Bas
Pameran Antidadah
Di Dewan Kompleks Sekolah Kamil Pasir
Puteh Kelantan
Tarikh:
08 Mac 2013
Pendidikan pencegahan dadah boleh dilakukan dengan
pelbagai bentuk dan mesej. Pencegahan tentang bahaya dadah bermula pada peringkat
usia yang awal, iaitu di peringkat PRA sekolah lagi. Apabila pendidikan tentang
dadah mula dijalankan di sekolah, mesej yang hendak disampaikan hendaklah secara
mudah dan senang difahami. Golongan remaja mesti didedahkan dengan kesan dan akibat
penyalahgunaan dadah yang boleh mengancam keselamatan Negara.
AKTIVITI
Pihak
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama pihak Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibupejabat terlibat
secara langsung dengan mengadakan bas pameran di Daerah Pasir Puteh yang mana telah
diadakan di Kompleks Sekolah Kamil.Antara aktiviti yang diadakan seperti kuiz antidadah
dan kuiz Adam dan Mia.
PENYERTAAN
Hampir 1,200 pengunjung telah hadir dan
menyaksikan pameran tersebut yang terdiri daripada pelajar, guru-guru serta kakitangan
sekolah sekitar kompleks sekolah.
1. Senarai sekolah yang terlibat Bas Pameran :
1.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
1.2 Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Aman
1.3 Sekolah
Menengah Kebangsaan Tok Janggut
1.4 Sekolah
Kebangsaan Kamil 1
1.5 Sekolah
Kebangsaan Kamil 2
1.6 Sekolah
Kebangsaan Kamil 3
Sebagai
salah satu strategi unit pencegahan, pihak
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Ibu pejabat dengan kerjasama
pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Negeri Kelantan mengadakan pameran bertujuan bagi menyampaikan
maklumat dan perkhidmatan AADK ( program pencegahan, rawatan dan pemulihan
serta pengesanan ) dengan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan sasar.
Diharap
agar pameran antidadah ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan
dadah kepada para pelajar serta ibubapa dan menjadi agen penyalur maklumat
dan mempromosi perkhidmatan AADK.
No comments:
Post a Comment