Pada tarikh 17 Februari 2016, YB Dato’ Razali Bin Ibrahim, Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan satu program yang
dinamakan Oil Palm For Life (OPAL).
Program ini melibatkan
kerjasama pihak AADK, FELDA, EPU dan NGO untuk menempatkan klien-klien
AADK bekerja di dalam kawasan FELDA dengan persekitaran yang kondusif
selari dengan keperluan kepulihan klien.
Pihak AADK sedang mencari calon-calon Klien AADK yang berminat untuk menyertai Program OPAL yang dijangka
akan bermula pada 16 Mei 2016 (Isnin) bagi sesi pengambilan pertama
iaitu seramai 40 orang Klien AADK yang akan ditempatkan di FELDA
Serting, Jempol Negeri Sembilan.
Klien AADK yang berminat boleh emelkan maklumat ke kv@adk.gov.my dengan
mengisi borang pendaftaran selewat-lewatnya pada 11 Mei 2016 (Rabu).
Borang pendaftaran boleh didapati daripada pejabat AADK Daerah yang
berhampiran.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Encik Nik Azman Bin Abdullah di talian 03-89112477.
#DadahKesannyaMembinasakan
#PerangiDadahHabisHabisan
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.