Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Kuala Muda )
PINANG TUNGGAL, 16 DISEMBER : Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah (AADK) Kuala Muda bertindak ke atas 2 buah
rumah yang dijadikan port penagihan dan membungkus dadah di Kampung
Pokok Asam, Pinang Tunggal, Kedah.
Dalam serbuan dijalankan oleh 5 orang
pegawai penguatkuasaan AADK Kuala Muda, tangkapan dijalankan ke atas 6
orang lelaki melayu yang disyaki menagih
dadah. Dalam serbuan itu juga, salah seorang yang ditangkap mempunyai
sejumlah wang disyaki untuk membeli dadah dan dijual semula kepada
pelanggan yang sering membeli dengan mereka.
Kesemua individu yang
ditangkap dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk proses
dokumentasi. Hasil ujian saringan air kencing didapati kesemua mereka
positif dadah jenis opiat, ganja dan methaphetamine. Dalam pemeriksaan
yang dijalankan ke atas mereka juga, salah seorang mempunyai pertuduhan
di bawah seksyen 6(3) Akta Penagih Dadah 1983 kerana langgar syarat
pengawasan. Individu yang lain akan didakwa di bawah seksyen 3(1) Akta
Penagih Dadah 1983.
Kerjasama masyarakat amatlah diperlukan bagi memastikan kawasan kediaman bebas daripada aktiviti penagihan serta pengedaran dadah yang mengancam keselamatan dan ketidakselesaan penduduk. AADK Daerah Kuala Muda akan terus berusaha memastikan daerah Kuala Muda sebagai sebuah daerah kesejahteraan sosial dan selamat.
Hidup Ini Terlalu Indah Untuk Disiakan
Ambil Kisah.Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment