Lamanya terpisah
Kini tibalah masanya
Kita bergembira bersama
Suasana riang ria hari raya
Sempena Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, ucapan selamat Hari Raya dari rakan dan taulan sampai melalui emel, sms, FB, twitter dan macam-macam lagi.. Apa kata, sambil kita count down hari raya, sambil menyudahkan tugas-tugas akhir sebelum mengambil cuti, atau dalam kita sibuk menyediakan keperluan hari lebaran, kita lihat hasil kreativiti kad raya dan boleh bagi undi mana satu paling kreatif..
|
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira
|
|
Pohon saga juntainya berayun;
Dibuat galah mengait timba;
Timba berada di dalam paya;
Warga Rawatan Perubatan memohon ampun;
Silap dan salah jangan dicela;
Moga bahagia di Hari Raya
Buah kedudu dibuat tepung;
Untuk berjimat di Hari Raya;
Bila memandu pulang ke kampung;
Sentiasa berhemah di jalan raya
|
tumbs up untuk semua yang menggunakan kemudahan IT untuk ucapan Hari Raya tahun ini.. jimat dan mudah.. yang penting mesej sampai !!!
so, mana satu pilihan anda??
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin..
hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
mana-mana yang suka tu just pilih jer... tak de hadiah pon, semangat nak raya..
ReplyDeleteKad raya dari Cawangan Agama dan Pembangunan Insan... sngat kreatif.
ReplyDeletememang.. setuju!!
Deletepencegahan terbaek
ReplyDeleteehemmm.. Cat pilih BTM dan AADK Temerloh lagi..
Delete