Klinik Cure & Care menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
Perkhidmatan ini lebih terbuka kepada semua golongan sasar sama ada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah. Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik Cure & Care adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan (2 Tahun).
Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah, pelajar kolej/Universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.
Konsep
Penagih Sebagai Pesakit
- Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit
Open Access Service
- Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.
Tiada Prasyarat
Prinsip kemasukan klien ke Klinik Cure & Care adalah:
• Sukarela
• Tiada Pra-syarat
Kaedah kemasukan klien:
• Datang sendiri secara sukarela
• Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga, pasangan, rakan, majikan dll
• Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Tiada sebarang bayaran akan dikenakan.
Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau sesiapa sahaja yang SUKARELA ingin mendapatkan rawatan pemulihan dadah, boleh hadir ke Klinik Cure & Care di seluruh negara atau boleh juga menghubungi nombor telefon yang tertera di bawah.
#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#sayangiMalaysiaku
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.