#PerangiDadahHabisHabisan‬

#PerangiDadahHabisHabisan‬

SELAMAT DATANG..

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh

Sayangi Dirimu, Dadah Membunuh
#ambilkisahambiltindakan

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah

Sayangi Dirimu, Jauhi Dadah
#ambilkisahambiltindakan

08 October 2019

Kepulihan

" Kepulihan bukan sekadar pengurangan atau berhenti mengguna dadah semata-mata, tetapi ia melibatkan pencapaian individu dalam semua aspek kehidupan yang dilalui"


13 Prinsip Rawatan Dan Pemulihan


1.  Penagihan dadah ialah penyakit kompleks dan boleh dirawat.

2.  Pendekatan rawatan adalah berbeza mengikut jenis dadah dan ciri-ciri penagih.

3.  Kemudahan rawatan sentiasa tersedia untuk memastikan penagih pulih.

4.  Perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkesan dapat memenuhi permasalahan penagih dari aspek penggunaan dadah, psikologikal, perubatan, sosial, vokasional dan undang-undang.

5.  Tempoh rawatan yang mencukupi dan bersesuaian mengikut jenis dan tahap keparahan penagihan dan keperluan kepulihan penagih.

6.  Pendekatan terapi tingkahlaku termasuklah kaunseling individu, keluarga dan kelompok digunakan untuk merawat dan memulihkan penagih.

7.  Penggunaan ubat-ubatan seperti Methadone, Buprenorphine dan Naltrexone digabungkan dengan kaunseling dan terapi dapat membantu menstabilkan hidup dan mengurangkan penggunaan dadah.

8.  Perancangan rawatan perlu dinilai dan diubahsuai mengikut keperluan bagi memastikan ia memenuhi keperluan perubahan penagih.

9.  Kecelaruan mental perlu dirawat melalui pemberian ubat-ubatan sebelum rawatan penagihan diberikan.

10. Detoksifikasi secara perubatan merupakan langkah pertama dalam rawatan dan pemulihan penagihan.

11. Rawatan dan pemulihan secara sukarela tidak semestinya berkesan. Kaedah penguatkuasaan, tangkapan, rujukan keluarga/majikan dan perundangan dapat memberi kesan terhadap tahap kemasukan penagih, pengekalan dalam rawatan dan pemulihan dan kejayaan intervensi.

12. Penggunaan dadah semasa rawatan perlu dipantau secara berterusan.

13. Pengesanan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, Hepatitis B dan C, TB dan lain-lain perlu dilaksanakan. Perlaksanaan kaunseling dan psikopendidikan kesihatan dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit.


 Sumber: Dasar Dadah Negara



#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku





Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.

Selamat Tahun Baru 2020

Selamat Tahun Baru 2020
#ambilkisahambiltindakan

We Are Drug Free. Join Us

We Are Drug Free. Join Us
#ambilkisahambiltindakan

Selamat Hari Raya