Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang pada 30 hingga 31 Mac 2013 (Sabtu hingga Ahad), bertempat di Dataran Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.
Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaacob.
Program berbentuk mini karnival ini disertai oleh sebanyak 35 jabatan kerajaan dan beberapa NGO seperti AADK, LPPKN, Jabatan Kesihatan, PTPTN, Jabatan Penerangan, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di booth pameran AADK adalah:
i. Pendaftaran Ahli SKUAD 1Malaysia
ii.Kaunter LIKE FACEBOOK dan TWITTER AADK Malaysia dan SKUAD 1Malaysia
iii.Kaunter Khidmat Nasihat & Aduan
iv.Permainan Dam Ular dan Kuiz Antidadah
v.Permainan lantun bola pingpong dalam cawan
vi.Pemeriksaan kesihatan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari CCRC Gambang
Perasmian
oleh Menteri Besar Pahang
Penyampaian cenderahati oleh Pengarah AADK Negeri Pahang
kepada Menteri Besar Pahang semasa lawatan ke Booth Pameran AADK
Pemeriksaan kesihatan oleh Penolong Pegawai Perubatan CCRC Gambang
Menteri
Besar Pahang sedang beraksi di permainan ‘Sasarkan Gol’
Pendaftaran
Ahli SKUAD 1Malaysia
Penerangan
di Bas Pameran oleh kakitangan yang bertugas
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan seramai 5000 orang pengunjung yang hadir.
hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
No comments:
Post a Comment