sakit mental kesan dadah diambil selama hampir lapan bulan itu,” katanya yang kini mulai pulih dan masih menerima rawatan susulan dan pemantauan CCRC.

Sementara itu, seorang lagi penagih muda yang mahu dikenali Padli, 17, mengaku terjebak dadah syabu sejak dua tahun lalu.

Dia yang menuntut di Kuching, Sarawak, mengaku mula mengenali dadah apabila dipujuk rakan sekolah yang sebelum ini pernah mencuba ekstasi dan ganja.

“Selepas beberapa kali dipujuk, saya terpengaruh dan menikmati syabu bersama mereka dan kesannya berasa aktif keterlaluan dan cergas tanpa rasa penat. Malah, saya pernah tidak tidur lebih 24 jam penangan dadah syabu,” katanya.

Padli berkata, ketagihan dadah menyebabkan dia tidak ke sekolah kerana masanya lebih banyak dihabiskan bersama rakan-rakan penagih.

“Akibat sering tidak hadir ke sekolah, saya dibuang sekolah. Malah, usaha ibu bapa saya memujuk saya supaya bersekolah semula juga gagal kerana saya tidak minat lagi belajar.

“Saya juga pernah ditahan oleh pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) sebelum ini, namun dibebaskan dengan jaminan ibu bapa,” katanya.

Dia yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu turut mengaku pernah mencuri duit ahli keluarganya bagi membeli syabu sebelum dikongsi bersama rakan-rakan.

“Dadah syabu agak mahal berbanding dadah lain. Namun, disebabkan kesan high luar biasa, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk mencuri motosikal dan wang milik ahli keluarga.


 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya