29 July 2013
23 July 2013
Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab
Mengapa ia satu tanggungjawab?
· Masalah dadah masalah semua.
Dadah
tidak mengenal mangsanya. Ia tidak mengenal warna kulit, agama, latar belakang
dan fahaman politik. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan
diri dan ahli keluarga tidak terlibat dengan masalah dadah.
· Kesan dadah sangat memudaratkan.
Jenis
dadah yang disalahgunakan pada masa kini telah berubah berbanding jenis dadah
tradisional seperti ganja dan heroin. Dadah jenis stimulan seperti syabu dan ecstacy boleh menyebabkan seseorang
bertindak sangat agresif dan di luar kawalan. Jika tidak dibendung, ia sudah
tentu akan memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.
· Selamatkan
kanak- kanak dan remaja. Mereka harapan masa depan.
Kita
perlu melindungi golongan kanak-kanak dan remaja kerana mereka mudah terdedah
dengan risiko penagihan dadah. Ini adalah kerana mereka suka mencuba perkara
baru yang mungkin membahayakan diri. Sikap tidak prihatin dan tidak ambil
peduli terhadap kanak-kanak dan remaja akan menyebabkan mereka hilang pedoman
dan mudah terpengaruh dengan nilai-nilai yang negatif.
· Komuniti sejahtera di tangan anda.
Inginkan kesejahteraan di dalam persekitaran anda? Tiada orang lain yang boleh menyediakannya kecuali anda sendiri. Mulakan sekarang!
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
Hari Antidadah Antarabangsa 2013
Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2013 telah disambut meriah tahun ini dengan kehadiran 4,388 orang di Dewan Plenari, PICC. 3,550 orang dari jumlah peserta yang hadir merupakan ahli SKUAD 1Malaysia dari seluruh negara. Manakala bakinya merupakan sukarelawan dari Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta pegawai dan kakitangan AADK.
Objektif Sambutan.
1. Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan remaja dan belia mengenai kesan dadah terhadap kesihatan dan kesejahteraan.
2. Menggerakkan SKUAD 1Malaysia dan ahli komuniti dalam mengatasi masalah dadah d kawasan masing-masing.
3. Menyampaikan maklumat perkhidmatan terkini kerajaan dalam bidang rawatan dan pemulihan penagihan dadah.
Aktiviti yang disediakan.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program sambutan tersebut. Antaranya adalah pameran oleh SKUAD 1Malaysia negeri Selangor, Perak, Terengganu, Johor dan Melaka. Di samping itu, pameran jualan produk turut diadakan. Booth fun games juga telah mendapat perhatian dari ahli-ahli SKUAD 1Malaysia.
Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis nasyid terkenal iaitu Nowseeheart, Juara AADK Idol dan Drug Free Youth Association. Di samping itu, Pertandingan Spontan Gwiyomi turut diadakan dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para peserta.
Pameran Perkhidmatan AADK.
Hari Antidadah Antarabangsa 2013 telah diwarnakan dengan pameran perkhidmatan AADK seperti cure and care, SKUAD 1Malaysi dan Drugs Free Zone. Pameran Drugs Free Zone adalah pertama kali diperkenalkan kepada umum iaitu dengan tujuan untuk memberi maklumat dan informasi kepada pengunjung yang hadir mengenai perkhidmatan Pengesanan dan Pengawasan.
Ucapan Pelancaran YB Dato' Seri Menteri Dalam Negeri.
Hari Antidadah Antarabangsa pada tahun ini adalah sangat berjaya dari segi penganjurannya. Semangat dan moral ahli-ahli SKUAD 1Malaysia yang tinggi ternyata memeriahkan suasana sambutan. Dewan Plenari telah digamatkan dengan sorakan dan laungan antidadah oleh ahli SKUAD 1Malaysia terutama apabila YB Menteri Dalam Negeri membuat ucapan pelancaran.
YB Menteri Dalam Negeri telah melakar sejarah memberi ucapan yang sangat bermakna dan membakar semangat remaja dan belia yang hadir pada hari tersebut. Ia merupakan ucapan spontan dan dari 'hati' serta sangat bertepatan dengan tema sambutan pada kali ini. Ia juga terbukti apabila setiap patah perkataannya mendapat tepukan dan sorakan dari seluruh peserta yang hadir. YB menteri Dalam Negeri turut memberi semangat kepada semua ahli SKUAD 1Malaysia agar menjadi sukarelawan antidadah dan membantu AADK terutamanya klien yang terlibat dengan masalah dadah.
Tema.
Tema Hari Antidadah Antarabangsa 2013 adalah "Kesukarelaan Bukan Pilihan, Ia Satu Tanggungjawab". Tema ini telah digunakan sejajar dengan pelancaran tahun 2013 sebagai tahun kesukarelaan negara oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Tema ini dipilih sebagai satu galakkan kepada semua remaja dan belia untuk terlibat dengan kerja-kerja sukarela terutamanya yang melibatkan permasalahan dadah. Di dalam keadaan masyarakat sekarang yang banyak berlakunya masalah sosial dan gejala negatif, adalah lebih baik kita melibatkan golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti yang positif dan berfaedah agar mereka tidak menyumbang ke arah meningkatkan masalah sosial sedia ada.
Baca lanjut mengenai kesukarelaan bukan pilihan, ia satu tanggungjawab di sini...
http://nodrugplease.blogspot.com/2013/07/kesukarelaan-bukan-pilihan-ia-satu.html
Pelancaran Kempen Antidadah Baharu.
Di majlis ini juga kempen antidadah telah dilancarkan. Kempen ini merupakan pendekatan terbaharu AADK dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai bahaya dadah kepada kesihatan diri dan membawa kesengsaraan kepada ahli keluarga.
Baca lanjut mengenai pelancaran kempen antidadah terbaharu di sini..http://nodrugplease.blogspot.com/2013/07/ambil-kisah-ambil-tindakan-kempen.html

hidup ini terlalu indah untuk disiakan ...
22 July 2013
Ambil Kisah. Ambil Tindakan. Kempen Antidadah Baharu
Pelancaran kempen antidadah terbaharu telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri pada 7 Julai 2013 dalam program Hari Antidadah Antarabangsa 2013 di PICC. Pelancaran kempen antidadah ini merupakan usaha terkini kerajaan dalam memberi kesedaran mengenai bahaya dadah kepada seluruh rakyat Malaysia. Pendekatan kekeluargaan, kasih sayang dan keprihatinan ahli keluarga mampu menghindarkan anak-anak dan orang yang tersayang dari masalah penagihan dadah. Inilah mesej utama yang ingin disampaikan melalui Kisah Mia dan Adam. Saksikan kisah selanjutnya di wecareweserve.org.
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
acara pelancaran oleh tetamu VVIP |
bergambar bersama para pelakon yang menjayakan iklan Kisah Mia dan Adam |
Mia Sara, Zahiril Adzim, Safura dan Arash bersama Ketua Pengarah AADK dan YB Menteri Dalam Negeri |
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.. |
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan ..
17 July 2013
15 July 2013
03 July 2013
PROGRAM DI KEM PLKN SRI KANDI KOTA KUALA MUDA KEDAH
Program kerjasama di antara Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK ) telah dijalankan pada 02 Jun 2013 (Ahad), bertempat di Kem PLKN Sri Kandi Kota Kuala Muda, Kedah yang telah disertai seramai 114 orang pelatih PLKN.
Ini merupakan satu langkah yang bijak kerana penyebaran maklumat mengenai dadah dan kesannya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan Negara dapat disampaikan secara lebih teratur melalui program yang dirancang.
Pengisian program juga lebih kepada melatih para peserta supaya dapat berfikir dan tidak hanya komunikasi sehala. Program ini juga dapat memupuk semangat berpasukan dan bekerjasama di antara ahli kumpulan.
Sesi Penerangan Tentang Penyalahgunaan Dadah
Pelatih PLKN menjalani aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
Sesi
Pembentangan Para Pelatih PLKN
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH DI KILANG SHARP CORPORATION SDN. BHD
Pencegahan merupakan strategi utama
dalam menangani permasalahan dadah dari terus mengancam masyarakat dan negara.
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang merangkumi pendidikan
pencegahan dadah dan publisiti bagi memastikan tempat kerja bebas daripada
penyalahgunaan dadah.
Penyalahgunaan dadah di tempat kerja mengakibatkan
kehilangan nyawa, kecederaan, kerosakan harta benda
dan menjejaskan imej organisasi. Penyalahgunaannya juga merupakan satu ancaman
kerana penyalahgunaan dadah menjejaskan keupayaan untuk bekerja dengan selamat,
membawa masalah kepada majikan dan menjejaskan imej organisasi serta
produktiviti negara.
AADK Daerah Kuala Muda telah mengadakan Program tempat kerja bebas dadah di
peringkat swasta (TEKAD) pada 20 Mei 2013 (Isnin) bertempat di
Sektor Perkilangan SHARP Corporation Sdn. Bhd. Sungai Petani, Kedah.
Program ini telah dihadiri seramai 100
pekerja. Aktiviti pameran serta sesi ceramah turut dilaksanakan. Program seperti ini telah mendapat sambutan
oleh pekerja kilang tersebut.
Objektif melaksanakan program ini adalah memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada
majikan dan pekerja. Selain itu, mereka juga diberi pendedahan mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah di tempat kerja dan menyediakan program pemulihan yang berkesan dan mencegah
penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang
sihat dan selamat.
Ceramah dari Pegawai Agensi
Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda
Pameran Di Kawasan Kantin Kilang
SHARP
Hidup ini terlalu indah disiakan...
Minggu Pencegahan Dadah di SMK Engku Husin, Semenyih
Pada 18.6.2013 ( Selasa ) Sekolah SMK Engku Husin telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bertajuk Minggu Pencegahan Dadah.
Program yang melibatkan pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah berkenaan bahaya terlibat dengan dadah.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pameran Bas Bergerak AADK, Pertandingan Karangan esei, Kuiz dan melukis poster.
Antara pelajar yang mengunjungi Pameran Bas
Bergerak AADK
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
“A Day With Counseling” di Universiti Asia Metropolitan (AMU)
Pada 8 Mei 2013, Universiti Asia Metropolitan (AMU) telah mengadakan program “A Day With Counseling”. AADK Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk memberi ceramah dan mengadakan pameran menerusi bas pameran antidadah bagi memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang bahaya dadah. Program ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang pelajar.
Selain memberi penerangan mengenai bahaya dadah dan kesannya, AADK juga turut membuka kaunter aduan bagi permasalahan dadah dan mengedarkan risalah mengenai perkhidmatan terkini yang diberikan oleh AADK.

pengunjung bas pameran |
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
Promosi Hari Antidadah Antarabangsa 2013
YBhg Puan Sri Dato' Ketua Pengarah AADK di program Malaysia Hari Ini pada 1 Julai 2013 |
Pn Hafidah dan Khai Aziz, DFYA di Selamat Pagi Malaysia pada 1 Julai 2013 |
Pn Norkumala dan Khai Aziz, DFYA di Nasional FM sempena promosi HADA 2013 |
Volunteering is not a choice, it is a responsibility.. promo HADA di traxx.fm baru-baru ini |
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
02 July 2013
Perutusan YAB Perdana Menteri Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2013
1.
Bismillahirrahmanirrahim.
2.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.
3.
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya, kita semua masih lagi
dapat menikmati hidup dengan aman serta merdeka di bumi Malaysia yang tercinta
ini.Tarikh
26 Jun pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Antarabangsa.
Ini dilaksanakan bertujuan bagi menyokong matlamat yang dipersetujui dalam persidangan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) pada tahun 1987 untuk menjadikan masyarakat antarabangsa
bebas dadah. Matlamat sambutan ini
adalah untuk memberi peringatan bahawa
dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara-negara di seluruh
dunia.
4.
Sambutan ini memperingatkan akan peranan dan tanggungjawab
kita berhadapan dengan ancaman bahaya dadah dan kesannya kepada keamanan,
kesejahteraan dan keselamatan sosiopolitik serta ekonomi negara. Penagihan dadah
dalam negara akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah-langkah tegas tidak
diambil untuk membanterasnya dan sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda
yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan. Semua rakyat
Malaysia diseru agar bersama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan semangat
yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab bersama membantu kerajaan membebaskan
negara dari masalah dadah. Tanggungjawab yang diamanahkan ini akan lebih berkesan
dengan sokongan secara total daripada semua pihak.
5.
Pada tahun ini Hari Antidadah Antarabangsa
bertemakan “KESUKARELAAN BUKAN PILIHAN, IA
SATU TANGGUNGJAWAB’. Tema ini sebenarnya berkait rapat dengan hasrat kerajaan
untuk menggerakkan gelombang kesukarelaan negara. Bagi mewujudkan
kesinambungan usaha gerakan bersepadu yang melibatkan masyarakat sivil dan golongan
belia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menyemarakkan semangat kesukarelaan
tersebut melalui penubuhan SKUAD
1Malaysia yang kini telah mencapai bilangan seramai 255,256 orang ahli.Ini menggambarkan betapa rakyat amat prihatin
terhadap isu penyalahgunaan dadah dan sentiasa mendokong usaha kerajaan dalam
mencegah dan merawat pulih individu yang telah terjebak dengan masalah
penagihan dadah. Sukarelawan-sukarelawan antidadah memainkan peranan dan
tanggungjawab yang besar dalam membantu menangani masalah dadah melalui program
pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengawasan. Selain daripada itu, ahli
masyarakat secara keseluruhan diseru
supaya tampil ke hadapan untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bagi mencari
penyelesaian dan pendekatan terbaik bagi membanteras masalah dadah. Cabaran dan
tanggungjawab ini perlu dipikul secara bersama dan secara sukarela.
6.
Sejarah
dan perkembangan penagihan dadah di negara ini telah berubah mengikut peredaran
masa. Dalam mengharungi era globalisasi yang penuh cabaran ini AADK telah
bertindak proaktif dengan mengambil pendekatan yang disuntik nilai tambah ke arah
perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara terbuka dan sukarela. Ianya selaras
dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Kadar Jenayah
Jalanan, dimana AADK telah membuat anjakan paradigma bagi merintis satu
pendekatan yang menekankan aspek pengurusan program pemulihan yang lebih
sistematik berasaskan keperluan kumpulan sasar.Penyampaian perkhidmatan AADK
telah ditransformasikan dengan mewujudkan pelbagai fasiliti dan perkhidmatan
terkini seperti Klinik Cure & Care 1Malaysia
(Klinik C&C 1Malaysia), Cure &
Care Service Centre (CCSC), Caring
Community House (CCH), Cure &Care
Vocational Centre (CCVC) dan Cure
& Care Rehabilitation Centre (CCRC)
7.
Transformasi
yang bermula pada 2010 telah menunjukkan impak yang positif dengan kehadiran
terkumpul klien secara sukarela seramai 29,498 orang di 11 buah Klinik Cure & Care 1Malaysia. Manakala
klien yang hadir mendapatkan perkhidmatan di 52 Cure & Care Service Centre (CCSC) telah mencecah sejumlah 575,443
orang sehingga 30 April yang lalu. Sebanyak
72 buah Caring Community House (CCH)
atau Rumah Komuniti yang merupakan pusat aktiviti kemasyarakatn bagi melibatkan
masyarakat dalam usaha memulihkan penagih dadah. CCH adalah pusat aktiviti
kemasyarakatan yang dikendalikan
sepenuhnya oleh komuniti setempat dan bertindak sebagai pusat penyebaran
maklumat anti-dadah. Manakala Cure &
Care Vocational Centre (CCVC) dibangunkan untuk membantu penagih dan
pengguna dadah mendapatkan perkhidmatan latihan kemahiran, penempatan pekerjaan
dan pengembangan kerjaya selain sebagai satu pusat kecemerlangan untuk
mengembalikan fungsi penagih sebagai masyarakat yang produktif. AADK juga telah
membuat anjakan berganda dalam melaksanakan transformasi di Cure & Care Rehabilitation Centre
(CCRC) dengan menstrukturkan semula pengisian agar seiring dengan keperluan
kepulihan klien.
8.
Melihat transformasi yang dilaksanakan dan hasil kejayaan yang dikecapi,
pihak badan dunia seperti UNODC, UNAIDS
dan World
Health Organisation (WHO) dan NGO-NGO dari luar negara yang terlibat
dengan pembasmian masalah dadah telah mengiktiraf pendekatan kerajaan Malaysia
dalam usaha memulihkan masalah penagihan dadah. WHO misalnya, memberikan
penghargaan dan pujian terhadap pendekatan ‘Pulih
dan Prihatin’ Malaysia dalam Laporan “Good
Practices In Asia: Effective Paradigm Shifts Towards Improved National Response
To Drug & HIV/AIDS” yang dikeluarkan pada awal tahun lalu. Kerajaan
Malaysia turut mendapat pujian dari badan dunia di mana kita dilihat satu-satunya kerajaan di dunia
memberikan sokongan penuh kepada usaha membasmi penagihan dadah dalam negara.
9.
Bagi
menyokong transformasi kerajaan dalam mengurangkan indeks kadar jenayah, Bahagian
Pengesanan dan Pengawasan AADK yang bertanggungjawab terhadap
Orang Kena Pengawasan akan memastikan mereka hadir utk mendapatkan rawatan dan
pemulihan. InsyaAllah, kerajaan
melalui Kementerian Dalam Negeri khususnya AADK akan memperluaskan lagi
perkhidmatan-perkhidmatan terbabit dalam masa yang terdekat ini demi memenuhi
ekspektasi masyarakat dan memastikan rakyat Malaysia bebas dari ancaman dadah.
10. Sempena sambutan peringatan hari Antidadah Antarabangsa
pada tahun ini, marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat
merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Tugas kita hari
ini sebagai generasi baru Malaysia meneruskan usaha membina Negara bebas dadah.
Ia bukan nya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti
dan bekerja keras bagi mencapainya. Akhir
sekali, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar lebih prihatin dan
meningkatkan semangat kesukarelaan demi menjadikan hari esok lebih baik dari
hari ini.
Hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan...
Hari Antidadah Antarabangsa 2013
Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2013 akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre(PICC).
Jumpa anda di sana!!!
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...