1 Julai 2010: Perkhidmatan rawatan dan pemulihan penagihan dadah telah melalui satu transformasi di mana kaedah open access services diperkenalkan bagi mendekati masyarakat yang mempunyai permasalahan berkaitan dadah. Ia terbuka kepada semua golongan masyarakat dan perkhidmatan adalah secara sukarela, percuma, tidak melibatkan undang-undang dan maklumat anda adalah dirahsiakan.
Klien-klien kami akan ditawarkan dengan 3 jenis pakej yang menarik meliputi Pakej 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan. Pakej ini dipenuhi dengan program seperti;
- Penilaian Psikososial (ASSIST)
- Stabilisasi / detoksifikasi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Pendidikan Pencegahan Relapse
- Kelompok Sokongan Sosial dan 12 Step Meeting
- Program Co-Dependence
- Rawatan Terapi Gantian (Methadone)
- Rawatan Perubatan
- Rujukan dan Advokasi
- Bimbingan Agama dan Spiritual
Sila hubungi Klinik Cure & Care 1Malaysia untuk maklumat lanjut:
Sg Besi, KL : 03-90562997 / 2945 / 2960
Sg Besi, KL : 03-90562997 / 2945 / 2960
Tampoi, Johor : 07-2361711
Papar, Sabah : 088-912893
Bukit Mertajam, Pulau Pinang : 04-5386922 / 9928
Kuching, Sarawak : 082-612411 / 612412
Kota Bharu, Kelantan : 09-7717350 / 357
"kami perihatin kami sedia membantu"