LIPIS, 23 MEI: Peningkatan penglibatan belia dalam masalah penagihan dadah di
Daerah Lipis amat membimbangkan terutama di Kawasan Merapoh Dan Sekitar
Felda Sungai Koyan. Menyedari masalah ini AADK Daerah Lipis dengan kerjasama
Pejabat Belia Daerah Lipis telah bangkit melaksanakan program SMART bertempat
di Taman Rimba Kenong Kuala Lipis.
Program yang dijalankan melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri dari
golongan belia yang tinggal di kawasan berisiko di sekitar Felda Sungai Koyan dan
Merapoh Kuala Lipis. Program ini juga dilihat telah membentuk individu atau belia
yang berorientasikan ilmu pencegahan dadah yang mampu menyumbang ke arah
usaha mencegah dan membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan
belia bahkan mampu memberi impak positif kepada masyarakat mahupun negara.
Pemilihan tema alam semulajadi sebagai tema program ini difikirkan sangat wajar
kerana kedudukan geografi Daerah Lipis yang terletak berdekatan kawasan yang
mempunyai Keindahan Hutan semulajadi seperti Taman Rimba Kenong. Lokasi ini
menjanjikan cabaran fizikal dan mental kepada peserta dengan menawarkan aktiviti
seperti menerokai gua, merentasi sungai, merentasi belantara dan banyak lagi.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Pejabat Belia Daerah Lipis mendapatai rata-rata
belia mengikuti program ini berpuas hati dan mendapat input yang positif dengan
program ini. Justeru itu, program ini sangat bersesuaian untuk dilaksanakan lagi
pada masa hadapan.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
AMBIL KISAH. AMBIL TINDAKAN.
No comments:
Post a Comment