Mengapa ia satu tanggungjawab?
· Masalah dadah masalah semua.
Dadah
tidak mengenal mangsanya. Ia tidak mengenal warna kulit, agama, latar belakang
dan fahaman politik. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan
diri dan ahli keluarga tidak terlibat dengan masalah dadah.
· Kesan dadah sangat memudaratkan.
Jenis
dadah yang disalahgunakan pada masa kini telah berubah berbanding jenis dadah
tradisional seperti ganja dan heroin. Dadah jenis stimulan seperti syabu dan ecstacy boleh menyebabkan seseorang
bertindak sangat agresif dan di luar kawalan. Jika tidak dibendung, ia sudah
tentu akan memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat.
· Selamatkan
kanak- kanak dan remaja. Mereka harapan masa depan.
Kita
perlu melindungi golongan kanak-kanak dan remaja kerana mereka mudah terdedah
dengan risiko penagihan dadah. Ini adalah kerana mereka suka mencuba perkara
baru yang mungkin membahayakan diri. Sikap tidak prihatin dan tidak ambil
peduli terhadap kanak-kanak dan remaja akan menyebabkan mereka hilang pedoman
dan mudah terpengaruh dengan nilai-nilai yang negatif.
· Komuniti sejahtera di tangan anda.
Inginkan kesejahteraan di dalam persekitaran anda? Tiada orang lain yang boleh menyediakannya kecuali anda sendiri. Mulakan sekarang!
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan...
No comments:
Post a Comment