Mengapa perlu memperingati Hari Antidadah Kebangsaan?
Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab mereka mengenai ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio-politik serta ekonomi negara. Hari ini memperingatkan kita mengenai peristiwa bersejarah pengisytiharan dadah sebagai musuh nombor satu negara pada 19 Februari 1983 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan bertujuan untuk memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab mereka mengenai ancaman bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan dan keselamatan sosio-politik serta ekonomi negara. Hari ini memperingatkan kita mengenai peristiwa bersejarah pengisytiharan dadah sebagai musuh nombor satu negara pada 19 Februari 1983 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Pengisytiharan
tersebut dibuat memandangkan bahawa:
i.
Penagihan dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik
sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya;
ii. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang
merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan; dan
iii.
Penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa boleh
mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan
seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
United
Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) telah menetapkan tema Sambutan Hari Antidadah mulai
tahun 2011 iaitu Healthy Communities
Without Drugs. Tema ini diperkenalkan sebagai menghargai penglibatan ahli
komuniti terutamanya reamaja dan belia dalam mempromosikan kesihatan dan
kesejahteraan di dalam komuniti. Ini adalah sejajar dengan seruan kempen
tersebut iaitu ”we all can play a role in
promoting health in our communities”.
Program kesukarelaan.
Dalam konteks pencegahan dadah di Malaysia, peranan
remaja dan belia dalam membantu kerajaan untuk memerangi masalah dadah tidak
boleh dinafikan. Pelbagai program antidadah telah dilaksanakan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran remaja dan belia. Matlamat program-program
tersebut diadakan adalah untuk membantu mereka mempunyai jati diri yang tinggi
untuk menolak gejala dadah.
Program berbentuk kesukarelaan telah pun dilaksanakan
sejak tahun 2008 dengan pembentukan program Rakan Antidadah (RADA). Pada tahun
2011, salah satu komitmen YB Menteri Dalam Negeri adalah menggerakkan Gelombang
Kesukarelaan. Komitmen ini turut dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan
dengan pengwujudan SKUAD 1Malaysia. SKUAD 1Malaysia merupakan gabungan semua
sukarelawan antidadah di bawah satu payung iaitu Jawatankuasa Rawatan dan
Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat, rakan Antidadah (RADA),
Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH), Persatuan Alumni Agensi Antidadah
Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Matlamat utama penubuhan SKUAD 1Malaysia adalah supaya
semua sukarelawan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan
khususnya dalam menangani masalah dan ancaman dadah.
Objektif.
- Menimbulkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat
terutamanya kepada golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap
kesihatan dan kesejahteraan.
- Menggerakkan SKUAD 1Malaysia dan ahli komuniti dalam
memerangi masalah dadah dalam komuniti mereka.
- Menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan terkini
kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah.
SKUAD
1Malaysia, Sukarelawan Prihatin.
Sesuai dengan perkembangan gelombang kesukarelaan ini, Sambutan
Peringatan Hari Antidadah
Kebangsaan 2012 telah menetapkan
tema pada tahun ini sebagai SKUAD
1Malaysia, Sukarelawan Prihatin. Langkah ini diambil bagi menghargai
sumbangan dan peranan semua sukarelawan antidadah dalam mempromosikan kesihatan
dan kesejahteraan di dalam komuniti. Ini juga adalah selaras dengan konsep
Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Secara tidak
langsung, perkhidmatan yang diberikan oleh ahli-ahli skuad juga mestilah boleh
dirasai oleh rakyat, mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Cabaran
Menanti.
Dalam kita menggerakkan SKUAD 1Malaysia, matlamat utama yang
hendak dicapai adalah untuk mewujudkan komuniti bebas dadah. Perkara ini tidak
mustahil untuk dicapai jika ahli sukarelawan antidadah dan semua lapisan
masyarakat bersatu dan bergerak dengan satu langkah dan tujuan iaitu dengan
cara membantu klien (pengguna dan penagih dadah) dan ahli keluarga mereka
menghadapi masalah dadah, menyampaikan maklumat dan kesedaran mengenai bahaya
dadah kepada kesihatan dan memberikan sokongan emosi kepada mereka yang menjadi
mangsa bencana alam atau kemalangan.
Ayuh sertai SKUAD 1Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-89112406 / 2415. Atau emel ke pencegahan@adk.gov.my.
"SKUAD 1Malaysia, Sukarelawan Prihatin"
**Artikel ini merupakan hak milik nodrugplease.blogspot.com. Semua bahagian dalam artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara,kecuali dengan kebenaran bertulis Agensi Antidadah Kebangsaan.