Pasir Mas, 20 Julai : KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Pasir Mas, Kelantan pada 3 Julai yang lalu . Turut hadir ke majlis tersebut Tengku Mahkota Kelantan, Ketua Hakim Negara, Pegawai-pegawai Istana, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Kakitangan Awam/Swasta serta seramai 2,000 orang awam. Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan dan AADK Daerah Pasir Mas terlibat secara langsung dengan mengadakan pameran antidadah bersempena dengan Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas Negeri Kelantan Darul Naim.
Selain AADK, pihak agensi kerajaan dan swasta juga turut sama mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam kemeriahan program tersebut, KDYMM Sultan Muhammad Ke V turut mencemar duli melawat gerai pameran AADK. Promosi SKUAD 1Malaysia dan penerangan perkhidmatan yang disediakan AADK merupakan tarikan utama pengunjung untuk menghadiri gerai pameran AADK.
Diharapkan dengan diadakan pameran seperti ini pengunjung mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan. Di samping itu pengunjung juga dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya dadah seterusnya mewujudkan masyarakat yang mengamalkan dan meneruskan gaya hidup sihat tanpa dadah.
Gambar-gambar di sekitar lawatan..
Persiapan Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Pasir Mas, Kelantan |
KDYMM Sultan Kelantan , Sultan Muhammad Ke V bersama-sama Tengku Mahkota Kelantan di Teniat Diraja |
Di antara pengunjung Booth Pameran AADK mengisi Keahlian Skuad 1Malaysia |
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Bin Zakaria mengiringi KDYMM Sultan Muhammad Ke V mencemar duli melawat Booth pameran pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan swasta |
KDYMM Sultan Muhammad Ke V mencemar duli melawat booth pameran AADK |
KDYMM Sultan Muhammad Ke V memperkatakan sesuatu kepada pegawai-pegawai AADK |
Think Health, not Drugs
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan.....
No comments:
Post a Comment