USIM, Nilai,13 November 2017: Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan
2017 kali ini menggabungkan 2 program utama serentak iaitu Konvensyen
Penyelidikan Dadah Kebangsaan dan Seminar Masyarakat Pemangkin
Kepulihan.
Program ini disertai oleh ahli sukarelawan AADK
dalam bidang rawatan dan pemulihan dadah yang mewakili 1,626 orang ahli
Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), 928 orang Ahli Jawatankuasa Caring
Community House (CCH) dan 323 orang Ahli Lembaga Pelawat Pusat Penagihan
Narkotik (ALP) seluruh Malaysia.
Penganjuran konvensyen ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan
untuk menggerakkan penglibatan semua pihak dalam membantu kerajaan
membanteras gejala dadah secara habis-habisan dan penglibatan
sukarelawan dalam kerja-kerja pemulihan dadah.
Pada akhirnya,
masyarakat akan mengambil tanggungjawab serta memberikan komitmen dari
segi masa, tenaga serta wang ringgit bagi menyelamatkan anak bangsa
daripada dihancurkan oleh perangkap dadah.
#negaraku
#perangidadahhabishabisan
#konvensyenPDH2017
#negaraku
#perangidadahhabishabisan
#konvensyenPDH2017
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.