Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )
SUNGAI PETANI, 12 JULAI : Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Muda
turut serta dalam memberikan peringatan kepada pengguna jalanraya
melalui kata-kata yang menyuruh menjauhi dadah di mana sahaja
terutamanya apabila memandu di jalanraya.
Memasang banner raya bermesej
ini adalah aktiviti bermesej yang
dijalankan setiap tahun dan dipasang di beberapa lokasi strategik supaya
mesej yang hendak disampaikan dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna
jalanraya serta penumpang kenderaan tersebut.
Ini merupakan lagi satu
tanggungjawab sosial pihak Agensi Antidadah Kebangsaan membantu agensi yang lain bagi bersama-sama mengurangkan kemalangan
jalanraya akibat oleh penggunaan dadah terlarang yang mampu memberikan
kesedihan kepada diri, pengguna jalanraya yang lain serta keluarga yang
menunggu kepulangan anak mereka.
Sebanyak 4 keping banner dipamerkan di
sekitar kawasan yang strategik bagi pengguna jalanraya supaya sentiasa
berwaspada dengan dadah yang boleh menyebabkan kebinasaan kepada semua.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment