#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

27 August 2019

Pemulihan Dadah Secara Sukarela di Klinik Cure & Care



Klinik Cure & Care menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. 

Perkhidmatan ini lebih terbuka kepada semua golongan sasar sama ada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah.  Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik Cure & Care adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan (2 Tahun). 

Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah, pelajar kolej/Universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.

Konsep

Penagih Sebagai Pesakit
- Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit

Open Access Service
- Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.

Tiada Prasyarat

Prinsip kemasukan klien ke Klinik Cure & Care adalah:
• Sukarela
• Tiada Pra-syarat

Kaedah kemasukan klien:
• Datang sendiri secara sukarela
• Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dll
• Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)


Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang SUKARELA ingin mendapatkan rawatan pemulihan dadah, boleh hadir ke Klinik Cure & Care di seluruh negara atau boleh juga menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah.


#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku


Hidup ini terlalu indah untuk disiakan

Ambil Kisah. Ambil Tindakan.



10 comments:

  1. Salam...sy berniat ingin menjalani rawatan..

    ReplyDelete
  2. Selepas sambutan hari raya,InsyaAllah,sy berazam mahu hadirkan diri ke cNc sg besi

    ReplyDelete
  3. Keseorangan dan kesepian telah jatuh balik tiada seorang pun layan saya seperti manusia biasa memalukan saya pun nak hidup bebas dari pandangan mata masyarakat untuk memulihkan diri saya CCRC saja boleh membantu saya hidup penuh kecewa ta dapat di luangkan tapi niat nak hidup bebas daripada dadah yakin dalam diri saya hanya tiada orang na menerima saya

    ReplyDelete
  4. Ada x rawatan selama setahun sahaja

    ReplyDelete
  5. Sy jauh encik tp nk msk daftar. Boleh tk mntk bantuan encik pertimbangkn

    ReplyDelete
  6. Salamsjtra kpd semua,sy,pernah jalani treatment pemulihan dgn modul T.C di sungai besi beberapa tahun yg lepas, kini sy telah relaks,dan ingin kmbali utk rawatan &mencari kekuatan, bgmn solution trbaik

    ReplyDelete
  7. Is there any vacancy for student to help at cure and care centre in Karangan till September?
    Qualification
    - Bachelors in psychology, currently in sem 6 (sem break till september)

    ReplyDelete
  8. Nak tanya saya bekas pelajar cnc nak tanya berapa nom pendaftaran moto PB.salah satu pendaftaran moto boleh bagi Saya tak salah satu nombor

    ReplyDelete
  9. Kalau kita gagal lapor diri di AADK bole ke mohon ccnc?

    ReplyDelete

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya